You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN BILIK KOMPUTER FASA 1

1.0 Pengenalan

Aspek keceriaan merupakan salah satu cabang Program Insiatif 3K. Sesebuah sekolah yang

ceria dari pelbagai segi bukan sahaja sedap dipandang mata atau dibanggakan oleh warga

sekolah, malah fokus utamanya ialah usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam

bidang akademik. Keadaan bilik komputer yang ceria membolehkan murid dan guru

mengakses pelbagai ilmu pengetahuan sebagai pemangkin kejayaan yang mahu dicapai.

Sehubungan itu, pihak Bilik Komputer Sekolah bertekad menyediakan kemudahan

perpustakaan yang ceria, kemas dan selamat untuk kegunaan warga Sekolah Kebangsaan

Taman Ria.

2.0 Matlamat

2.1 Mewujudkan sebuah bilik komputer yang ceria, kemas,bersih, selamat, berinformasi dan

mesra pengguna

3.0 Objektif

1. Menarik minat pelajar dan guru untuk mengakses maklumat dan menambah

penguasaan ilmu pengetahuan dengan menggunakan kemudahan di bilik komputer.

2. Menyediakan sebuah bilik komputer yang dapat ditadbir urus secara sistematik supaya

perkhidmatan kepada warga sekolah boleh dipertingkatkan.

3. Menaik taraf dan membaik pulih keadaan fizikal bilik komputer menjadi sebuah bilik

yang mampu mewujudkan keselesaan kepada murid.

4.0 Perancangan Aktiviti Keceriaan

Aktiviti yang dirancang untuk menceriakan bilik komputer :

1. Mengecat semula dinding, pintu dan tingkap bilik komputer 1 dan bilik komputer 2.
2. Memasang banner di pintu dan tingkap bilik komputer 1 dan bilik komputer 2.

5.0 Tempoh Pelaksanaan

Mei hingga Jun 2023

6.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA Harga seunit Kuantiti Jumlah

1. Cat dinding 140 3 RM 420


2. Banner tingkap 8 kaki x 2 kaki 50 8 RM 400
3. Berus cat set 18 2 RM 36
4. Set banner makmal ict (Shopee) 80 2 RM 120

JUMLAH RM 976

6.0 Penutup

Semoga program keceriaan ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Usaha dan kerjasama

daripada semua pihak, diharap mampu menjadikan Bilik komputer SKTR sebagai sebuah

bilik komputer yang ceria. Diharap murid-murid juga boleh menggunakan bilik komputer

secara berkualiti pada setiap hari untuk membantu meningkatkan prestasi akademik mereka.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………………… …………………………… ……………………………

SUZANA BINTI MD SARIPIN MOHAMMAD RIZUAN BIN AHMAD ROHANI BINTI SAAD
Guru Perpustakaan dan Media, Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SK Taman Ria. SK Taman Ria. SK Taman Ria.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA,

09400 PADANG SERAI, KEDAH.

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN BILIK KOMPUTER

FASA 1

2023

You might also like