You are on page 1of 31

Keluarga Saya

Nama saya Goh Su Yuen. Saya berumur lapan tahun. Saya


 
belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Chung Hua dalam Tahun
 
Dua Merah. Saya dan keluarga tinggal di Taman Bahagia.
 
Saya ialah anak tunggal. Ayah saya bernama Goh Chen Hoe.
 
Ibu saya bernama Ho Kim Ying. Ibu dan ayah saya doktor. Ibu dan
 
ayah menjaga saya dengan penuh kasih sayang.
 
Saya sangat sayang akan ibu bapa saya. Saya berdoa agar
 
Kami hidup bahagia dan gembira.
Diri Saya
Nama saya Andy Lau. Saya seorang budak lelaki
yang berumur lapan. Saya belajar di SJK(C) Nang Sang
dalam Tahun Dua Merah. Saya dan keluarga tinggal di
Taman Bahagia.
Saya ialah anak tunggal di dalam keluarga. Bapa
saya ialah seorang polis. Ibu saya pula seorang guru. Ibu
dan ayah sangat sayang akan saya.
Hobi saya ialah bermain badminton. Pada waktu
petang, saya selalu bermain badminton dengan ayah saya.
Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor.
Ibu Saya
Nama ibu saya Ling Ai Hua. Ibu saya tinggi dan
kurus. Ibu saya berumur tiga puluh tahun. Ibu saya cantik
dan berambut panjang.
Ibu saya seorang suri rumah. Ibu pandai memasak
dan mengemas rumah. Tiap-tiap hari, ibu mengemas rumah
dan menyediakan makan minum untuk kami sekeluarga.
Ibu seorang yang ringan tulang dan penyayang.
Setiap malam, ibu mengajar saya membaca buku. Saya
sayang akan ibu saya.
Taman Tema Air
Pada hari Ahad, ayah telah membawa kami
sekeluarga ke Taman Tema Air Wetland. Kami pergi ke
sana dengan menaiki kereta.
Apabila tiba di situ, ayah beratur untuk membeli
tiket masuk di kaunter. Selepas itu, kami pun masuk ke
dalam taman tema air.
Saya dan abang berenang menggunakan pelampung.
Ayah membaca surat khabar di tepi kolam renang. Ibu
mengambil gambar kami berenang di kolam renang.
Saya berasa besar hati kerana dapat pergi ke
taman tema air.
Cara-cara Membuat Tanglung
Ai Ling hendak membuat tanglung. Dia menyediakan
bahan-bahan seperti kad manila, gunting, kertas warna dan gam.
Mula-mula, Ai Ling melipat kad manila. Kemudian, Ai Ling
menggunting garisan pada kad manila menggunakan gunting.
Selepas itu, Ai Ling menampalkan hujung tanglung dengan
gam. Ai Ling juga melekatkan bingkai pada hujung tanglung.
Akhir sekali, Ai Ling menghiaskan tanglung dengan bunga.
Ai Ling bermain tanglung dengan kawan-kawannya pada waktu
malam.
Sekolah Saya
Nama sekolah saya Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina ) Nang Sang. Sekolah saya terletak di Jalan
Ulu Sungai Merah.

Sekolah saya mempunyai 24 orang guru dan


470 orang murid. Sekolah saya juga dilengkapi
dengan dewan, perpustakaan, makmal komputer dan
sebagainya.

Sekolah saya bersih dan cantik. Guru-guru


selalu mengingatkan kami supaya menjaga
kebersihan sekolah. Saya berasa gembira dapat
belajar di sekolah ini.
Kawan Saya
Saya ada kawan. Nama kawan saya Ben Li.
Dia seorang budak lelaki yang berumur lapan
tahun. Ben Li belajar di SJK Nang Sang.

Ben Li seorang budak yang pandai dan rajin


belajar. Dia selalu mendapat tempat pertama di
dalam kelas. Dia juga ialah ketua kelas 2M.

Hobi Ben Li ialah bermain badminton. Kami


selalu bermain badminton bersama-sama di
halaman rumah. Saya berasa gembira dapat
berkawan dengan Ben Li.
Aku Tandas

Aku tandas. Tuan aku selalu membersihkan


aku. Oleh itu, badan aku sentiasa bersih dan
wangi. Aku dicuci dengan sabun dan air setiap
hari oleh tuanku.

Tuan aku akan berasa sakit hati apabila


badan aku kotor dan berbau. Tuan aku selalu
menjaga kebersihan badan aku.

