You are on page 1of 23

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA


SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

1.0 PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan penggunaan kepelbagaian kaedah


pengajaran dan pembelajaran serta berpusatkan pelajar. Antaranya disarankan lebih banyak
eksperimen, perbincangan, lawatan dan penyelesaian masalah. Pembelajaran melalui eksperimen
atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi
memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar.

Kaedah tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik
dan nilai murni. Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar merancang, mengendalikan dan
menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen, spesimen dan bahan kimia. Melalui
kaedah amali yang biasanya dijalankan secara berkumpulan, akan dapat menerapkan elemen sikap
saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod
data.

Penggunakan kaedah amali boleh menghasilkan ketiga-tiga domain pembelajaran yang


dikehendaki iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif. Melalui kaedah amali,
pengetahuan pelajar berkaitan isi kandungan di samping kemahiran saintifik dan kemahiran
penyelesaian masalah dan kemahiran manipulatif akan diperolehi.

Dalam pertandingan Saintis Muda ini Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis amat diberi
perhatian. Antara kesilapan utama para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Sains ialah tidak
menggalakkan kemahiran berfikir mereka tetapi lebih bersifat kepada menghafal rumus dan fakta
semata-mata (Richard & Sandra, 1995). Selain dari itu, pelajar tidak berusaha mengaitkan konsep
Sains yang dipelajari dengan aktiviti seharian (Hamidin, 2000). Masalah-masalah ini telah
merendahkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan secara tidak langsung
membantutkan usaha ke arah mewujudkan masyarakat celik Sains dan pembentukan negara maju.

Justeru itu, pertandingan Saintis Muda yang berbentuk amali sains ini wajar dilaksanakan
bagi pemberi peluang kepada murid-murid menjalankan penyiasatan melalui perancangan,
pelaksanaan dan perbincangan. Dalam pertandingan ini, teknik menyiasat akan digunakan di mana
peserta akan mengambil dan memasang segala peralatan dan bahan yang disediakan dengan betul.
Hasil pemerhatian atau data-data pula akan direkod dalam bentuk yang sesuai agar mudah diolah
dan dianalisis.

1 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


2.0 OBJEKTIF

a. Membangunkan minda dan sifat ingin tahu terhadap sains dan alam semula jadi.
b. Memperoleh pengetahuan, pemahaman konsep dan kemahiran untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan bermaklumat dalam konteks sains.
c. Menggunakan kemahiran penyiasatan saintifik dan menilai data saintifik untuk
membuat kesimpulan.
d. Menyampaikan idea saintifik, berbincang dan melakukan penyiasatan secara tepat
dalam pelbagai cara.
e. Berfikir secara analitik, kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah, berbincang dan
membuat keputusan dalam konteks Sains.
f. Menghargai kepentingan dan keupayaan sains dan aplikasi dalam perkembangan
teknologi.
g. Membentuk nilai-nilai murni, menghormati diri sendiri, orang lain, dan persekitaran
yang dikongsi bersama.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

a. Peserta pertandingan adalah daripada murid-murid;


i. Sekolah Rendah (Tahun 4 /5 /6)
ii. Sekolah Menengah (Tingkatan 1/2/3)
Gabungan peserta adalah dibenarkan.

b. Soalan tugasan, jawapan atau keputusan aktiviti adalah dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Peserta boleh memilih sama ada menjawab dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris.

c. Setiap pasukan diwakili oleh dua (2) orang peserta dari sekolah yang sama dan diiringi
oleh seorang guru pengiring.

d. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta Lab Coat semasa
pertandingan dijalankan.

e. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada
peralatan dan bahan yang telah disediakan.

f. Peserta dilarang membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan rujukan ke stesen
Pertandingan. Hanya alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) yang dibenarkan
penggunaannya di stesen pertandingan.

g. Guru pengiring tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan


dijalankan.

h. Setiap pasukan akan melakukan tugasan dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa
10 minit bagi stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal. Tugasan
bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual.

i. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan tugasan selepas loceng isyarat
dibunyikan menandakan tamat sesi di stesen berkenaan.

