You are on page 1of 1

Bilik Bahan Bantu Mengajar ditubuhkan di bawah Unit BBM di bawah pengurusan Pusat

Sumber Sekolah (PSS). Bilik BBM ditubuhkan bagi menyahut Kementerian Pendidikan
Malaysia yang telah menekankan penggunaan BBM berasaskan pelbagai teknik dan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, Bilik BBM yang serba
lengkap, selesa dan kondusif diperlukan agar menarik minat guru untuk mempelbagaikan
kaedah dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan.

1.0 MATLAMAT

1) Menyediakan kemudahan peralatan dan kelengkapan BBM kepada para guru dengan lebih
teratur, efektif dan sistematik
2) Memberi kemudahan kepada para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran
3) Penggunaan BBM efektif, Pengajaran dan Pembelajaran Positif
4) Percambahan ilmu, bermula di sini

2.0 OBJEKTIF

1) Membantu para guru melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
supaya lebih berkesan denga penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar
2) Merangsang kreativiti dan inovasi guru itu sendiri dalam mencari kaedah yang lebih kreatif
dalam proses menyampaikan maklumat kepada pelajar
3) Menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami proses pembelajaran dan
memaksimakan keupayaan minda agar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.

You might also like