You are on page 1of 1

Tajuk : Keluarga bahagia Setiap orang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia.

Ciri keluarga bahagia ialah semua ahli keluarga hidup dalam suasana ceria, gembira dan bertolak ansur. Keluarga bahagia mesti saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Nama ayah saya ialah Mohd Kamal bin Abu. Ayah saya seorang yang baik dan tabah. Ayah saya bekerja sebagai seorang pegawai kastam. Sebagai ketua keluarga, ayah saya berperanan untuk mencari nafkah dan rezeki untuk menampung hidup kami sekeluarga. Nama ibu saya ialah Zubaidah binti Isa. Ibu saya adalah seorang akauntan. Beliau selalu memberikan segala keperluan yang saya perlukan. Ibu saya bukan sahaja bekerja di pejabat, malah dia juga bertanggungjawab menguruskan makan minum kami di rumah. Saya mempunyai empat orang adik-beradik. Abang saya bernama Khairul. Dia seorang yang bijak. Dia selalu memberi tunjuk ajar kepada saya dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Kakak saya bernama Amira dan adik saya bernama Haikal. Saya amat menyayangi mereka. Hubungan antara kami sangat erat. Setiap petang, kami selalu bermain di taman permainan dan meluangkan masa bersama-sama. Nama saya ialah Mohd Zainol. Saya berumur 10 tahun. Saya menghormati ibu bapa saya. Saya pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh demi ibu bapa saya. Apabila saya sudah dewasa, saya ingin menjadi seorang guru dan membalas jasa orang tua saya. Saya amat menyayangi keluarga saya. Saya bersyukur kerana diberikan sebuah keluarga yang bahagia.

You might also like