You are on page 1of 7

NAMA:______________________________________________ TARIKH:_______________

Kata Ganda Separa


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Adian memelihara beberapa ekor _____ yang diimport dari luar negara.
A bebawang B bebuluh C bebola D bebiri

2 Syakir membantu ayahnya membersihkan sarang _____ yang melekat di siling rumah.
A lelabah B kekuda C lelangit D lelabi

3 Ibu memotong _______ ikan itu kepada empat bahagian supaya mudah dimakan.
A dedaun B bebola C dedalu D cecair

4 Ibu menyusun pinggan mangkuk di atas ______ supaya kelihatan kemas.


A sesendal B kekuda C lelangit D pepara

5 Kain songket yang ditenun dengan _______ emas itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang
melihatnya.
A bebenang B kekabu C bebola D deduit

6 _______ saya berasa pedih setelah makan buah nanas yang masam itu.
A Lelangit B Sesiku C Jejentik D Jejari

7 Saya kagum melihat _____ milik peserta dari Kelantan yang kreatif dan dapat terbang tinggi itu.
A lelayang B tetikus C kekuda D lelangit

8 ______ ialah sejenis reptilia yang bercangkerang keras seperti kura-kura.


A Lelabah B Jejentik C Rerama D Lelabi

9 Pejalan kaki dinasihatkan supaya menggunakan _______ untuk melintas jalan.


A jejantas B bebola C kekuda D jejari

10 Bunyi muzik yang terlalu kuat itu amat menyakitkan ______ telinga saya.
A gegendang B kekunci C bebola D jejari

11 Doktor Chandran memberi adik ubat demam dalam bentuk ______.


A bebenang B bebotol C cecair D jejari

12 Anida memasukan ______ kering yang disapunya ke dalam tong sampah.


A rerambut B pepohon C dedaun D bebola

13 Pokok ______ ialah sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok.


A pepohon B kekabu C deduit D lelabu

14 Danish membuang plastik sampah yang tersangkut pada _______ basikalnya.


A kekuda B lelangit C kekisi D jejari

15 Pembinaan ______ di kampung Ulu Cermai memudahkan para penduduknya untuk ke bandar.
A jejambat B tetulang C kekuda D pepara
1
16 Mak Piah membuang semua air yang bertakung di rumahnya untuk mengelakkan _____.
A sesumpah B kekupu C jejentik D tetikus

17 Ibu memasukkan _______ ke dalam bantal yang sudah nipis itu.


A bebawang B kekabu C dedaun D bebola

18 Saya akan makan ______ keranan ia dapat membekalkan protein.


A bebawang B kekacang C tetulang D bebola

19 Adik menekan _______ komputer itu dengan cermat semasa mencari meklumat di internet.
A kekunci B kekuda C pepara D jejari

20 _______ menyembunyikan dirinya di dalam cangkerang untuk melindungi diri.


A Lelabah B Kekuda C Tetikus D Kekura

21 Puan Diana dan Encik Fadil gembira kerana ramai ______ yang datang ke majlis ulang tahun
perkahwinan mereka.
A tetingkap B kekupu C kekuda D tetamu

22 Kita mesti menghormati _______ walaupun berlainan bangsa.


A bebayang B tetingkap C tetangga D tetikus

23 Swee lan lebih gemar menggunakan _______ berbanding pad sentuh apabila mencari maklumat di
internet.
A tetingkap B kekuda C tetikus D sesiku

24 Pak Leman menggunakan _______ untuk mengukur sudut tepat meja yang dibuatnya.
A kekuda B sesiku C kekisi D jejari

25 Adik melihat _______nya di permukaan air yang jernih itu.


A bebayang B gegelang C bebola D jejari

26 Jurugambar itu mengambil gambar ______ yang sedang hinggap di atas sekuntum bunga.
A lelayang B kekupu C lelangit D tetikus

27 Bukan sahaja kaum _____, kaum wanita juga layak menjadi pemimpin.
A tetamu B kekisi C jejala D lelaki

28 _____ mawar yang berwarna-warni menghiasi pentas Anugerah Pelajar Cemerlang itu.
A Bebayang B Pepohon C Bebunga D Dedaun

29 Ahli gimrama itu menggunakan rotan semasa membuat persembahan.


A gegelang B gegelung C rerumput D kekuda

30 ______ ialah sejenis haiwan yang boleh bertukar-tukar warna badannya mengikut keadaan
persekitaran.
A Sesumpah B Jejentik C Rerama D Tetikus

31 Bunga _____ juga dikenali dengan nama bunga siantan.


A jejarum B pepohon C dedaun D rerama
2
32 Bumbung akan dipasang apabila ______ rumah itu siap dibina.
A sesendal C sesiku
B tetulang D kekisi

33 ______, Jason akan bertandang ke rumah saya jika dia ada masa lapang.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sesia

