You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN E-SPORTS
MOBILE LEGENDS:
BANG BANG

TARIKH
20-23 SEPTEMBER 2020

ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
DENGAN KERJASAMA
PERTUBUHAN GURU-GURU PENDIDIKAN
KHAS PONTIAN

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan E-Sports Mobile legends: Bang Bang (MLBB) merupakan salah satu
program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Pontian dengan kerjasama Pertubuhan
Guru-Guru Pendidikan Khas (PGPK) Pontian yang mensasarkan kepada pelajar
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sukan elektronik atau lebih dikenali
sebagai e-sports semakin dikenali waktu ini. Penganjuran sukan ini juga diharap
dapat mendedahkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk menceburkan diri dalam
kejohanan-kejohanan sukan elektronik yang semakin banyak dianjurkan oleh
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). E-sports turut menjadi penyumbang kepada
kegemilangan sukan negara yang akhirnya melahirkan jaguh-jaguh sukan elektronik
negara.

2.0 KONSEP

2.1 Memperkasakan Mutu Sukan Negara


Kejohanan ini merupakan landasan terbaik untuk mencungkil dan melahirkan bakat-
bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi
seterusnya mewakili daerah Pontian dalam sukan E-Sports di peringkat yang lebih
tinggi lagi.

3.0 OBJEKTIF

Melalui Pertandingan E-Sports Mobile legends: Bang Bang (MLBB) ini diharap :
3.1 Mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam kalangan MBK di daerah
Pontian.
3.2 Mewujudkan kerjasama padu dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
yang terlibat.
3.3 Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan elektronik kepada MBK dan guru-
guru PPKI di daerah Pontian.
3.4 Memberi ruang dan peluang kepada guru dan pelajar PPKI di daerah Pontian
untuk meningkatkan konsep kendiri yang positif.
4.0 PERTANDINGAN

4.1 Nama Kejohanan


PERTANDINGAN E-SPORTS MOBILE LEGENDS: BANG BANG (MLBB)
4.2 Tarikh
20-23 SEPTEMBER 2020.
4.3 Lokasi Kejohanan
MANA-MANA LOKASI YANG MEMPUNYAI AKSES INTERNET YANG KUAT
4.4 Penyertaan
150 orang pelajar di sekolah-sekolah daerah Pontian.
4.5 Kategori yang dipertandingakan

Kategori Jantina Peserta (org)


Terbuka Pelajar L&P
Terbuja Guru L&P

5.0 TENTATIF KEJOHANAN

MASA TENTATIF

6.0 PERASMIAN

Tn. Hj. Jasni Bin Omar (PPD Pontian)

7.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penaung :

Penasihat :

Penasihat II :
Pengerusi :

Nain Pengerusi :

Setiausaha :

Bendahari :
Ahli Jawatankuasa :

8.0 JAWATANKUASA KERJA

Ahli Jawatankuasa
1. Urus setia Pertandingan, Perangkaan & Sijil :

2. Teknik / Alatan / Venue Pertandingan : Wakil Setiap Sekolah

3. Kepegawaian :
4. Hadiah & Cenderamata :

5. Tajaan / Derma :

6. Pertolongan Cemas : Wakil Setiap Sekolah

7. Pengambaran & Dokumentasi :

8.
Panduan Bidang Tugas Jawatankuasa
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1 Urus setia - Menjalankan Mesyuarat Pengurusan dan Jawatankuasa
Pertandingan, - Menjalankan Taklimat pengurus pasukan dan pendaftaran
Perangkaan & Sijil - Menyediakan borang – borang penyertaan
- Menyediakan sistem pemarkahan secara bersistem
- Menyediakan sijil dan mencetak sijil penyertaan peserta.
2 Teknik / Alatan/ - Menyediakan pusat pertandingan dengan capaian internet yang
Vanue kuat.
Pertandingan - Memastikan peserta mempunyai alatan dan kelengkapan yang
cukup.
3 Kepegawaian - merangka senarai pegawai kejohanan yang diperlukan
- memberi taklimat kepada pegawai yang dilantik sebelum
pertandinga bermula.
4 Hadiah - memastikan hadiah telah ditempah dan siap sebelum hari
kejohanan
5 Tajaan / Derma - mengedarkan surat tajaan dan derma untuk menampung
perbelanjaan pengurusan kejohanan
6 Pertolongan Cemas - menyediakan peti pertolongan cemas
7 Pengambaran & - mengambil gambar semasa kejohanan berlangsung
Dokumentasi - membuat dokumentasi selewat-lewatnya 2 minggu selepas
kejohanan

