You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN

UNTUK MEMBELI SET ROBOTIK LEGO


EDUCATION EV3 MINDSTORM

KELAB ROBOTIK
SK KAMPONG PADANG
KUANTAN PAHANG

1
KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK MEMBELI SET
ROBOTIK LEGO EDUCATION EV3 MINDSTORM

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan sumbangan
peruntukan untuk membeli dua set Lego EV3 Mindstorms untuk kegunaan
murid-murid dalam PdPC dan seterusnya menyertai pertandingan peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2.0 MATLAMAT
Memberi peluang kepada murid-murid SK Kampong Padang menyertai aktiviti
berfaedah dan memberi pengalaman yang bermakna terutama dalam bidang
robotik. Selain itu, matlamat program untuk membentuk berkemahiran tinggi
dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif selaras hasrat kerajaan yang mahu
memartabatkan STEM di kalangan masyarakat bermula sekolah rendah.

3.0 OBJEKTIF
Dengan adanya set Lego EV3 ini, guru dan murid akan dapat;

3.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam bidang robotik


dan pengaturcaraan.

3.2 Menjadikan robotik sebagai salah satu bidang kebitaraan sekolah

3.3 Memupuk minat dalam bidang robotik di kalangan murid-murid sebagai


asas sebelum mereka meningkat ke alam dewasa.

3.4 Mempunyai keyakinan diri dan berfikiran kreatif dan inovatif.

3.5 Memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat aktif dalam bidang
kokurikulum khasnya dalam bidang robotik.

3.6 Menyediakan pasukan sekolah ke kejohanan peringkat Negeri Pahang


seterusnya ke peringkat kebangsaan dalam National Robotic
Competition (NRC) 2020.

4.0 PENGLIBATAN DAN AKTIVITI SEMASA

SK Kampong Padang telah melibatkan diri secara aktif dalam bidang robotik
bermula 2019. Pasukan Robotik SK Kampong Padang telah menyertai
beberapa siri pertandingan melalui ehsan daripada Universiti Malaysia Pahang
(UMP) dengan meminjam robot pihak universiti semasa pertandingan. Pada

2
ketika ini juga, murid-murid menumpang untuk berlatih di Universiti Malaysia
Pahang dengan menyewa set robot pihak universiti. Ini menyebabkan latihan
menjadi sangat terhad disebabkan pelajar UMP juga menggunakan robot
tersebut dan murid-murid Kelab Robotik SK Kampong Padang hanya
berpeluang menyewa untuk masa yang singkat dan terhad. Pihak kelab juga
menghadapi masalah pengakutan murid ke UMP memandangkan jarak sekolah
ke UMP yang jauh.

Berikut beberapa program dan pertandingan yang telah dan akan disertai
pasukan sekolah bagi sesi 2019:

Bil Program Tarikh Anjuran Penglibatan


1 Bengkel Pengaturcaraan Robotik 6 murid
Lego Mindstrom EV3 (Fasa 1) 7 Ogos UMP 1 guru
2019 Gambang
2 Bengkel Pengaturcaraan Robotik 6 murid
Lego Mindstrom EV3 (Fasa 2) 29 Ogos UMP 1 guru
2019 Gambang
3 Latihan Pengaturcaraan Robotik UMP 6 murid
Lego Mindstrom EV3 Ogos - Gambang 1 guru
September
2019
4 Pertandingan Lego Education UMP 6 murid
EPRC di UMP Pahang 23 Gambang 1 guru
September
2019
5 Robocamp 2019 11 Dreamedge 4 murid
November dan CIMB 1 guru
2019 Foundation
6 Pertandingan Robocamp 2019 14 Dreamedge 4 murid
November dan CIMB 1 guru
2019 Foundation
7 Bengkel Pengaturcaraan Robotik 14 Januari UMP Pahang 6 murid
Lego Mindstrom EV3 (Fasa 1) 2020 1 guru

8 Bengkel Pengaturcaraan Robotik 14 UMP 6 murid


Lego Mindstrom EV3 (Fasa 1) Februari PAHANG 1 guru
2020
9 Pertandingan Robotik Lego April 2020 UMP Pahang 6 murid
Mindstrom EPRC 1 guru
10 National Robotic Competition Ogos Sasbadi/KPM 6 murid
2020 1 guru

3
SENARAI PERALATAN

Bagi merealisasikan visi ini, kami memerlukan dana untuk pembelian peralatan
dan perkakasan berikut :

Harga Seunit
Bil. Item Kuantiti Jumlah(RM)
(RM)
LEGO MINDSTORM
1 Education EV3 Core 1 2300.00 2300.00
Set
LEGO MINDSTORM
2 Education EV3 1 670.00 670.00
Expansion Set
3 NXT Color Sensor 2 290.00 580.00
4 Transformer 10V DC 1 150.00 150.00
JUMLAH SEUNIT RM 3700.00
2 unit robotik x RM 3,700 = RM 7,400.00

6.0 PENUTUP
Diharapkan agar bantuan dari pihak tuan dapat merealisasikan harapan pihak
sekolah untuk memperkasakan lagi bidang robotik. Murid-murid akan lebih
teruja untuk bermain dan menjalani latihan. Perkembangan yang sihat ini akan
menaikkan nama SK Kampong Padang di peringkat Daerah, Negeri dan
Kebangsaan dalam bidang robotik.

Disediakan Oleh,

………………………………….…..
(SHAHRIL BIN KAMARUDIN)
Guru Penasihat Robotik,
SK Kampong Padang

Disahkan Oleh,

……………………………………….
(EN. NAWAWI BIN SARUPIN)
Guru Besar
SK Kampong Padang

4
5

You might also like