You are on page 1of 27

BAHAGIAN A (TATABAHASA)

KATA GANDA

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

A kisi-kisi B orang-orang

C tupai-tupai D layang-layang

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai
ditayangkan.

A riuh-rendah B gelap-gelita

C porak-peranda D terang-benderang

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti
mewarna.

A comot-momot B koyak-rabak

C serba-serbih D compang-camping

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

A hidup-hidup B bulat-bulat

C betul-betul D terang-benderang

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.

A bebola B jejari

C dedaun D kekabu

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

A teresak-esak B terkebil-kebil

C terbahak-bahak D tergelak-gelak

7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

A berkelip-kelip B berpinar-pinar

C berderet-deret D berliku-liku

8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

A dedaun B kekabu

1
C bebola D bebiri

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

A dedaun B kekabu

C bebola D bebiri

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar


langit itu.

A haru-biru B keluh-kesah

C kusut-masai D tunggang-langgang

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.

A kemas-kemas B ketat-ketat

C kuat-kuat D erat-erat

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

A lemah-longlai B lemah-gemalai

C hiruk-pikuk D cirit-birit

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak
berbalas.

A tercungap-cungap B terbahak-bahak

C teresak-esak D tersipu-sipu

14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu
merupakan jalan pintas.

A ulang-alik B bolak-balik

C mundar-mandir D lalu-lalang

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang


digunakan untuk menyimpan air minuman.

A kekuda B sesiku

C kekisi D lelabu

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

A bersaing-saing B berbaris-baris

C berluncur-luncur D berderet-deret
2
17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

A dedahan B pepohon

C dedaun D reranting

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.

A jentik-jentik B pijat-pijat

C anai-anai D kura-kura

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

A ulang-alik B lalu-lalang

C mundar-mandir D mandi-manda

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

A kebiru-biruan B kemalu-maluan

C keanak-anakan D kemerah-merahan

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang
mengetahuinya.

A lambat-laun B sorok-sorok

C senyap-senyap D sayup-sayup

22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.

A kusut-masai B serba-serbih

C comot-momot D compang-camping

23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai
emas kelmarin.

A bertukar-tukar B berhujah-hujah

C berbalas-balas D berganti-ganti

24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.

A riuh-rendah B lintang-pukang

C kumat-kamit D lalu-lalang

25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat


pemeriksaan kebersihan.

A huru-hara B remeh-temeh
3
C kelam-kabut D kacau-bilau

26 Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.

A mentah-mentah B senang-senang

C semua-semua D betul-betul

27 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga
semalam.

A terkial-kial B tersekat-sekat

C terhuyung-hayang D terhincut-hincut

28 Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco

A berulang-alik B meliang-liuk

C bersiar-siar D membeli-belah

KATA PENGUAT

4
LATIHAN

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.

A Nian B Benar

C Sekali D Terlalu

2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.

A betul B benar

C sekali D paling

3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.

A paling B sekali

C benar D betul

4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.

A nian B agak

C betul D benar

5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.

A paling B sekali

C betul D nian

6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.

A sungguh B sekali

C benar D nian

7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.

A amat B betul

C benar D sekali

8 Rasa buah durian tembaga itu _________ sedap.

A betul B benar

C sekali D sangat

9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.

A paling B sekali
5
C betul D nian

10 “ ________ cantik pemandangan yang kamu lukis ini,” puji Halim kepada Zainal.

A Sungguh B Sekali

C Betul D Nian

11 Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.

A sekali B betul

C amat D nian

12 Suhu di dalam bilik hotel ________ sejuk sehingga saya menggigil.

A terlalu B sekali

C betul D nian

13 Pantas ___________ kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.

A agak B sekali

C paling D terlalu

14 Haiwan yang besar ___________ di air ialah ikan paus.

A agak B paling

C sekali D terlalu

15 Antara murid Tahun 6 Rajin, Murni yang tinggi ___________.

A paling B sekali

C agak D terlalu

16 Nescafe yang dibancuh oleh Ratni manis_________rasanya.

A agak B benar

C terlalu D paling

17 Pesawat itu mendarat dengan laju _______ lalu terbabas di hujung landasan.

A paling B sekali

C agak D terlalu

18 Tulisan tangan Salina cantik dan kemas_________.

A terlalu B paling

C benar D agak
6
POLA AYAT

Pembahagian Pola Ayat Dasar.


