You are on page 1of 8

Tajuk : Imbuhan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 _____ Hui Ling menjadi contoh kepada murid-murid lain.

A Ketekunan
B Bertekun
C Tertekun
D Menentunkan

2 Daun-daun kering ______ di halaman rumah apabila ditiup angin.

A penaburan
B pertaburan
C menaburkan
D bertaburan

3  Kehidupan rakyat derita semasa zaman ______ Jepun.

A berkedudukan
B kedudukan
C pendudukan
D menduduki

4 Jane ____ pengalaman bercutinya kepada kawan-kawan karibnya.

A perceritaan
B menceritai
C menceritakan
D pencerita
5 Pak Busu akan ____ pembedahan pada minggu hadapan.

A menjalani
B menjalankan
C perjalanan
D dijalankan

6 Persembahan teater itu telah ______ oleh beribu-ribu penonton.

A menyaksikan
B disaksikan
C kesaksian
D penyaksian

7 Kelihatan banyak burung ______ di langit.

A menerbangkan
B berterbangan
C penerbangan
D diterbangkan

8 Skuad bola sepak yang terpilih ke pertandingan Piala Asia _____ oleh pemain-
pemain muda.

A berbaris
B dibarisi
C perbarisan
D barisan
9 Ramai murid tidak ______ pelajaran yang disampaikan oleh Cikgu Borhan
pada hari ini.

A memahami
B kefahaman
C persefahaman
D pemahaman

10 Sekolah kami telah ______ dengan pelbagai prasarana moden.

A melengkapi
B dilengkapi
C melengkapkan
D kelengkapan

JAWAPAN
1A
2D
3C
4C
5A
6B
7B
8B
9A
10B
BAHAGIAN A
[10 markah]

[Masa dicadangkan: 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan suasana sambutan Hari Kemerdekaan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana bagi meraikan sambutan tersebut.

Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.


BAHAGIAN A (Cadangan Jawapan)

1. Pelbagai kaum mengambil bahagian dalam acara perbarisan Hari Kemerdekaan.


2. Warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kemerdekaan.
3. Bangunan kerajaan, restoran dan kedai-kedai turut mengibarkan bendera Malaysia.
4. Pemandu kereta dan lori bangga mengibarkan bendera Malaysia pada kenderaan mereka.
5. Basikal dan beca turut dihiasi dengan Jalur Gemilang yang pelbagai bentuk dan saiz.

(* terima mana-mana jawapan yang sesuai)


11 Kerja-kerja ______ bahan-bahan kitar semula itu dilakukan oleh beberapa orang
pekerja.
A diasingkan
B keasingan
C berasingan
D mengasingkan

12 Harimau itu ______ mangsanya dengan senyap.


A terhampir
B berhampiran
C menghampiri
D penghampiran

13 ______ tahunan bapa saya ialah RM 24 000.


A Mendapatkan
B Pendapatan
C Mendapati
D Didapati

14 ______ jawatan Encik Faizal secara tiba-tiba menyebabkan pentadbiran Syarikat


Kejora menjadi kelam kabut.
A Diletakkan
B Meletakkan
C Perletakan
D Terletak

15 Haiwan ______ Fatiha ialah kucing.


A disayangi
B menyayangi
C kesayangan
D bersayang-sayangan

16 Atlet itu berjaya _____ tahap kelayakan Sukan Olimpik dalam kejohanan tersebut.
A melepasi
B melepaskan
C pelepasan
D dilepaskan

17 Pembinaan kedai runcit di kawasan itu telah memudahkan penduduk membeli


barang-barang _____
A keperluan
B memerlukan
C diperlukan
D seperlunya

18 _______ Kereta terbaru syarikat itu dirasmikan oleh pengarah syarikat tersebut.
A Dilancarkan
B Pelancaran
C Kelancaran
D Melancarkan

Jawapan
1A
2D
3C
4C
5A
6B
7B
8B
9A
10B
11D
12C
13B
14C
15C
16A
17A
18B

You might also like