13.0 ANGGARAN PENYERTAAN SEKOLAH

a. Anggaran Peserta

i. PELAJAR
KUMPULAN PESERTA
BIL SEKOLAH JUMLAH

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
JUMLAH
ii. GURU

MBK
PEMBELAJARAN
BIL SEKOLAH JUMLAH
JUNIOR
L P
1
2
3
4
5
6
7
JUMLAH

b. Anggaran Peserta

Bilangan
Perkara
(org)

JUMLAH

15.0 HADIAH KEJOHANAN


Analisis:

Bil Kategori HADIAH Jantina JUMLAH


1
2

16.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan adalah terbuka bagi semua pelajar dan guru PPKI di daerah Pontian
yang dinyatakan di atas dengan mengikuti syarat-syarat berikut :
a. Peserta merupakan MBK atau guru di bawah seliaan PPD Pontian.
b. Peserta hendaklah mendaftarkan diri mengikut kategori yang
dipertandingkan.

2. KELAYAKAN PEMAIN
a. Setiap pemain hanya boleh mewakili satu pasukan sahaja.
b. Terbuka kepada murid Pendidikan Khas yang mempunyai kad OKU dan
bersekolah di sekolah-sekolah daerah Pontian.

3. KELAYAKAN PASUKAN
a. Setiap pasukan mesti terdiri daripada tidak lebih 6 pemain termasuk
1 pemain simpanan.
b. Setiap pasukan ialah pelajar sekolah di bawah Jabatan Pendidikan
Daerah Pontian sahaja.

4. PERATURAN UMUM
a. Semua pemain perlu menggunakan peranti dan data internet sendiri.
b. Semua perlawanan dijalankan secara dalam talian.
c. Semua pemain perlu mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga sendiri.
d. Pasukan yang telah didaftarkan tidak boleh menukar pemain; sekiranya
pemain tidak mencukupi maka permainan akan tetap diteruskan ataupun
pasukan itu dianggap kalah.
e. Sekiranya didapati pasukan telah menukar ahli pasukan yang bukan
didaftarkan, pasukan tersebut akan dibatalkan kelayakannya termasuklah
pertandingan seterusnya.

5. PERATURAN DALAM PERMAINAN (IN-GAME RULES)


a. Konsep 3 heroes banned.
b. In Game Name (IGN) semua pemain tidak dibenarkan menggunakan
perkataan yang membawa maksud lucah, perkauman dan
seumpamanya.
c. Multistage Tournament of ML.

6. PERATURAN PERANTI
a. Hanya telefon pintar sahaja dibenarkan. Tablet/ipad/pc/laptop dilarang.
b. Penggunaan emulator, tablet atau ipad tidak dibenarkan.
c. Segala bentuk hack, 3rd party apps dan seumpamanya tidak dibenarkan.

7. JADUAL PERLAWANAN
Jadual perlawanan akan dikeluarkan sebelum hari pertandingan.

8. SEBELUM MULA PERLAWANAN


a. Setiap ketua pasukan perlu mendapatkan ID ketua pasukan lawan dan
menambah mereka sebagai kenalan sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum perlawanan.
b. Screenshot lobby perlawanan yang lengkap 10 pemain sebelum bermula
perlawanan dan hantar ke dalam group Telegram yang akan diwujudkan.

