Professional Documents
Culture Documents
KERTAS KERJA:
PERMOHONAN PERUNTUKAN
LATIHAN PERSIAPAN MENYERTAI
PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC)
PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN 2018
TEMPAT:
SK BUBUL SEMPORNA II
TARIKH:
11 OGOS 2018
HINGGA
08 SEPTEMBER 2018
PERTANDINGAN ROBOTIK 2018 (NRC 2018)
1.0 PENGENALAN
Suatu kelebihan dalam NRC ialah para pelajar berpeluang mewakili Negara
Malaysia ke peringkat Antarabangsa iaitu Pertandingan “World Robotic Olympiad”
(WRO). Antara negara-negara yang pernah menjadi tuan rumah sebelum ini ialah
Taiwan, Korea, Filipina, Abu Dhabi, Malaysia, Indonesia, Rusia, Qatar, India dan Costa
Rica. Thailand merupakan tuan rumah pertandingan WRO 2018. Untuk mewakili Malaysia,
kumpulan robotik perlulah mendapat sekurang-kurangnya Naib Johan di Peringkat
“State Competition” (Peringkat Negeri Sabah).
Melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Oleh itu, 3 orang murid dari SK Bubul II, Semporna telah diamanahkan dan dipilih untuk
mewakili sekolah ke Pertandingan Robotik 2018 (NRC 2018) yang akan diadakan pada
11 September hingga 13 September 2018 Peringkat Kebangsaan.
2.1 Tujuan
Kertas kerja ini disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar SK Bubul II untuk
mendapat kelulusan kewangan seperti berikut;
i) Pembelian peralatan bagi keperluan persediaan awal (sesi latihan) untuk
persiapan bagi penyertaan kumpulan robotik sekolah ke Peringkat Kebangsaan.
ii) Keperluan makan dan minum murid-murid semasa sesi latihan untuk persiapan
menyertai pertandingan Robotik (NRC 2018) Peringkat Kebangsaan.
2.2 Matlamat
i) Memenuhi usaha memperluaskan bidang robotik sejajar dengan galakan
Kementerian Pelajaran supaya guru-guru dan pelajar-pelajar berusaha
memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan cemerlang dalam bidang
Matematik, Sains dan Teknologi serta Reka Cipta.
ii) Menjadi peserta dalam menjayakan program robotik iaitu membina kemahiran
untuk masa depan anjuran bersama Sasbadi Sdn Bhd, Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Pusat Sains Negara (MOSTI) selaras dengan visi,misi dan objektif
penganjuran ketiga-tiga organisasi ini.
PERTANDINGAN ROBOTIK 2018 (NRC 2018)
2.3 Objektif
i) Meneruskan kesinambungan objektif Penubuhan Kelab Robotik sekolah.
ii) Merealisasikan hasrat NRC dari segi visi, misi dan objektifnya.
iii) Menjana modal insan berkualiti supaya pelajar menguasai pengetahuan,
kebolehan yang dihasratkan NRC.
3.0 RASIONAL
Terma dan syarat pertandingan NRC adalah berlainan pada setiap tahun. Oleh yang
demikian Kit Cabaran dan peralatan sokongan untuk menghadapi cabaran turut
berbeza setiap tahun.
Pada tahun ini, SK Bubul II telah layak 1 penyertaan sebagai Naib Johan untuk kategori
“regular” Sekolah Rendah. Sehubungan dengan itu, Kelab Robotik sekolah memerlukan
peralatan berikut untuk tujuan keperluan latihan dan penyertaan ke NRC 2018 Peringkat
Kebangsaan.
Senarai peralatan;
i. Litar Kategori Regular Sekolah Rendah - 1 unit
ii. Set Wayar Robotik EV3 - 1 Unit
iii. Bateri EV3 Energizer (Saiz AA) - 20 BIJI
Pengurus Pasukan /
1 ASMIA BINTI AZIS 770829-12-5878
Mentor Robotik
Penolong Pengurus /
2 ABDILLAH BIN NURDIN ASIS 800520-12-5591
Mentor Robotik
PERTANDINGAN ROBOTIK 2018 (NRC 2018)
TEAM A
2. Ubat-Ubatan RM 50.00
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan penyertaan Kelab Robotik SK Bubul II ke NRC 2018 akan sekali lagi
membuka peluang untuk mewakili Malaysia ke WRO 2018. Sehubungan dengan itu,
Mentor bersama-sama dengan Pelajar-pelajar yang terpilih mewakili sekolah akan
berusaha mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri, Kebangsaan dan
Antarabangsa. Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan dari Pihak Sekolah dan
Unit Kokurikulum dalam usaha untuk memartabatkan semangat kesukanan secara
khususnya. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh;
..................................................................
Disemak oleh;
....................................................................
ULASAN
Disokong oleh,
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
Diluluskan oleh:
……………………………………….................
(PAIRIN BIN INTANG)
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUBUL II, SEMPORNA
Tarikh :