You are on page 1of 4

ASSALAMUALAIKUM W.W.T..

SALAM SEJAHTERA DAN


SALAM SATU MALAYSIA.
YANG DIHORMATI DAN YANG DIRAIKAN, ENCIK AZNI B.
DAUD, GURU BESAR SK SELABAK .
YANG BERUSAHA,
_______________________________________________________
_______________________________________________________
___________________________________________________ PPD
HILIR PERAK,

YANG BERUSAHA, PN RAMLAH BT TAN , GURU


PENOLONG KANAN KURIKULUM, SK SELABAK,
PUAN NOOR AZWA BT ABDUL,GURU PEOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID,
EN MOHD NAJIB BIN WAZIR,PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM sk selabak,
Pegawai-pegawai dari JPN Perak, pegawai-pegawai dari PPD Hilir
Perak,
Guru besar - guru besar, barisan guru-guru Penolong Kanan ,
Jawatankuasa Pengelola Majlis Jasamu Di Kenang,Guru-guru,
BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG, dan para pelajar
sekalian.

Saya SEBAGAI YDP PIBG SK SELABAK, ingin mengambil


kesempatan ini untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga
kerana telah mendapat khidmat pentadbiran dan perjalanan
pengurusan sekolah ini daripada Tn Guru besar . Beliau adalah
seorang pentadbir yang sangat dedikasi dan tidak pernah lokek
memberi bantuan dan sokongan kepada PIBG . Sehingga ke saat
ini, beliau masih bekerja keras melunaskan amanah yang diberikan
kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar selepas
peninggalannya. Encik Azni yang kami kenali mempunyai
wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan
murid-murid di sekolah ini. Beliau seorang yang berhemah, berterus
terang, dan mempunyai pengetahuan dalam pengurusan sekolah dan
akademik.
Sebagai teraju utama sekolah ini, beliau banyak memainkan
peranan demi meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah. Kami
berharap, semua usaha ini akan diteruskan oleh guru besar baharu
yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan beliau nanti.
Usahlah bimbang,Kami di sini, walau bersama siapa pun kami
bernaung khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal melaksanakan
tugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan kesinambungan
kecemerlangan sekolah dan anak-anak didik di sini..
Walaupun pengalaman saya bekerja bersama En Azni masih
baru setahun jagung, namun dapat saya rasakan bahawa beliau
memang seorang guru besar yang sangat perihatin terhadap guru-
guru dan murid sekolah ini. Beliau sering mengutamakan kebajikan
guru-guru serta sentiasa terbuka dengan buah fikiran anak buahnya.
Tahniah saya ucapkan kerana beliau berjaya menjadi dirinya sendiri
selama menerajui SK Selabak.
Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat
bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada
murid-murid Sek. Keb. selabak. Sesungguhnya seluruh warga
sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang
dicurahkan oleh tn guru besar. Dalam hal ini, kita amat terhutang
budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah
disumbangkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di sini.
BAgaimanapun, dapat kami selam akan perasaan En Azni yang
masih terlalu sayangkan sekolah ini. Jika diberi peluang, tentu
sahaja beliau ingin menyambung menggalas tanggung jawab yang
dirasakan masih belum selesai. Namun apakan daya, beliau telah
sampai ke penamat sebagaimana yang telah termaktub dalam syarat
perkihdmatanya.

Encik Azni guru besar yang kami raikan,

Inilah yang dikatakan, Umpama berkayuh telah sampai di muara


Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Tn guru besar telah menamatkan perkhidmatannya dengan
jaya sekali. Malah daam keadaan kesihatan beliau yang masih gagah
dan kuat. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya sehingga
ke noktah terakhir.
Saya mewakili seluruh ibu bapa dan penjaga murid, ingin
mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon
kemaafan dari tuan andai ada antara kami yang tersilap kata,
terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku. Maafkan kami jika ada
perlakuan dan tutur bicara kami yang menyinggung perasaan tuan.
Segala jasa bakti tuan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan
kami kenang selagi hayat di kandung badan. Semoga tn guru besar
akan lebih tenang dan berbahagia bersama keluarga tercinta selepas
bersara ini. Kami juga doakan beliau akan selalu sihat dan lebih
sejahtera menjalani kehidupan tanpa memikirkan bebanan kerja.
Berehatlah dan nikmatilah hidup ini dengan gembira.Untuk encik
Azni, dengarkan pantun dari saya.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuan umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Sekian sahaja ucapan dari saya, saya sudahi dengan wabillahi taufik
walhidayah, wassalamualaikum W.B.T

Hadirin yang dihormati,


Kami berharap agar sekolah ini akan tetap melekat
di hati Cikgu Hisyam. Kami juga berdoa agar Cikgu
Hisyam sentiasa di lindungi Allah. Bagi mengakhiri
ucapan ini, saya sertakan serangkap pantun berbunyi:
Burung helang burung jentayu,
Hinggap di balik pohon ketapang,
Bunga kembang akan layu,
Budi baik tidak akan hilang.
Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Kalau ada pauh di daik


Bawa sebiji ke Tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan layu-layuan

Ayam itik di pinggir hutan


Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi kenangan
Seribu tahun terkenang juga.

Ayam rintik di pinggir hutan


Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

You might also like