34 Bunyi ______ semakin jelas kedengaran apabila kami hampir tiba di puncak gunung itu.
A gegendang C jejarum
B sesungut D reriang

35 Adira meletakkan _______ yang diperbuat daripada getah pada pintu itu supaya tidak bergerak.
A sesendal C kekuda
B sesungut D kekisi

36 ______ sahaja dia menolong orang yang tidak tahu berterima kasih itu.
A Sesiapa C Reriang
B Sia-sia D Sesiap

37 ______ pun akan marah jika rakyat negara luar mencemuh negara.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sia-sia

38 Rama-rama, lipas dan siput adalah antara haiwan yang mempunyai ______.
A gegendang C rerambut
B sesungut D jejari

39 Orang asli itu menggunakan _______ untuk memburu haiwan.


A sesumpah C sesumpit
B sesendal D kekuda

40 Pak seman terlantar di hospital kerana menghidap penyakit ______ berair.


A peparu C sesiku
B jejari D rerambut

NAMA : ____________________________________ TARIKH :___________________


Kata Ganda Penuh
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 ______ petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.
A Siang-siang B Asyik-asyik C Tahu-tahu D Tiap-tiap

2 Harga telefon bimbit itu masih tidak _______ walaupun telah lama berada di pasaran.
A sedikit-sedikit B turun-turun C nipis-nipis D laris-laris

3 Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan oleh ______ perubatan di Institut Jantung Negara.
A pakar-pakar B hebat-hebat C handal-handal D wakil-wakil

4 “ ________ dia anak orang kaya, dia tidak mahu berkawan dengan kita,” kata Farid kepada Kelvin.
A Mentang-mentang B Kadang-kadang C Harap-harap D Moga-moga

5 Cikgu Linda menulis _______ karangan yang perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam.
A gambar-gambar B abjad-abjad C tajuk-tajuk D kira-kira

6 Di dalam cahaya yang ______ itu, dia melihat seseorang cuba membuka pintu pagar rumahnya.
A sedikit-sedikit B samar-samar C pudar-pudar D kelip-kelip

7 Penyanyi itu menyampaikan lagu yang ______ untuk menghiburkan para penonton.
A rendah-rendah B rancak-rancak C terang-terang D pelik-pelik

8 Isteri nelayan menjemur ikan di atas ______ yang dibina di halaman rumahnya.
A papan-papan B ruang-ruang C para-para D rak-rak

9 Tok Guru memilih pesilat yang _____ untuk menyertai pertandingan silat pada bulan hadapan.
A garang-garang B lincah-lincah C kasar-kasar D licin-licin

10 Qistina tidak mampu membeli pakaian di butik itu kerana semuanya _______.
A murah-murah B cantik-cantik C mahal-mahal D baru-baru

11 Murid perempuan yang membuat persembahan tarian zapin itu ___________.


A canggih-canggih B comel-comel C kemas-kemas D gagah-gagah

12 Kedengaran _____ suara Muaz memanggil nama saya dari atas bukit itu.
A jarang-jarang B sayup-sayup C sedap-sedap D lazat-lazat

13 Pemuda itu mengalami kerugian beribu ringgit ________ tertipu dengan skim cepat kaya itu.
A kadang-kadang B cerita-cerita C cuba-cuba D gara-gara

14 Ali bercakap dengan lembut, ________perasaan kawannya akan tersinggung.


A jangan-jangan B bukan-bukan C entah-entah D takut-takut

15 Usaha yang dilakukannya selama ini tidak _______apabila dia berjaya memperoleh segulung
ijazag dalam bidang perakaunan.
A payah-payah B sudah-sudah C ragu-ragu D sia-sia

16 Duit yang ada pada Encik Idrus _____ untuk membayar sewa rumah pada bulan ini sahaja.
A cukup-cukup B minta-minta C jauh-jauh D iras-iras

17 Bukan _______ orang yang terpilih untuk menjadi angkawasan negara itu.
A calang-calang B gesa-gesa C main-main D ikut-ikut
18 Encik Lim lebih suka menggunakan _________berbanding mesin kira untuk mengira hasil
jualannya.
A dekak-dekak B dekat-dekat C sepoi-sepoi D biji-biji

19 Farhana belum _____ lagi walaupun sudah pukul 12:00 malam kerana mahu menyiapkan kerja
sekolahnya.
A bangun-bangun B celik-celik C tidur-tidur D jaga-jaga

20 Suki sering _________ rajin untuk menarik perhatian majikannya.


A dengar-dengar B diam-diam C malu-malu D pura-pura

21 Ramai yang mengetahui bahawa __________tidak baik untuk.


A pedas-pedas B paru-paru C gula-gula D guli-guli

22 Nenek menyediakan makanan yang _______ setiap kali kami pulang ke kampung.
A penuh-penuh B cantik-cantik C enak-enak D lauk-lauk

