You are on page 1of 5

Kerja

Nama 工作
名字 Rupa
外貌

Hobi
爱好 Umur
年龄
Sifat
性格
Bapa Saya
Saya ada seorang bapa. Nama bapa
saya ialah Encik ___________. Bapa
saya berumur _________ tahun. Bapa
saya berambut hitam dan bercermin
mata. Beliau berbadan tegap dan
tinggi. Mukanya kelihatan periang.

Bapa saya bertugas sebagai seorang


guru. Setiap Isnin hingga Jumaat, beliau
pergi ke sekolah pada awal pagi. Beliau
seorang guru yang penyayang dan
bertanggungjawab. Pada hujung
minggu, beliau akan menemani
keluarga. Beliau akan berjogging
bersama-sama dengan kami untuk
menyihatkan badan.

Bapa saya sangat mengambil


berat tentang saya. Beliau akan
mengajar saya tentang apa-apa yang
kurang saya fahami. Setiap malam,
bapa akan mengeluarkan masa untuk
mengajar saya membuat kerja rumah.
Beliau juga menyuruh saya membuat
pembetulan sekiranya ada kesilapan.
Hobi bapa saya ialah memancing
ikan. Beliau akan memancing ikan pada
hujung minggu. Beliau akan membawa
kami sekeluarga pergi bersama-sama.
Ikan yang dipancing akan dimasak oleh
emak. Semasa cuti sekolah, bapa juga
akan membawa keluarga pergi makan
angin.

Saya sangat sayang akan bapa


saya kerana beliau seorang bapa yang
baik. Beliau menjaga ahli keluarga
bagai menatang minyak yang penuh.
Saya akan menghargai 珍惜 jasa bapa
terhadap kami sekeluarga. Saya
berjanji akan rajin belajar untuk
membalas jasa bapa saya.

Kerja rumah
Tulis sebuah karangan – Ibu saya
Sifat:
Penyayang, bertanggungjawab

Rupa:
Rambut Panjang. Kurus. Cantik.

You might also like