9. KETIKA PERLAWANAN
a. Salah seorang HAKIM perlu mencipta perlawanan dalam Mod Custom
(Draft Pick) dan menjemput ketua pasukan lawan.
b. Ketua pasukan akan menjemput pemain masing-masing ke dalam bilik
(room).
c. Sekiranya pasukan tidak cukup pemain, perlawanan akan tetap
diteruskan juga.
d. Apabila kedua-dua pasukan sudah dijemput dan bersedia, setelah
memberi pengesahan, perlawanan akan dimulakan.
e. Wakil guru bagi setiap kumpulan dibenarkan untuk menjadi pemerhati
dalam perlawanan tersebut menggunakan telefon sendiri.
f. Remake hanya dibenarkan sekali sahaja apabila permainan bermula
kurang dari 1 minit. Sebarang lag atau disconnecting selepas 1 minit
adalah tanggungjawab sendiri. Sila hubungi admin dengan kadar segera
untuk rematch bagi mengelakkan ketidakadilan. Pemain tidak dibenarkan
menukar hero sekiranya remake dijalankan. Pemilihan hero dan heroes
banned mestilah sama. Jika didapati melanggar syarat, pasukan itu
dianggap kalah dalam perlawanan tersebut.

10. AKHIR PERLAWANAN


a. Wakil pasukan (Guru/pelajar) perlu membuat tangkapan screen
(screenshot/ screen capture) markah akhir / keputusan perlawanan dan
memuat naik keputusan tersebut ke dalam group Telegram.

11. FORMAT PERTANDINGAN


a. Multistage Tournament of ML.
b. Pemilihan perlawanan kumpulan BERDASARKAN UNDIAN WAKIL
SEKOLAH.
c. Setiap pemain perlu menggunakan akaun sendiri sepanjang
pertandingan.
d. Tiada had “level”, “hero”, dan “skin” untuk digunakan sepanjang
pertandingan.
e. Hanya pemain berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk bermain
sepanjang pertandingan.

12. BANTAHAN
a. Sebarang bentuk bantahan tentang keputusan perlawanan tidak akan
dilayan. Keputusan HAKIM/PENGANJUR/ADMIN MUKTAMAD.
b. Sebarang komen yang berbaur lucah, negatif dan provokasi daripada
pemain akan menyebabkan pemain tersingkir (BANNED) secara
automatic dan tidak dibenarkan untuk bermain permainan seterusnya.
Jika didapati melanggar syarat ini, pasukan tersebut akan dikira kalah dan
tidak dibenarkan bermain permainan seterusnya.

13. Berpakaian kemas atau mengikuti identiti sekolah masing-masing dan berpakaian
sopan.

14. Mematuhi peraturan-peraturan am pertandingan:


a) Menepati masa pendaftaran dan mengikut jadual pertandingan.
b) Semua peserta mesti bersedia dengan peranti masing-masing 10 minit
sebelum pertandingan dijalankan.
c) Peserta atau kumpulan yang gagal melaporkan diri semasa pertandingan
dimulakan akan dibatalkan penyertaannya.
d) Tidak melakukan sebarang perkara yang mendatangkan keburukan/
menjejaskan nama sekolah dan daerah.

15. Yuran pertandingan


 Bayaran pendaftaran sebanyak RM seorang bagi semua kategori MBK.
Pendaftaran nama peserta hendaklah diserahkan sebelum atau pada
17 SEPTEMBER 2020, JAM 5.00 PETANG manakala bayaran hendaklah
dibuat semasa pendaftaran hari kejohanan pada 00 SEPTEMBER 2020 secara
tunai.

16. Makan minum


a. Makan minum peserta adalah dibawah tanggungjawab sendiri.

17.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1.

2
Sijil dan cetakan
3
00 X RM 2.00
JUMLAH (RM)

18.0 PENUTUP
Kertas ini dibentangkan untuk mendapat kelulusan mengenai perkara-perkara yang
berkaitan. Segala perubahan tertakluk kepada jumlah peserta, pegawai dan jumlah
peruntukan yang diberikan.

You might also like