23 Adik berlari _________ mendapatkan ayah yang baru pulang dari kerja.
A kedek-kedek B lincah-lincah C kelek-kelek D lama-lama

24 Cadangan saya untuk menambah kolam ikan di tman sains ditolak _________ oleh guru besar.
A mentah-mentah B masak-masak C masing-masing D molek-molek

25 “ __________ bekalan air di kampung ini terputus selama beberapa hari,” kata salah seorang
penduduk kepada wartawan.
A kadang-kadang B lambat-lambat C jangan-jangan D jarak-jarak

26 Pertandingan memasak makanan tradisional ________ kali diadakan di kawasan perumahan saya.
A lapang-lapang B jarang-jarang C lama-lama D satu-satu

27 Ayah memandu kereta dengan ________ untuk mengelakkan kemalangan.


A henti-henti B jarak-jarak C lama-lama D hati-hati

28 Irine tidak ______ bercerita tentang pengalamannya melancong ke luar negara.


A masak-masak B lancar-lancar C cukup-cukup D habis-habis

29 Petani itu meletakkan __________ di sawahnya untuk menakut-nakutkan burung.


A bunga-bunga B orang-orang C kayu-kayu D para-para

30 Kita perlu berfikir _________ sebelum membuat sebarang keputusan.


A masak-masak B penuh-penuh C tajam-tajam D tebal-tebal

31 Alat mainan itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana sudah _______.
A tanggal-tanggal B koyak-koyak C herot-herot D robek-robek

32 Soalan yang terdapat dalam buku latihan itu ________ belaka.


A hampir-hampir C tajam-tajam
B susah-susah D bulat-bulat

33 Adam ________ tergelincir semasa melalui jalan yang licin itu.


A pandai-pandai C dekat-dekat
B nyaris-nyaris D rasa-rasa

34 Suhana terkejut apabila bahunya ditepuk oleh Geetha secara _______.


A nyaring-nyaring C kuat-kuat
B tinggi-tinggi D tiba-tiba

35 ________ yang terdapat pada Jalur Gemilang itu melambangkan jumlah negeri di Malaysia.
A Warna-warna C Garis-garis
B corak-corak D Jalur-jalur

36 Penduduk kampung merayu agar Jabatan kerja Raya menurap jalan yang ______ itu dengan
segera.
A dekat-dekat C lekuk-lekuk
B tajam-tajam D lama-lama

37 Datuk makan pil yang diberi oleh doktor itu ________.


A sendiri-sendiri C sekali-sekali
B sering-sering D satu-satu

38 Kakak _______ untuk mencuba produk kecantikan yang terbaru di pasaran itu.
A nyaris-nyaris C tawar-tawar
B dekat-dekat D ragu-ragu

39 “Sudah lama Vincent tidak menghubungi kita, ___________ dia tidak sihat,” kata Haikal
kepada Anand.
A jarang-jarang C harap-harap
B bukan-bukan D entah-entah

40 Rafiq tidak dapat melupakan _______ dia menerima Anugerah Murid Cemerlang di sekolahnya.
A masa-masa C saat-saat
B minit-minit D tahu-tahu
41 _______ Persatuan Sains akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
A Hebat-hebat C Ahli-ahli
B Adik-adik D Alih-alih

42 Sejak _________ ini, kesihatan datuk saya tidak begitu baik.


A siang-siang C akhir-akhir
B diam-diam D dulu-dulu

43 Angin yang ________ di kawasan sawah padi itu sungguh mendamaikan hati saya.
A sepah-sepah C sepoi-sepoi
B sejuk-sejuk D kuat-kuat

44 Ayah membuang almari lama yang sudah reput dimakan _________ itu.
A labah-labah C kuda-kuda
B rama-rama D anai-anai
45 ' ________ saya sahaja yang mengemas bilik darjah ini,' kata Liyana tidak puas hati.
A Masing-masing C Asyik-asyik
B Lumba-lumba D Baik-baik

46 Catriona menutup bekas gula itu _______ supaya tidak dimasuki semut.
A dalam-dalam C halus-halus
B dekat-dekat D ketat-ketat

47 Pihak sekolah akan mengkaji _________ keruntuhan akhlak dalam kalangan murid-murid.
A langkah-langkah C kalau-kalau
B faktor-faktor D gara-gara

48 Sayur yang dijual di gerai Pak Cik Hasan itu _________.


A bersih-bersih C segar-segar
B cantik-cantik D baik-baik

49 Beg itu _______ untuk diisi dengan 12 pasang baju saya.


A penuh-penuh C ketat-ketat
B padat-padat D muat-muat

50 ________ Lagi dia sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Wushu di sekolahnya.
A Tinggi-tinggi C Rajin-rajin
B Awal-awal D Tua-tua

You might also like