You are on page 1of 3

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,

Terima kasih diucapkan kepada puan pengerusi majlis.

Yang berbahagia,

Encik Median bin Jamali,

Yang Dipertua PIBK SK Kampung Kupang,

Yang berusaha,

Cikgu Maseri bin Matnor,

Guru Besar SK Kampung Kupang.

Yang dihormati

Cikgu Madhi bin Kasim,

Penolong Kanan SK Kampung Kupang,

Cikgu Ismawi bin Hassan,

PK HEM SK Kampung Kupang,

Cikgu Sabeni bin Ulis

Barisan Pendidik yang saya sayangi,

Dan kawan-kawan sekalian.

1
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada puan pengerusi majlis kerana memberi saya ruang dan
peluang untuk menyampaikan ucapan selaku Ketua Pengawas SK Kampung
Kupang dalam Majlis Apresiasi Tahun 6 2020. Saya mewakili murid-murid darjah
enam SK Kampung Kupang 2020 ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga pendidik SK Kampung Kupang
kerana berjaya menganjurkan majlis yang amat berprestij ini.

Hadirin sekalian,

Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid-murid darjah enam yang akan
menamatkan pengajian mereka di sekolah ini di sekolah yang kami sayangi ini.
Betapa bangganya kami, kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan
sekolah, kami telah diraikan dan diberi penghormatan dalam majlis yang belum
pernah kami rasai sebelum ini.

Majlis apresiasi ini juga memberi pengertian yang amat besar kepada murid-
murid tahun enam. Walaupun dalam majlis yang sederhana dan tidak seperti
tahun-tahun yang sudah tetapi cukup bermakna bagi kami. Diharapkan majlis
apresiasi ini dapat menjadi pembakar semangat kepada kami agar tidak jemu-
jemu berusaha untuk mencapai kejayaan demi kejayaan sehinggalah kami dapat
menjejakkan kaki ke menara gading sama ada di institusi pengajian awam atau
institusi pengajian swasta.

Selain itu, majlis apresiasi ini kelak akan menjadi suatu memori indah buat kami.
Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi lipatan sejarah. Inilah detik paling
berwarna-warni dengan guru-guru yang berwajah berseri-seri. Oleh itu, saya
mewakili semua murid mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
guru yang pernah mengajar kami sejak kami prasekolah hinggalah darjah enam.

2
Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban masa,
tenaga, dan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah yang menjadi
ibu bapa kedua bagi kami.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,

Akhir kata, selaku wakil murid Tahun 6 2020, saya mengambil kesempatan dalam
majlis ini untuk memohon maaf kepada semua guru yang amat kami kasihi
sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan
tingkah laku yang tidak disenangi sepanjang bergelar murid-murid di sini. Harapan
kami agar guru-guru sekalian berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.
sentiasa.

Akhir kata, terimalah dua rangkap pantun daripada saya;

Hendak berburu ke luar kota,


Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Kalau ada lengguni pahit,


Mari ditaruh dalam celepa,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati kami tak lupa.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

You might also like