You are on page 1of 1

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Bapa Saya”.

Bapa Saya

Nama bapa saya Ibrahim bin Ahmad. Umurnya 50 tahun. Bapa saya berbadan tegap
dan bercermin mata. Kawannya menggelarnya "Empat mata".

Bapa saya ialah seorang mekanik. Tiap-tiap pagi, dia pergi ke bengkelnya selepas
bersarapan. Dia akan bekerja sehingga waktu senja. Kadang-kadang bapa akan balik
awal kalau kerjanya diselesaikan lebih awal.

Walaupun bapa saya sibuk bekerja tetapi dia tetap mengambil berat tentang pelajaran
kami empat beradik. Setiap malam, bapa akan menetapkan masa untuk kami
mengulang kaji pelajaran. Pada masa itulah dia akan memeriksa kerja sekolah kami.
Kami hanya dapat menonton televisyen setelah menyelesaikan semua kerja sekolah.

Bapa saya seorang yang peramah dan suka menolong. Apabila jiran atau penduduk
kampung memerlukan pertolongan, bapa pasti , akan membantu mereka.

Hobi bapa saya ialah bermain ping pong. Bila ada masa lapang, dia akan bermain ping
pong bersama kawannya. Bapa saya ialah seorang pemain ping pong yang handal. Dia
pemah mewakili daerah kami untuk menyertai kejohanan ping pong terbuka Negeri
Pahang dan telah mendapat tempat kedua.

Bapa saya sangat sayang kepada kami. Bila ada masa lapang, dia tentu akan membawa
kami sekeluarga melancong ke tempat-tempat peranginan. Saya berasa bertuah kerana
mempunyai seorang bapa yang bertanggungjawab, baik hati dan peramah. Saya amat
berterima kasih kepada bapa saya kerana memberi saya sebuah kehidupan yang
bahagia.

You might also like