You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX,

Jalan Persiaran Scientex 2,


Taman Scientex,
81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim.

Ruj Kami : JBA1138/700-6(1)


Kepada, Tarikh : 16 Oktober 2019
Pengerusi,
Masjid Taman Scientex,
Pasir Gudang,
Jalan Persiaran 2, Taman Scientex
81700 Pasir Gudang
JOHOR.

Melalui Salinan kepada,


En Md Bakir Bin Md Amin,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Scientex,
Pasir Gudang,
JOHOR.

Tuan,

MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN MASJID UNTUK PROGRAM PASCA


UPSR SK TAMAN SCIENTEX

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Taman Scientex ingin memohon
untuk menggunakan ruang solat Masjid Taman Scientex serta sistem PA (dalaman) untuk program
pengurusan jenazah sempena program pasca UPSR Sk Taman Scientex mengikut ketetapan yang
berikut:

          Sasaran: Murid Tahun 6 Sk Taman Scientex


Tarikh: 17/10/2019 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
          Tempat: Masjid Taman Scientex

3. Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati sekiranya pihak masjid dapat meluluskan
permohonan kami ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………
(AMIRUL AFIQ BIN MUSTAFFA)
Penyelaras Tahun 6,
SK Taman Scientex,
Jalan Persiaran 2, Taman Scientex,
Pasir Gudang,
JOHOR.

You might also like