You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SKC 06/08


Tarikh : 1 Ogos 2018
Kepada
Ibu bapa / penjaga
Murid – murid SK Cochrane

Tuan / Puan,

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM, PIZZA WORKSHOP DAN ENERZ


EXTREME PARK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan / puan badan Disiplin dan Pengawas bercadang untuk
membawa murid melawat ke rumah anak yatim, pizza workshop dan Enerz Extreme Park.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahn dan kesedaran kepada murid bagaimana
kehidupan anak yatim, memberi peluang kepada murid merasai sendiri pengalaman membuat
Pizza dan memberi pendedahan kepada murid kepentingan Sains kepada kehidupan seharian.

3. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut:-

Tempat Lawatan : Rumah Anak Yatim, Pizza Workshop di


Dominos Pizza dan Enerz Extreme park
Tarikh Lawatan : 2 Oktober 2018 ( Selasa )
Masa Lawatan : 8.00 pagi hingga 5 petang
Bayaran (Murid) : RM 88.00
( Termasuk tambang bas, tiket masuk ke Enerz Extreme park dan Pizza Workshop, Pizza 6
inci yang boleh dibawa balik, tiket pakej tour dan makan tengahari )

4. Murid dikehendaki memakai baju Sukan, kasut sekolah, alat tulis dan membawa beg
kecil semasa hari lawatan. Borang jawapan ibu bapa perlu diisi, ditandatangani dan
kemudiannya diserahkan kepada Pn Valarmathi sebelum 25 September 2018. Bilangan
murid terhad untuk 80 orang murid sahaja.

5. Kerjasama dan sokongan daripada Tuan / Puan amat kami harapkan dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………
Tay Mee Yong
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Cochrane

You might also like