Aku berasa gembira kerana mempunyai


seorang tuan yang baik. Aku berharap agar tuan
aku sentiasa sihat.
Cara-cara Memasak Air
Ai Ling hendak menolong ibunya memasak
air. Mula-mula, Ai Ling memasukkan air ke
dalam cerek elektrik.
Selepas itu, Ai Ling mengeringkan cerek
elektrik. Ai Ling meletakkan cerek elektrik di
atas tapaknya.
seterusnya, Ai Ling memasukkan palam
pada soket. Ai Ling menekan suis soket dan
suis cerek elektrik.
Kemudian, Ai Ling menutup suis soket
apabila air sudah mendidih. Sekarang, Ai Ling
dan ibunya sudah boleh membuat minuman.
Kantin Sekolah Saya
Di sekolah saya terdapat sebuah kantin. Kantin
sekolah saya bersih dan kemas. Terdapat
pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual di
kantin.

Pada waktu rehat, murid-murid pergi ke kantin


untuk membeli makanan. Murid-murid beratur
ketika membeli makanan.

Selepas makan, murid-murid akan membuang


pembalut makanan ke dalam tong sampah. Murid –
murid haruslah menjaga kebersihan kantin
sekolah.
Perpustakaan Sekolah Saya
Di sekolah saya terdapat sebuah perpustakaan. Di
dalam perpustakaan terdapat banyak buku cerita.
Buku-buku disusun dengan kemas di atas rak.
Perpustakaan sekolah saya dibuka setiap hari.
Murid-murid boleh meminjam buku di perpustakaan.
Semasa berada di perpustakaan, murid-murid
hendaklah senyap. Buku-buku yang telah dibaca
haruslah disimpan di atas rak. Murid-murid juga
harus menjaga kebersihan perpustakaan sekolah.
Cara-cara Membuat Kolam
Mula-mula, sediakan bahan-bahan untuk
membuat kolam. Kemudian, Ai Ling dan
Mohan melakarkan corak kolam
menggunakan beras hancur berwarna putih.
Selepas itu, mereka mengisi petak corak
menggunakan beras hancur berwarna-warni.
Akhirnya, Ai Ling dan Mohan telah siap
membuat kolam yang sangat cantik.
Mereka berasa sangat gembira.
Majlis Hari Lahir
Pada hari Ahad yang lalu, ialah hari lahir
saya. Ibu telah mengadakan sebuah majlis hari
lahir untuk saya. Saya menjemput kawan-kawan
datang ke rumah.
Ibu menyediakan pelbagai jenis makanan
yang enak. Kawan-kawan saya memberi hadiah
kepada saya. Mereka menyanyikan lagu Selamat
Hari Jadi untuk saya.
Saya meniup lilin dan memotong kek untuk
kawan-kawan. Kami makan sambil bermain
bersama-sama. Majlis itu sangat meriah.
Bapa Saya
Nama bapa saya Wong Leh Hua. Umur
bapa saya tiga puluh lima tahun. Bapa saya
tinggi dan kurus.
Bapa saya seorang yang baik hati. Bapa
saya bekerja sebagai seorang guru. Beliau
seorang guru yang penyayang.
Beliau bersikap tegas terhadap murid-
muridnya. Bapa selalu menasihati saya supaya
rajin belajar.
Bapa amat menyayangi saya. Saya
berasa bangga kerana mempunyai seorang
bapa yang baik hati.
Aku Sebuah Telefon Bimbit
Aku sebuah telefon bimbit. Nama aku
Samsung. Badan aku berwarna hitam. Aku dibuat
di sebuah kilang di Malaysia.
Selepas siap dibuat, aku dihantar ke sebuah
kedai menjual telefon di Sibu. Aku dipamerkan di
dalam sebuah almari kaca bersama kawan-kawanku.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang
lelaki. Aku menjadi hadiah hari lahir anaknya.
Tuan aku menggunakan aku untuk menghubungi
kawan-kawannya. Aku berasa gembira kerana
mempunyai seorang tuan yang baik.
Sambutan Hari Guru
Pada hari Isnin yang lalu, SJK(C) Nang Sang
telah mengadakan sambutan hari guru. Sambutan
hari guru diadakan di dewan sekolah.
Murid-murid mendengar ucapan Guru Besar.
Pelbagai persembahan seperti koir, angklung dan
tarian tradisional dijayakan oleh murid-murid.
Selepas itu, murid-murid beratur untuk balik
ke kelas masing-masing. Guru-guru dan murid-
murid makan makanan dan minum minuman yang
