You are on page 1of 1

RAIMIZAM BIN ROSLI

Guru Mentor Robotik,


Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya,
JKR 2854, Pos Skudai,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim. 15 Disember 2019

Kepada:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya,

Melalui dan Salinan:


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya,
JKR 2854, Pos Skudai,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim.

Tuan,
Memohon Kelulusan Sumbangan Untuk Penyertaan Pertandingan Robotik SUMO
Peringkat Kebangsaan

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Kelab Robotik SKKMJ ingin memohon kelulusan sumbangan RM1000.00 daripada


pihak tuan bagi menampung perbelanjaan untuk menyertai Pertandingan Robot SUMO Junior
Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsaung seperti berikut:

TARIKH : 20 - 22 DISEMBER 2019 (JUMAAT - AHAD)


TEMPAT : PUSAT SAINS NEGARA, KUALA LUMPUR
PESERTA : 6 orang murid SKKMJ seperti lampiran.

3. Tujuan memohon sumbangan ini adalah untuk menampung kos pengangkutan, perjalanan dan
makan minum peserta sepanjang 3 hari pertandingan tersebut. Perincian perbelanjaan boleh pihak
tuan semak dalam kertas kerja yang dilampirkan.
Pertimbangan dan kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menjalankan amanah,

…………………………
RAIMIZAM BIN ROSLI
Guru Mentor Robotik
Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya

You might also like