You are on page 1of 1

SEJARAH PERMAINAN LAGA AYAM

Satu daripada kegemaran orang-orang melayu dalam permainan pada zaman dahulu ialah
laga ayam. Permainan ini, berasal beratus-ratus tahun malahan beribu tahun jika dikira ia
telah wujud di zaman Kerajaan Langkasuka lagi. Permainan ini sama konsepnya dengan
sabung ayam dimana dua orang pemain akan berada dalam gelanggang untuk bertarung
atau menjatuhkan pihak lawan. Arena laga ayam ini juga dipanggil "bon". Bon sekarang
tidak dikorek tanah lagi tetapi di atas keluasan yang sama kawasan itu dilengkongi dengan
guni atau daun kelapa sebagai dinding.Ketua yang menjadi pengadil perlagaan ialah "Nai
Bon". "Nai" ialah Tuan atau Ketua dalam bahasa
Thai.
Nai Bon ialah orang yang menentukan masa
pusingan, jumlah pusingan dan syarat-syarat lain
yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Satu-satu
pusingan itu dipanggil "Air". Satu air berlangsung
selama mana pemain dapat bertahan daripada
jatuh atau melanggar syarat. Sebelum memulakan perlagaan, ayam-ayam yang hendak
bertanding dipadankan terlebih dahulu. Banyak pasang dipadankan serentak di dalam bon.
Pasang-pasang yang hendak berlaga dipegang dan diletakkan menghadapi satu sama lain
oleh tuannya atau juara masing-masing. Juara ialah orang yang membawa ayam masuk ke
dalam bon, boleh jadi tuan ayam itu sendiri atau orang lain yang dipercayai oleh tuan ayam.
Persetujuan antara tuan ayam dan juara-juara dengan pasangan masing-masing perlu
diperolehi dengan jelas. Nai Bon memerhatikan
persetujuan-persetujuan

itu

dihormati

kelak.

Selepas upacara berpadan, pemain bersiap diri


untuk berlaga. Masa ini kedua- dua pemain
akan bersedia merancang strategi bagaimana
untuk menjatuhkan pihak lawan dengan cepat
dan mudah. Permainan laga ayam disebut
sebagai menyabung ayam dan juga merupakan
permainan individu. Ia melibatkan pemain yang
menggunakan sebelah kaki sahaja seperti ayam yang menyabung. Konsep permainan laga
ayam adalah sama dengan sabung ayam di dalam gelanggang. Jika salah seorang pemain
berjaya menggunakan pelbagai teknik untuk menjatuhkan pihak lawan atau memastikan
pihak lawan melakukan kesalahan maka ianya dikira sebagai pemenang

You might also like