dibawa dari rumah. Mereka berasa suka hati
kerana dapat menyambut hari guru di sekolah.
Aku Sebuah Kereta
Aku sebuah kereta. Namaku Proton Gen-2. Badan
aku berwarna biru.
Aku diperbuat daripada besi. Setelah bahagian-
bahagian badanku siap dicantum, badanku dicat
dengan warna biru. Kemudian, aku dihantar ke Sibu.
Aku dipamerkan di sebuah kedai.
Pada suatu hari, seorang pemuda membeli aku
dengan harga RM60,000. Tiap-tiap hari, dia
memandu aku ke pejabat. Pada hujung minggu, dia
mencuci aku sehingga bersih.
Aku berharap agar dapat berbakti kepada tuan aku
untuk selama-lamanya.
Aku Sekuntum Bunga Raya
Aku sekuntum bunga. Nama aku bunga raya.
Aku ialah bunga kebangsaan Malaysia.
Badan aku berwarna merah. Aku mempunyai
lima kelopak. Aku ditanam di dalam pasu. Setiap
hari, tuan aku menyiram aku.
Aku bertambah cantik apabila bungaku
mekar. Aku menjadi lambang negara Malaysia.
Aku terdapat pada wang syiling dan wang kertas
Malaysia.
Aku berasa gembira dan bangga dapat
menjadi bunga kebangsaan negara Malaysia.
Perhimpunan Sekolah
Pada setiap hari Selasa, sekolah saya
mengadakan perhimpunan. Guru-guru dan murid-
murid berkumpul di dewan sekolah.
Guru-guru dan murid-murid berdiri tegak
ketika menyanyikan lagu Negaraku. Selepas itu,
kami mengangkat tangan kanan sambil membaca
ikrar.
Guru Besar berucap di atas pentas. Beliau
menasihati murid-murid supaya rajin belajar. Kami
memasang telinga ketika Guru Besar berucap.
Selepas perhimpunan, murid-murid pun
beratur untuk balik ke kelas masing-masing.
Lawatan ke Ladang Anggur
Pada minggu lepas, sekolah Ai Ling mengadakan
lawatan ke ladang anggur.
Ai Ling dan kawan-kawannya berkumpul di hadapan
sekolah. Mereka pergi ke ladang anggur dengan
menaiki bas sekolah.
Mereka melihat pokok anggur di ladang anggur.
Terdapat anggur hitam dan anggur hijau di sana.
Sebelum pulang, Ai Ling membeli jus anggur di
gerai. Ai Ling berasa gembira kerana dapat
melawat ke ladang anggur.
Cara-cara Membuat Jus Anggur
Mula-mula, sediakan sekilogram buah anggur
dan setengah kilogram gula pasir.
Kemudian, potong buah anggur dan buang
bijinya. Seterusnya, masukkan buah anggur,
gula pasir dan air ke dalam pengisar. Tuang
sedikit air. Kisar bahan-bahan itu sehingga
lumat. Buah anggur telah menjadi jus
anggur. Akhir sekali, tuangkan jus ke dalam
jag dan masukkan air batu.
Aku Sebuah Motosikal
Aku sebuah motosikal. Nama aku Dinamik. Badan
aku berwarna merah. Aku cantik dan bergaya.
Setelah siap dipasang, aku dihantar ke sebuah
kedai. Banyak orang melihat aku. Mereka memuji
aku.
Seorang lelaki membeli aku. Nama tuan aku Encik
Kesavan. Dia menunggang aku ke tempat kerjanya
setiap hari.
Tuan aku sayang akan aku. Aku berasa gembira
kerana mempunyai tuan yang baik.
Lawatan ke Ladang Anggur
Ai Ling dan keluarganya melawat ke ladang
anggur. Ladang anggur sangat luas.
Di ladang anggur terdapat pelbagai jenis
anggur. Rasa buah anggur sangat manis.
Ai Ling dan keluarganya menikmati
pemandangan indah di ladang anggur.
Terdapat gerai yang menjual produk buah
anggur.
Ibu Ai Ling membeli buah anggur dan jus
anggur dari gerai. Ai Ling berasa gembira
kerana dapat melawat ke ladang anggur.
Cara-cara Membuat Teropong Mainan
1. Sediakan bahan-bahan seperti botol air
plastik, pita perekat, tali, kanta plastik
dan gunting.
2. Potong bahagian bawah botol.
3. Seterusnya, tebuk bahagian tengah botol
dan masukkan kanta plastik.
4. Seterusnya, lekatkan kedua-dua botol
tersebut dengan pita perekat.
5. Akhir sekali, ikat tali pada botol supaya
boleh disangkutkan pada leher.
Kamera Digital Saya

Saya mempunyai sebuah kamera digital.