Terdapat empat jenis pola ayat dasar iaitu :      
1.    Subjek : FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaNama (FN)
Contoh ayat :Maisarah pelajar universiti.
 
2.   Subjek :FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaKerja (FK)
 Contoh ayat :Amalina sedang tidur.

3.    Subjek :FrasaNama (FN) +Predikat: FrasaAdjektif (FA)


Contoh ayat :Pemuda itu pemurah.

4.    Subjek :FrasaNama (FN) + Predikat: Frasa Sendi Nama (FSN)


Contoh ayat :Ibu di dapur
Berdasarkan nota di atas, pola ayat terbahagi kepada empat pola iaitu
1.     Frasa Nama + Frasa Nama ( FN+FN)
2.   Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN+FK)
3.   Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FAdj)
4.   Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

LATIHAN

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat dibawah

1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.

2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.

3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.

4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.

5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.

6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.

7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.

8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.

9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.

10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.

11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.

7
12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.

13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.

14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.

15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.

16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.

17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.

18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.

19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.

20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.

PERIBAHASA

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan yang berikut.

1. Sofea dan adiknya sudah berbaik semula selepas bergaduh selama beberapa
minggu.
_________________________________________________________________
2. Hakimi dan Hamizan memang berkawan baik dan sentiasa bersama-sama .
_________________________________________________________________

3. Kawan-kawannya tidak mahu menasihati Suzlihan lagi kerana nasihat mereka itu
tidak diendahkannya.

_________________________________________________________________

4. Penduduk kampung itu sentiasa bekerjasama apabila menghadapi  sesuatu


masalah.

_________________________________________________________________

Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberi.

1.  Alah bisa tegal biasa.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

8
2. Seperti anjing dengan kucing.
_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

3. Talam dua muka

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

4. Kalah menjadi abu, menang menjadi arang.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberi.

1. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


Maksudnya : Kita seharusnya mengikut adat dan peraturan di tempat kita tinggal.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.


Maksudnya : Sama-sama bersusah dan bersenang.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

3. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


Maksudnya : Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-
sungguh, pasti kita tidak akan mendapat hasilnya.

9
_________________________________________________________________

4. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit


Maksudnya : Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-kecilan yang
akhirnya menjadi besar dan mencapai apa yang dihajati.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di bawah.

1. Suzi dan Najwa merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering
bekerjasama dalam apa jua situasi.

_________________________________________________________________

2. Shazery menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan


bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.

_________________________________________________________________

10
BAHAGIAN B (KARANGAN)

Latihan 1 : Anda berpeluang melawat ke suatu pameran kraftangan. Tuliskan sebuah


karangan untuk menceritakan pengalaman anda.
Langkah 1
i) Baca soalan berulang kali untuk tujuan memahami.
ii) Garisi kata kunci dan kehendak soalan .
Contoh:
Anda berpeluang melawat ke suatu pameran kraftangan. Tuliskan
sebuah karangan untuk menceritakan pengalaman anda.
iii) Lengkapkan tempat kosong berpandukan kata tanya yang diberi.
Lawatan ke Pameran Kraftangan
1. Saya berpeluang pergi ke pameran kraf tangan di __________ (mana).
2. Saya melawat ke pameran kraf tangan itu pada ______________ (bila).
3. Saya mengunjungi ke pameran kraftangan bersama-sama ___________
(siapa).
4. Kami menaiki ____________ (apa).
5. Kami dapat melihat ______________ (apa).
6. Saya memilih ______________ (apa).
7. Saya membeli _____________ (apa)
8. Saya memberi __________ (apa) untuk_______________ (siapa).
9. Saya membayar harga ______________ (apa) di __________(mana).
10. Saya juga membelanja ______________ (apa) untuk __________(siapa).
11. Kami melihat pelbagai ______________ (acara/pertandingan apa).
12. Saya menyertai pertandingan ______________ (apa).
13. Saya menang dan dapat ______________ (apa)
14. Saya dan ______________ (siapa ) pun pulang.
15. Saya berasa gembira dan __________________ ( apa )
16. Saya dan ______________ (siapa) berharap dapat pergi ke __________
pada masa yang lain.)

