You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAT

KAMPUNG BUKIT RAHMAT,


84700, GERSIK, TANGKAK, TEL : 06-9727672
JOHOR. FAX : 06-9727672
___________________________________________________________________
Rujukan Kami : JBA9027/600-6/3/3(15)
Tarikh : 20 FEBRUARI 2017

Kepada,

Guru Besar
SK Simpang Lima Pekan
84800 Tangkak, Johor
(Up: Puan Nur Faiza Binti Salleh)

Puan,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATA PELAJARAN


SAINS DI SK BUKIT RAHMAT

Adalah dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kecemerlangan Tahun 6/2017 SK Bukit Rahmat


akan mengadakan program Teknik Menjawab Mata Pelajaran Sains UPSR 2017 seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Mac 2017 ( Rabu )


Tempat : Makmal Komputer SK Bukit Rahmat
Masa : 11.30 pagi – 1.30 tengah hari

3. Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput Puan Nur Faiza Binti Salleh sebagai
penceramah bagi program tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan
dapat memberikan pelepasan kepada pegawai tersebut.

Sekian untuk makluman pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

AHMAD KAMAL BIN ABU @ ABDULLAH


Guru Besar
SK Bukit Rahmat
Tangkak, Johor

You might also like