2 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


j. Penilaian ke atas setiap pasukan akan dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian
radas dan bahan serta keputusan tugasan setiap stesen.

k. Keputusan hakim adalah muktamad.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

a. Pertandingan adalah dalam bentuk amali dan hasil pemerhatian atau data yang
diperolehi perlu ditulis dalam borang pemerhatian yang disediakan.

b. Pertandingan dijalankan dalam lima (5) buah stesen. Tiga (3) stesen di dalam makmal
manakala dua (2) stesen lagi di luar makmal.

c. Setiap stesen mempunyai tugasan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan amali.
Peserta perlu melakukan tugasan berdasarkan radas dan bahan yang disediakan atau
melakukan pemerhatian serta mencatat hasil pemerhatian ke dalam borang
pemerhatian.

d. Bagi tugasan yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, peserta akan dinilai
dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika eksperimen tersebut dijalankan.

e. Masa yang diperuntukkan untuk tugasan dalam makmal ialah 10 minit manakala
tugasan di luar makmal pula diperuntukkan masa selama 15 minit. Loceng isyarat akan
dibunyikan menandakan tamat tempoh tugasan di stesen berkenaan. Peserta perlu
berhenti melakukan tugasan dan bersedia untuk bergerak ke stesen berikutnya. Borang
pemerhatian di stesen berkenaan perlu diserahkan kepada hakim yang bertugas di
stesen berkenaan.

f. Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan giliran. Bilik kuarantin perlu disediakan
bagi peserta-peserta yang menunggu giliran melakukan tugasan.

g. Ketua hakim akan memberi taklimat pertandingan dan keselamatan sebelum


pertandingan dimulakan.

h. Pertandingan adalah dalam bentuk amali dan hasil pemerhatian atau data yang
diperolehi perlu ditulis dalam borang pemerhatian yang disediakan.

i. Hasil tugasan peserta akan dinilai oleh hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan
melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian hakim sewaktu eksperimen
dijalankan dan hasil pemerhatian peserta dalam borang pemerhatian.

j. Hasil tugasan peserta akan dinilai oleh hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan
melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian hakim sewaktu eksperimen
dijalankan dan hasil pemerhatian peserta dalam borang pemerhatian.

3 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


5.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK

Kemahiran saintifik yang akan diuji melalui pertandingan Saintis Muda ini terdiri daripada
Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains. Kemahiran Proses Sains boleh
dibahagikan kepada 7 Kemahiran Proses Sains Asas dan 5 Kemahiran Proses Sains
Bersepadu.

5.1 Tujuh kemahiran proses sains asas;


a. Memerhati
b. Mengelas
c. Mengukur dan menggunakan nombor
d. Membuat inferens
e. Meramal
f. Berkomunikasi
g. Menggunakan perhubungan ruang dan masa

5.2 Lima kemahiran proses sains bersepadu;


a. Mentafsir data
b. Mendefinisi secara operasi
c. Mengawal pembolehubah
d. Membuat hipotesis
e. Mengeksperimen

Kemahiran Manipulatif Sains pula merupakan kemahiran psikomotor yang membolehkan


peserta melakukan 5 perkara berikut:

a. Mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul


b. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
c. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
d. Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
e. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

Kemahiran
Saintifik

Kemahiran Kemahiran
Proses Sains Manipulatif

5
Asas Bersepadu

7 5

Rajah 1; Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains yang diuji

4 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


6.0 PANDUAN PEMBINAAN SOALAN PERTANDINGAN SAINTIS MUDA

Konsep penilaian peserta dalam pertandingan Saintis Muda ini boleh dipecahkan
kepada pengetahuan dan kemahiran. Soalan ke atas pengetahuan peserta hendaklah
berlandaskan pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Tugasan
terhadap kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi pengetahuan terhadap masalah
dan keadaan.

Penggubalan sesuatu soalan perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Beberapa


pertimbangan perlu dibuat, seperti soalan yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili
keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan
peserta diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran / objektif
pengajaran.

Pengubalan soalan perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JPU,


pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali,
sebelum soalan tersebut ditadbirkan dalam pertandingan, item-item ujian hendaklah dinilai
oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk
memastikan kualiti soalan dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya penilaian
yang adil.

7.0 ITEM SUBJEKTIF

Item subjektif adalah item yang digunakan dalam soalan pertandingan Saintis
Muda. Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak
spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti
dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk peserta mempamerkan kedalaman
pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang
lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat
pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir.
Item subjektif juga memberi kebebasan kepada peserta dari segi gaya persembahan jawapan
dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut

8.0 LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM SOALAN SAINTIS MUDA

a. Penyediaan Jadual Penentuan Ujian


Langkah awal dalam pembinaan item soalan ialah menyediakan JPU seperti yang
dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif
pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

b. Menulis Item Soalan


Sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item soalan bagi setiap tajuk dan objektif
pengajaran. Bentuk dipelbagaikan.
c. Menyemak Item Soalan
Arahan tepat dan mudah difahami peserta. bahasa yang mudah difahami peserta dan
mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi dan seimbang
dari segi kandungan serta tidak mengandungi petanda (clue).
d. Menilai Item Soalan
Perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran.