Langkah 2

11
Anda berpeluang melawat ke suatu pameran kraftangan. Tuliskan sebuah karangan laporan
tentang pameran tersebut.

Laporan Lawatan ke Pameran Kraf tangan

1. Saya berpeluang pergi ke pameran kraf tangan di ______________. 2. Saya melawat ke


pameran kraf tangan itu pada ______________ . 3. Saya mengunjungi pameran kraftangan
bersama _____________ . 4. Kami menaiki ____________. 5. Kami dapat melihat
______________ . 6. Saya memilih ______________ . 7. Saya membeli _____________ 8.
Saya bercadang untuk memberi _________________ 9. Saya membayar harga
______________ di ______________. 10. Saya juga membelanja ______________ untuk
______________. 11. Kami melihat pelbagai ______________. 12. Saya menyertai
pertandingan ______________ . 13. Saya memenangi dan dapat ______________. 14.
Saya dan ______________ pun pulang. 15. Saya berasa gembira ______________ . 16.
Saya dan ______________ berharap dapat pergi ke ______________ pada masa yang
lain. Disediakan oleh, Tarikh ___________________

Latihan 2 :Anda berpeluang melawat ke suatu pameran buku. Tuliskan sebuah karangan

untuk menceritakan pengalaman anda.


Langkah 1
i) Baca soalan berulang kali untuk tujuan memahami.
ii) Garisi kata kunci dan kehendak soalan .
Contoh:
Anda berpeluang melawat ke suatu pameran buku. Tuliskan sebuah
karangan untuk menceritakan pengalaman anda.
iii) Lengkapkan tempat kosong berpandukan kata tanya yang diberi.
Lawatan ke Pameran Buku
1. Saya berpeluang mengunjungi ke pameran buku di ______________
(mana).
2. Saya pergi ke pameran buku itu pada ______________ (bila).
3. Saya melawat pameran buku bersama _____________ (siapa).
4. Kami menaiki ____________ (apa).
5. Kami dapat melihat ______________ (apa).
6. Saya memilih______________ (apa).
7. Saya mengambil _____________ (apa) untuk ______________ (apa)
8. Saya membawa ke______________________
9. Saya membayar harga ______________ (apa) di _____________(mana).
10. Saya juga membeli ______________ (apa) untuk _____________(siapa).
11. Kami melihat pelbagai ______________ (acara/pertandingan apa).
12. Saya menyertai pertandingan ______________ (apa).
12
13. Saya memenangi dan mendapat ______________ (apa)
14. Saya dan ______________ (siapa ) pun pulang.
15. Saya berasa gembira dan______________ (apa).
16. Saya dan ______________ (siapa) berharap dapat pergi ke ___________
pada masa yang lain.

Langkah 2
Anda berpeluang melawat ke suatu pameran buku. Tuliskan sebuah karangan
laporan tentang lawatan anda.
Laporan Lawatan ke Pameran Buku
1. Saya berpeluang mengunjungi ke pameran buku di ______________.
2. Saya pergi ke pameran buku itu pada ______________ .
3. Saya melawat ke pameran buku bersama _____________ .
4. Kami menaiki ____________.
5. Kami dapat melihat ______________ .
6. Saya memilih ______________ .
7. Saya mengambil _____________ yang______________
8. Saya membawa buku ke________________
9. Saya membayar harga ______________ di ______________.
10. Saya juga membeli ______________ untuk ______________.
11. Kami melihat pelbagai ______________.
12. Saya menyertai pertandingan ______________ .
13. Saya memenangi__________ dan mendapat ______________.
14. Saya dan ______________ pun pulang.
15. Saya berasa gembira dan _____________
16. Saya dan ______________ berharap dapat pergi ke ______________ pada
masa yang lain.
Disediakan oleh, Tarikh
___________________

Latihan 3: Karangan Bahan Ransangan

Lihat infografik di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam infografik
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

13
ISI TERSURAT ISI TERSIRAT
(Mengapa, Bagaimana,Siapa,Bila,
Dimana)

Tuliskan karangan lengkap.

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

14
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

BAHAGIAN C (KOMSAS)

NOTA
Syair Burung Nuri
Maksud
Rangkap 1 - Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh
seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang
ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah
fikirannya yang kurang sempurna.