Kamera digital ini ialah hadiah daripada ayah
saya. Kamera digital merupakan alat ciptaan
sains.
Saya menggunakan kamera digital ini
untuk mengambil gambar dan merakam video.
Saya dapat melihat paparan gambar pada
skrin dengan segera.
Kamera digital ini sangat berguna kepada
saya. Saya sayang akan kamera digital ini.
Saya akan menjaganya dengan baik.
Aku Matahari

Nama aku matahari. Badan aku sangat


panas dan mempunyai cahaya. Cahaya aku
dapat menerangi bumi.
Aku mula bertugas pada waktu pagi.
Cahayaku menerangi bumi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang. Manusia, tumbuhan
dan haiwan memerlukan aku untuk hidup.
Aku habis bertugas pada waktu malam.
Keadaan menjadi gelap pada waktu malam.
Aku berasa gembira kerana dapat menerangi
bumi.
Aku Sebutir Bintang
Nama aku bintang. Rupa bentuk aku
cantik dan menarik. Badan aku
bercahaya pada waktu malam.
Aku sebutir bintang yang berkelipan di
langit. Aku bertugas pada waktu malam.
Aku menjadi panduan kepada pelayar di
laut pada waktu malam.
Aku juga menjadi panduan kepada
manusia. Cahaya aku dapat menerangi
langit yang gelap. Aku sukar dilihat
ketika cuaca mendung.
Aku Sebuah Komuter

Aku ialah sebuah komuter. Badanku


panjang dan ada banyak pintu. Aku dilengkapi
dengan alat pendingin hawa dan kerusi yang
selesa.
Pergerakanku sangat laju. Oleh itu, para
penumpang cepat sampai ke destinasi yang
dituju.
Para penumpang harus membeli tiket
untuk menaikiku. Oleh sebab tambangku
murah, banyak orang yang gemar menaikiku.
Aku Proton Inspira
Aku Proton Inspira. Aku sebuah kereta
buatan Malaysia. Badan aku berwarna biru tua.
Aku cantik dan bergaya.
Setelah siap dipasang dan diuji, aku dihantar
ke kedai kereta. Banyak orang datang melihat aku.
Mereka memuji aku. Aku berasa amat bangga
dengan diriku.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang
wanita. Wanita itu seorang guru. Nama wanita itu
Puan Shirly.
Setiap hari, Puan Shirly memandu aku ke
tempat kerjanya. Tuan aku memandu aku dengan
cermat. Aku berterima kasih kepada tuanku
kerana menjaga aku dengan baik.
Jiran Saya
Saya ada jiran. Nama jiran saya Encik
Kasavan. Encik Kasavan kaum Melayu. Dia
mempunyai dua orang anak.
Encik Kasavan tinggi dan baik hati. Dia selalu
menolong orang yang susah. Keluarga Encik Kasavan
memakai baju Melayu dan baju kurung.
Encik Kasavan kelihatan segak dan bergaya
ketika memakai baju Melayu. Isterinya pula
kelihatan cantik dan menawan. Anaknya pandai
bermain kompang.
Pada Hari Raya Puasa, Encik Kasavan akan
menjemput jiran-jirannya datang ke rumah. Kami
menyambut perayaan bersama-sama. Saya
bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik.
Diftong ( ai, oi,au ) vokal berganding digraf konsonan bergabung
- mesti hadir dalam ( ui, ua, au, io, ( ng, kh, sy, ny ) ( kr, dr, st, tr, bl… )
satu suku kata ia,ai,iu) - ada pengaruh
- vokal itu hadir bahasa arab
tetapi terpisah - di belakang ada
kepada dua suku vokal dan disebut
kata dalam satu suku kata
pakai kuih tangan kraf
lambai bermain penyu kontraktor
gurau beliau nyamuk aiskrim
limau suami syampu stoking
tebaloi saudara syiling krayon
cakoi suis telinga stor
kicau radio pelangi span
amboi daun khemah stesen
risau dua Khamis strawberi
salai kain bunga dram
pandai durian nyanyi klip
kaloi buaya bunyi
pulau periuk khabar
pantai tiup wangi
pau kuali singa
hijau tebuan monyet
gerai

You might also like