5 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


e. Uji lari Item Soalan
Menentukan sama ada soalan benar-benar boleh dilaksanakan sewaktu pertandingan.

Rajah 2; Jadual Penentuan Ujian Pertandingan Saintis Muda

9.0 BENTUK PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam bentuk Kaedah Stesen. Jika bilangan pasukan yang
menyertai dalam jumlah yang besar, pengelola boleh menjalankan pertandingan serentak
di dua lokasi berbeza. Walau bagaimanapun ketekalan penilaian perlu dititikberatkan.

Dalam Makmal Dalam Makmal Dalam Makmal

STESEN A STESEN B STESEN C

STESEN D

BILIK
Luar Makmal
KUARANTIN
STESEN E

Luar Makmal

Rajah 3; Kaedah Stesen dalam Pertandingan Saintis Muda

6 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


10.0 CARTA ALIR PERSEDIAAN PERTANDINGAN

Mula

Pembinaan Soalan

Pemurnian Soalan Pembentangan


Kumpulan

Diterima
Tidak
Ya

Ubahsuai Soalan Pengujian Soalan

Berjaya
Tidak
Ya

Persediaan Lokasi dan


Peralatan

Pertandingan
dilaksanakan

Selesai

Rajah 4; Carta Alir Persediaan Pertandingan Saintis Muda

7 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


11.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Mula

Pendaftaran Pasukan

Taklimat Pertandigan

Undian Giliran

Pertandingan dan
Penilaian

Penjumlahan Markah

Rumusan Ketua Hakim

Pengumuman Keputusan

Tamat

Rajah 5; Carta Alir Pelaksanaan Pertandingan Saintis Muda

8 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


12.0 PANDUAN PENGELOLAAN

12.1 Pengelola perlu mengenalpasti kumpulan pelaksana penting bagi melaksanakan


pertandingan ini;
i. Teknikal Pertandingan
ii. Penggubal Soalan
iii. Hakim Pertandingan
12.2 Teknikal Pertandingan, Penggubal Soalan dan Hakim Pertandingan perlu dilantik
dalam kalangan yang mempunyai opsyen Sains.
12.3 Pembantu makmal juga perlukan bagi membantu menyediakan apparatus dan
bahan yang akan digunakan semasa pertandingan.
12.4 Pengelola perlu memastikan apparatus, bahan, peralatan yang diperlukan dalam
soalan perlu disediakan dan mencukupi.
12.5 Aparatus perlu dipastikan dalam keadaan baik sebelum digunakan.
12.6 Taklimat keselamatan perlu disampaikan kepada semua peserta sebelum
pertandingan dimulakan.
12.7 Pastikan langkah-langkah keselamatan diambil lebih awal sebelum pertandingan.
12.8 Pemilihan jenis soalan mengikut nombor stesen adalah berdasarkan perbincangan
antara teknikal pertandingan.
12.9 Hakim-hakim yang dilantik perlu diberi taklimat tentang tugasan, skema
pemarkahan dan kemahiran manipulatif yang perlu diperhatikan dengan teliti
semasa pasukan menjalankan pertandingan.
12.10 Pelaksanaan dua aktiviti di luar makmal adalah lebih bersifat kontekstual. Lokasi
yang dipilih perlu mengambil kira keselamatan sewaktu tugasan dijalankan dan
terlindung daripada pemerhatian peserta-peserta yang belum memulakan
pertandingan.
12.11 Semakan jawapan tugasan boleh dijalankan dalam bilik / sudut khas bagi
membolehkan hakim membuat perbincangan sekiranya terdapat sebarang
keraguan jawapan.
12.12 Ketua Hakim perlu membuat rumusan kepada peserta dan guru pembimbing
berdasarkan pemerhatian sepanjang pertandingan dijalankan. Rumusan boleh
merangkumi;
i. Kerjasama sewaktu menjalankan eksperimen / tugasan.
ii. Prosedur sewaktu menjalankan eksperimen / tugasan.
iii. Kemahiran Manipulatif yang diperhatikan sewaktu eksperimen / tugasan
dijalankan.
12.13 Rumusan hendaklah disampaikan tanpa menyentuh mana-mana pasukan atau
negeri.
12.14 Rumusan hendaklah disampaikan dengan ringkas dan bahasa yang mudah
difahami. Galakan dan motivasi menjalankan eksperimen boleh dijelaskan semasa
rumusan.
12.15 Keputusan pertandingan yang telah diperolehi hendaklah ditandatangani oleh
Ketua Hakim dan diserahkan kepada pengelola dalam envelop yang diseal.
12.16 Keputusan Hakim adalah muktamad

