You are on page 1of 2

Jiran Saya

Jiran ialah orang yang tinggal dekat atau bersebelahan dengan rumah kita. Jiran
saya ialah Pak Abu. Pak Abu sekeluarga telah berjiran dengan kami lebih kurang 10
tahun.

Pak Abu mempunyai seorang isteri yang rajin dan tiga orang anak. Ketiga-tiga
anaknya sudah besar. Pak Abu ialah seorang peniaga. Dia menjual nasi lemak di
pasar pada waktu pagi. Dia dibantu oleh isteri dan anak perempuannya. Nasi lemak
yang dijual oleh Pak Abu sedap dan harganya pula berpatutan. Oleh itu, nasi lemak
Pak Abu laris dan pendapatannya lumayan.

Apabila ada masa lapang, Pak Abu suka datang ke rumah saya. Dia selalu
bersembang dan bermain catur dengan datuk saya di halaman rumah. Isteri Pak
Abu pandai memasak. Masakannya sungguh enak. Dia selalu menjemput kami
menjamu selera di rumahnya.

Keluarga saya menjalin hubungan yang rapat dengan keluarga Pak Abu. Kami
selalu bantu-membantu apabila menghadapi masalah. Sikap peramah dan baik hati
Pak Abu telah disanjung tinggi oleh ahli-ahli keluarga saya dan jiran-jiran yang lain.

Saya berasa bangga kerana mempunyai jiran yang baik seperti Pak Abu.
Semoga perhubungan baik itu dapat dikekalkan. Kita haruslah memupuk semangat
kejiranan.
Latihan: Lengkapkan karangan berikut dengan perkataan yang betul.

akrab agar anak emas bersopan-santun cahaya mata sombong


sebaya lapang tekun membantu sejak semua
jujur dengan dari untuk

Jiran Baharu Saya

Encik Zainal ialah jiran baharu saya. Beliau sekeluarga tinggal di sebelah rumah
saya. Mereka baru sahaja berpindah ke sini ____________ dua bulan yang lepas.
Encik Zainal sekeluarga berasal ________________ Alor Setar, Kedah.

Encik Zainal seorang peniaga yang ____________ . Beliau membuka kedai


runcit di taman perumahan kami. Isterinya, Puan Habsah ialah suri rumah tangga
sepenuh masa yang _____________. Beliau menguruskan kerja rumah dan
menyediakan hidangan ____________ keluarganya setiap hari.

Encik Zainal dan Puan Rosnani mempunyai seorang _________________, Arif.


Arif ialah __________________ mereka. Arif _______________ dengan saya. Kami
belajar di sekolah yang sama. Setiap hari, kami pergi ke sekolah
_________________ menaiki bas sekolah.

Arif ialah seorang murid yang cemerlang. Namun, dia tidak bersikap
__________________ . Apabila saya menghadapi masalah dalam peperiksaan, dia
akan __________________ saya. Sikap Arif yang ________________________
menyebabkan kawan-kawan suka mendampinginya.

Pada masa _________________ , kami sering berbasikal di halaman rumah.


Kadang kala, kami bermain bola sepak di padang. Walaupun saya dan Arif baru
berkenalan, hubungan kami __________________ seperti isi dengan kuku.

Encik Zainal dan keluarganya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa
dengan jiran tetangga. Oleh itu, ___________________ jiran suka bergaul dengan
mereka.

Saya berasa gembira kerana boleh tinggal berjiran dengan Encik Zainal
sekeluarga. Saya berharap ______________ mereka sentiasa sihat dan dicucuri
rahmat.

You might also like