15
Rangkap 2 - Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak
berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup
dalam keadaan miskin.
Rangkap 3 - Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis
daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata
yang kurang menarik dalam warkah tersebut.
Rangkap 4 - Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada
pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa
dan menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan.
Rangkap 5 - Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya
secara berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan
dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan
kecewa.
Rangkap 6 - Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing
tanpa arah tuju, tidak terurus hingga melupakan makan dan
minum.
Rangkap 7 - Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam
kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya
menjadi hancur.
Rangkap 8 -Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat
kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras.
Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair
berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan
sebegitu.

Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.
Persoalan
(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak
mulia.
(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair


(a) Terdiri daripada lapan rangkap.
(b) Berisi empat baris dalam setiap rangkap.
(c) Semua baris merupakan maksud.
(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.

16
(e) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana.
(perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu.
(perulangan konsonan t).

NILAI

(a) Kesedaran.

(b) Merendah diri.

€ Rasional.
(d) Hemah tinggi.
Pengajaran
(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c)Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d) Kita tidak boleh berputus asa.
(e)Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.

LATIHAN

1. Tuliskan maksud bagi rangkap “Syair Burung Nuri” di bawah.

RANGKAP MAKSUD
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Sudahlah nasib untung yang malang,


Mengambah tautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

17
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.

2. Isi tempat kosng dengan perkataan yang sesuai berdasarkan “ Syair Burung
Nuri”.

Pandai Kelemahannya Malang Hatinya


Meluahkan Maaf Syair kekurangan

Penyair ingin meluahkan perasaannya melalui syair walaupun sedar


karyanya itu banyak……………………… Penyair memberitahu bahawa dia
serba ………………………………kerana tidak ………………………… dan
miskin pula. Penyair meminta ……………………… atas kekurangan yang
terdapat dalam …………………….. itu. Penyair menggunakan syair untuk
……………………………….. apa-apa yang terkandung dalam ……………..
penyair menyatakan bahawa nasibnya sentiasa………………………………

SELOKA SANTAP ISTIADAT

NOTA

Maksud

Rangkap 1 Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap
tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah
sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si
penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.

Rangkap 2 Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap
menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi
sampai ke mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak
gelojoh sewaktu makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman
sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.

18
Rangkap 3 Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula
daripada suapan pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu
membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-
buahan.

Rangkap 4 Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang yang
menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan
memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan
menambahkan seri pada wajah mereka. Rangkap 5 Tatacara dan peraturan santapan ini
merupakan majlis santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.

Tema

Ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam majlis mengikut tertib
berpandukan didikan generasi terdahulu.

Persoalan

(a) Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis.

(b) Cara-cara menjamu selera dalam sesuatu majlis.

(c) Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum.

(d) Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera.

Bentuk dan Ciri-ciri Seloka

(a) Terdiri daripada lima rangkap.

(b) Rangkap pertama mempunyai lima baris, rangkap kedua mempunyai tujuh baris,
rangkap ketiga mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai empat baris, dan
rangkap kelima mempunyai dua baris.

(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata.

(d) Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata.

(e) Berbentuk bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a) Anafora. Contohnya, Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;

(b) Repetisi. Contohnya, Santap beradat, santap istiadat.

(c) Bahasa klasik. Contohnya, peroman.

19
(d) Kata ganda. Contohnya, hormat-menghormat, muliamemuliakan, buah-buahan dan
berkumur-kumur.

(e) Personifikasi. Contohnya, Kelat jatuh ke rengkungan.

(f) Asonansi. Contohnya, Ketujuh berkumur-kumur (perulangan vokal u).

(g) Aliterasi. Contohnya, Isyarat menghormat, muliamemuliakan. (perulangan konsonan m).


(h) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abacb, rima akhir bagi rangkap kedua ialah
aaaabaa, rima akhir bagi rangkap ketiga ialah aabcbc, rima akhir bagi rangkap keempat
ialah abcc dan rima akhir bagi rangkap kelima ialah ab.

Nilai

(a) Kesopanan. (b) Kepatuhan.

(c) Hormat-menghormati. (d) Kesederhanaan.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera.