9 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA MENENGAH

[10 MINUTES]
STATION 1 WHERE AM I?

TASK SHEET
Apparatus and materials
Radas dan bahan

 Measuring cylinder
Silinder penyukat
 Plastic cup
Cawan plastik
 Candle
Lilin
 Triple beam balance
Neraca tiga alur
 Liquid P, Q and R
Cecair P, Q dan R

ACTIVITY A

Procedure
Prosedur :

1. Measure 50 ml of liquid P using measuring cylinder and pour it into a clear plastic cup
labelled P.
Ukur 50ml liquid P menggunakan silinder penyukat dan tuangkannya ke dalam cawan
plastik jernih yang dilabelkan sebagai P.

2. Measure 50 ml of liquid Q and pour it into another identical clear plastic cup labelled Q.
Ukur 50 ml cecair Q dan tuang ke dalam cawan plastik jernih Q.

3. Place a candle in cup P and cup Q and observe the position of the candle.
Letakkan lilin dalam cawan P dan cawan Q dan perhatikan kedudukan lilin tersebut.

4. Record the observation in Table 1.


Rekod pemerhatian dalam Jadual 1.

10 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


ACTIVITY B

Liquid P Liquid Q Liquid R

Prosedure:
Prosedur:

1. Weigh the mass of an empty graduated cylinder. Record the mass in gram in Table 2.
Timbang jisim silinder penyukat yang kosong. Rekod jisim dalam gram dalam Jadual 2

2. Pour 20 ml of liquid P into the graduated cylinder.


Tuang 20 ml cecair P dalam silinder penyukat.

3. Weigh the graduated cylinder with liquid P in it. Record the mass in gram.
Timbang silinder penyukat yang mengandungi cecair P. Rekod jisim dalam unit gram.

4. Calculate the mass of only the liquid P.


Kira jisim cecair P sahaja.

5. Use the mass and volume of liquid P to calculate the density of liquid P.
Dengan menggunakan jisim dan isipadu cecair P kira ketumpatan cecair P.

6. Repeat the step 2 – 5 for liquid Q and liquid R.


Ulang langkah 2 – 5 menggantikan cecair Q dan cecair R.

7. Record the data in Table 2.


Rekod data dalam Jadual 2.

11 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA MENENGAH

STATION 1 Group number :


WHERE AM I ?

ANSWER SHEET

Activity A
Solution Position of candle
Larutan Kedudukan lilin
P

Table 1 / Jadual 1
[2 marks / markah]
Activity B

Reading Liquid P Liquid Q Liquid R


Bacaan Cecair P Cecair Q Cecair R
Mass of measuring cylinder + liquid(g)
Jisim silinder penyukat + cecair (g)
Mass of empty measuring cylinder (g)
Jisim silinder penyukat kosong(g)
Mass of liquid (g)
Jisim cecair (g)
Density of liquid (g/cm3)
Ketumpatan cecair (g/cm3)
Table 2 / Jadual 2
[4 marks / markah ]
Question:
1. Draw and label the three layered liquid in the graduated cylinder in the box provided.
Lukis dan label tiga lapisan cecair di dalam silinder penyukat dalam kotak yang disediakan.

[3 marks / markah ]

12 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


2. State the conclusion in both activity.
Nyatakan kesimpulan dalam kedua-dua aktiviti.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[1 marks / markah ]

13 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


10
KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA MENENGAH

STATION 1

SCORING SHEET
GROUPS
NO SKILL Mark
1 2 3 4 5 6 7 8

Menggunakan neraca tiga alur 1


1
dengan betul

Membaca ukuran pada silinder


2 1
penyukat secara meniscus

Membersihkan alat radas yang


3 digunakan dan mengemaskan 1
meja
Mengendalikan bahan
4 eksperimen dengan cermat (tidak 1
tumpah)
Mencatatkan bacaan sebaik
5 selesai membuat setiap 1
pengukuran
Menjalankan tugasan mengikut
6 1
langkah-langkah yang betul.

