You are on page 1of 4

IMBUHAN APITAN – LATIHAN 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 _____ Hui Ling menjadi contoh kepada murid-murid lain.


A Ketekunan B Bertekun
C Tertekun D Menentunkan

2 Daun-daun kering ______ di halaman rumah apabila ditiup angin.


A penaburan B pertaburan
C menaburkan D bertaburan

3 Kehidupan rakyat derita semasa zaman ______ Jepun.


A berkedudukan B kedudukan
C pendudukan D menduduki

4 Jane ____ pengalaman bercutinya kepada kawan-kawan karibnya.


A perceritaan B menceritai
C menceritakan D pencerita

5 Pak Busu akan ____ pembedahan pada minggu hadapan.


A menjalani B menjalankan
C perjalanan D dijalankan

6 Persembahan teater itu telah ______ oleh beribu-ribu penonton.


A menyaksikan B disaksikan
C kesaksian D penyaksian

7 Kelihatan banyak burung ______ di langit.


A menerbangkan B berterbangan
C penerbangan D diterbangkan
8 Skuad bola sepak yang terpilih ke pertandingan Piala Aisa _____ oleh
pemain-pemain muda.
A berbaris B dibarisi
C perbarisan D barisan

9 Ramai murid tidak ______ pelajaran yang disampaikan oleh Cikgu


Borhan pada hari ini.
A memahami B kefahaman
C persefahaman D pemahaman

10 Sekolah kami telah ______ dengan pelbagai prasarana moden.


A melengkapi B dilengkapi
C melengkapkan D kelengkapan

11 Kerja-kerja ______ bahan-bahan kitar semula itu dilakukan oleh


beberapa orang pekerja.
A diasingkan B keasingan
C berasingan D mengasingkan

12 Harimau itu ______ mangsanya dengan senyap.


A terhampir B berhampiran
C menghampiri D penghampiran

13 ______ tahunan bapa saya ialah RM 24 000.


A Mendapatkan B Pendapatan
C Mendapati D Didapati

14 ______ jawatan Encik Faizal secara tiba-tiba menyebabkan


pentadbiran Syarikat Kejora menjadi kelam kabut.
A Diletakkan B Meletakkan
C Perletakan D Terletak
15 Haiwan ______ Fatiha ialah kucing.
A disayangi B menyayangi
C kesayangan D bersayang-sayangan

16 Atlet itu berjaya _____ tahap kelayakan Sukan Olimpik dalam


kejohanan tersebut.
A melepasi B melepaskan
C pelepasan D dilepaskan

17 Pembinaan kedai runcit di kawasan itu telah memudahkan penduduk


membeli barang-barang _____
A keperluan B memerlukan
C diperlukan D seperlunya

18 _______ Kereta terbaru syarikat itu dirasmikan oleh pengarah


syarikat tersebut.
A Dilancarkan B Pelancaran
C Kelancaran D Melancarkan
Jawapan
1A
2D
3C
4C
5A
6B
7B
8B
9A
10B
11D
12C
13B
14C
15C
16A
17A
18B

You might also like