(b) Kita mestilah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu
selera di dalam sesuatu majlis.

(c) Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dengan mendahului perkara yang
utama kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang berikutnya.

(d) Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara
berlebihan.

LATIHAN

1. Lengkapkan peta alir di bawah dengan aturan makan yang sesuai berdasarkan
seloka “ Santap Istiadat”.

20
Langkah 1 Langkah 6

Langkah 2 Langkah 5

Langkah 3 Langkah 4

2. Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan seloka “ Santap Istiadat”

(a) Apakah maksud Lauk dibinjat sopan siuman?

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

(b) Nyatakan tiga adab makan yang terdapat dalam seloka “ Santap Istiadat”

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

SAJAK KIJANG YANG LELAH

NOTA

Maksud

Rangkap 1 Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti
zaman mudanya yang gagah dan berkuasa.

Rangkap 2 Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan dalamannya
semakin hilang dan yang tinggal hanyalah harapan.

Rangkap 3 Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-
sisa hidupnya walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.
21
Rangkap 4 Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan terkena jerat
manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya
di dalam hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam
tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan
menggunakan akal fikiran serta kewarasannya.

Tema

Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.

Persoalan

(a) Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.

(b) Realiti kehidupan apabila kekuasaan semakin hilang ketika diri menginjak usia tua.

(c) Sikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.

(d) Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk menghadapi cabaran hidup.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

(a) Terdiri daripada empat rangkap.

(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua dan ketiga mempunyai lima
baris, dan rangkap keempat mempunyai sepuluh baris.

(c) Bilangan katanya dua hingga tujuh patah kata.

(d) Terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.

(e) Bentuknya bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a) Metafora. Contohnya, dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin.

(b) Personifikasi. Contohnya, Menghambat waktu yang bersisa.

(c) Hiperbola.Contohnya, suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.

(d) Asonansi. Contohnya, terus mengorak penuh berhemah (perulangan vokal e).

(e) Aliterasi. Contohnya, Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan konsonan k).
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah aaab, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcd,
rima akhir bagi rangkap ketiga ialah aabcb, dan rima akhir bagi rangkap keempat ialah
abccdeefee.

Nada Melankolik.

22
Nilai

(a) Ketabahan. (b) Kesungguhan.

(c) Ketelitian. (d) Hemah tinggi.

(e) Berwaspada.

Pengajaran

(a) Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

(b) Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan.

(c) Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara.

(d) Kita disarankan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu
perkara.

(e) Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat sebarang tindakan.

(f) Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir.

LATIHAN

1. Pembangunan tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar akan menimbulkan


kesan buruk. Berdasarkan sajak “ Kijang yang Lelah”, nyatakan kesan buruk
daripada pembangunan itu.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

23
2. Berdasarkan sajak “ Kijang yang Lelah”, huraikan nilai-nilai positif yang ada pada
kijang itu.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan


tersebut, tulis satu  rumusan yang panjangnya hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
24
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar
kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan walaupun
pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang
melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan
masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat,
maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi
kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran
lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang
menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.

                                                      

            Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau


latihan memandu yang teliti sebelum diberi lesen bagi
memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang
positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan
raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan
melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada
kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu.
Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang
lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu
dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan
kesalahan dalam tempoh  dua tahun pertama perlu dikenakan
tindakan perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat
lesen sepenuhnya.

            Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-


kesilapan masa lalu, malah pengalaman pihak lain juga
dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah
tiba masanya pihak berkuasa mengkaji secara mendalam
aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan
pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan
yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan
akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen
sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar  sehingga amalan

25
tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan
apabila dewasa nanti.

            Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa,


sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai murni dalam
usaha melahirkan generasi pemandu yang
berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang
dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah
dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh
raya dan di jalan-jalan biasa  perlu dikekalkan kerana banyak
kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang
tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para
pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat
untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara
berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang
membabitkan orang lain.

            Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil


oleh individu, masyarakat mahupun negara pelbagai pihak
dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua
pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif
untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru
hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah
berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah
menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.

                                                (Dipetik dan diubahsuaikan


daripada “Budayakan Hargai Nyawa” oleh G. Manimaran,
Utusan Malaysia, Disember 2003)

26
27

You might also like