MARKAH KMS
6

10
MARKAH KPS

16
JUMLAH MARKAH
Hakim
.............................................................................
(Nama: ) Tarikh: ……………………………

14 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA MENENGAH

STATION 1:
MARKING SCHEME

Activity A

Solution Position of candle


Larutan Kedudukan lilin
P (air) tenggelam
Q (alkohol) terapung
Table 1 / Jadual 1
[2 marks / markah]
Activity B

Reading Liquid P Liquid Q Liquid R


Bacaan Cecair P Cecair Q Cecair R
Mass of measuring cylinder + liquid(g)
Jisim silinder penyukat + cecair (g)
Mass of empty graduated cylinder (g)
Jisim silinder penyukat kosong(g)
Mass of liquid (g)
Jisim cecair (g)
Density of liquid (g/cm3)
Ketumpatan cecair (g/cm3)
Table 2 / Jadual 2
[4 marks / markah]

Question:

1. Draw and label the three layered liquid in the graduated cylinder in the box provided.
Lukis dan label tiga lapisan cecair di dalam silinder penyukat dalam kotak yang disediakan.

Alkohol

Minyak

Air

[3 marks / markah]

15 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


2. State the conclusion in both activity.
Nyatakan kesimpulan dalam kedua-dua aktiviti.

Bahan yang mempunyai ketumpatan yang tinggi akan tenggelam manakala bahan yang
mempunyai ketumpatan yang rendah akan terapung.
[1 marks / markah]

16 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA RENDAH

[10 MINUTES]
STATION 3 GUESS ME NOT

TASK SHEET

Tahukah kamu?
Ekstrak bunga raya bertukar warna kemerahan untuk larutan
berasid manakala bertukar warna kehijauan untuk larutan
beralkali dan tidak bertukar warna untuk larutan neutral.
Hibiscus flower extract change to reddish colour for acidic substances
while change to greenish colour for alkaline substances and does not
change colour for neutral substances.

Radas dan bahan;


Apparatus and materials;

 Hibiscus flower extract


Ekstrak kubis ungu
 Petri dish A, B and C
Piring petri A, B dan C
 Substance A, B and C
Larutan A, B dan C
 Dropper
Penitis

PROCEDURES:
Langkah-langkah:

1. Put a few drops of substance A into petri dish A. Then, put a drop of purple cabbage
extract onto the substance.
Titiskan beberapa larutan A ke atas piring petri A. Kemudian titiskan ekstrak kubis bunga ungu ke
atas larutan tersebut.
2. Observe the change in colour.
Perhatikan perubahan warna yang berlaku.
3. Record your findings in the table below.
Rekodkan pemerhatian kamu ke dalam jadual yang disediakan.
4. Repeat steps 1 to 3 for substances B and C
Ulang langkah 1hingga 3 untuk larutan B dan C.

17 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA RENDAH

STATION 3 Group number:


GUESS ME NOT

ANSWER SHEET
Masa: 10 minit
Time: 10minutes
My Observations:
Pemerhatian saya:

Substance Colour change of purple cabbage ekstract Chemical properties


Larutan Perubahan warna ekstrak kubis ungu Sifat kimia bahan
A
B
C

(6 marks / 6 markah)

1. Using other senses than sight, predict what is substance C?


Menggunakan selain deria penglihatan, ramalkan apakah larutan C?

______________________________________________________________________
(1 mark / 1 markah)

2. Other than purple cabbage extract, state other material that can be used to test chemical
properties of substances.
Selain ekstrak kubis ungu, nyatakan bahan lain yang boleh digunakan untuk menguji sifat kimia
bahan.

______________________________________________________________________
(1 mark / 1 markah)

3. What is the defining operationally for acidic substance?


Apakah definisi secara operasi bagi bahan asid?

______________________________________________________________________
(1 mark / 1 markah)

4. State one importance of knowledge in substance properties in our daily life.


Nyatakan satu kepentingan pengetahuan tentang sifat kimia bahan dalam kehidupan seharian.

______________________________________________________________________
(1 mark / 1 markah)

18 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA RENDAH

STATION 3 GUESS ME NOT

MARKING SCHEME;
Skema pemarkahan:

1. (Science Process Skills) Kemahiran Proses Sains


Markah Diperoleh: ………………………..

2. Manipulative Skills) Kemahiran Manipulatif

Petunjuk :
0 – Tidak dilakukan
1 – Dilakukan tetapi tidak sempurna
2 – Dilakukan dengan sempurna

GROUPS
NO SKILL
0 1 2 0 1 2 0 1 2
Set up the apparatus and substances
1
correctly and carefully
Handle specimens correctly and
2 carefully. (Transfer the solution into the
petri dish using dropper)
Use only suitable amount of substance
3
(not wasted)
Dispose the substance in the sink and
4
clean the apparatus
Store apparatus and substances
5
correctly and safely
TOTAL MARKS

Hakim
.............................................................................
(Nama: ) Tarikh: ……………………………

19 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA RENDAH

STATION 3 GUESS ME NOT

Radas dan bahan;


Apparatus and materials;

Materials / Apparatus Kuantti


Bil
Bahan / Peralatan Quantity
No

1 Piring petri / petri dish 3


2 Larutan A (jus lemon / limau) 200 ml
3 Larutan B (jus peria) 200 ml
4 Larutan C (air garam) 200 ml
5 Penitis / dropper 1

Nota :
 Jenis jus digunakan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian pihak penganjur
dengan mematuhi bahawa :
- Larutan A ialah bahan bersifat asid
- Larutan A ialah bahan bersifat alkali
- Larutan A ialah bahan bersifat neutral
 Bahan digunakan juga mestilah telah diuji untuk ketepatan data.

20 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


KARNIVAL STEM
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA RENDAH

STATION 3 GUESS ME NOT

Masa: 10 minit
Time: 10 minutes
Marking scheme
Skema Pemarkahan

My Observations / Pemerhatian saya;

Substance Colour change of purple cabbage ekstract Chemical properties


Larutan Perubahan warna ekstrak kubis ungu Sifat kimia bahan
A
Ungu ---- kemerahan Asid
(Jus lemon)
B
(Larutan soda Ungu ---- kehijauan / kebiruan Alkali
bikarbonat)
C
Ungu ---- kehijauan / kebiruan Alkali
(Air sabun)

(6 marks / 6 markah)
1. Using other senses than sight, predict what is substance C?
Menggunakan selain deria penglihatan, ramalkan apakah larutan C?
Bahan alkali -- (Merasa dengan lidah)
(1 mark / 1 markah)

2. Other than purple cabbage extract, state other material that can be used to test chemical
properties of substances.
Selain ekstrak kubis ungu, nyatakan bahan lain yang boleh digunakan untuk menguji sifat kimia
bahan.
Kertas litmus / Ekstrak bunga raya/ bunga telang /kunyit
(1 mark / 1 markah)

3. What is the defining operationally for acidic substance?


Apakah definisi secara operasi bagi bahan asid?
Asid menukarkan warna ekstrak kubis ungu kepada kemerahan
(1 mark / 1 markah)

4. State one importance of knowledge in substance properties in our daily life.


Nyatakan satu kepentingan pengetahuan tentang sifat kimia bahan dalam kehidupan seharian.
Membantu tukang masak menyedapkan masakan / Meneutralkan asid dalam perut
(gastrik)
(1 mark / 1 markah)

21 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SAINTIS MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN

KATEGORI: MENENGAH / RENDAH


* Potong salah satu

NEGERI

NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS EMEL

GURU PEMBIMBING JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL

BANGSA
BIL NAMA PESERTA JANTINA MYKAD
M I C L
1

BILANGAN VEGETARIAN
GURU MURID

Pengesahan Cop Rasmi:

………………………………………………...
( ) Tarikh:

22 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM


BORANG MAKLUM BALAS PERTANDINGAN

NAMA PERTANDINGAN: SAINTIS MUDA SEKOLAH MENENGAH / SEKOLAH RENDAH


KATEGORI: PEGAWAI TEKNIKAL / GURU / HAKIM*
*Sila pilih salah satu

UMUR:
JANTINA:
KEKUATAN PERTANDINGAN:

KELEMAHAN PERTANDINGAN:

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Silakan serahkan borang kepada pihak Urusetia Pengelola. Maklum balas anda amat dihargai.
Terima kasih.

23 I Kertas Konsep Pertandingan Saintis Muda SM dan SR I Karnival STEM KPM

You might also like