You are on page 1of 3

Assalamualaikum w.b.

t dan salam sejahtera


Yang berusaha, Puan Raja Ashariah bt Raja Jaaffar (guru besar SK Sg Tua Baharu)
Yang dihormati, barisan pentadbir SK Sungai Tua Baharu,
En Abdullah Radzi bin Bahari, PK Pentadbiran
Puan Azlina bt Osman, PK Hem
En Nazrul bin Ahmad Zaidi, PK Kokurikulum
Puan Nora bt Mohamed Isa, PK Petang
Seterusnya, yang diraikan pada hari ini, insan2 yang saya hormati dan kagumi, guru-guru
SK Sungai Tua Baharu.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru, peringkat sekolah pada tahun ini.
Dengan mengambil semangat bulan Syawal, jadi tema kita untuk tahun ini ialah Riang
Ria Raya. Saya dapat lihat di skrin cikgu-cikgu kita berpakaian cantik hari ini mengenakan
busana raya masing-masing walaupun kita tak dapat nak ziarah,tetapi perasaan untuk
beraya itu tetap ada. Tidak apa lah, kita sebagai warga pendidik harus akur dengan apa
juga arahan yang ditetapkan oleh pihak atasan, kerana sudah setahun lebih kita berpdpr
dan tidak dapat bersemuka dengan murid secara total seperti tahun-tahun sebelum ini.
Baiklah, majlis kini diteruskan dengan bacaan doa, agar majlis kita mendapat rahmat
dan berkat daripada Rabbul Izzati. Untuk itu, pihak majlis ingin menjemput, Al Fadhil
Ustaz Normi bin Deraman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Hadirin sekalian, majlis kini diteruskan lagi dengan sesi
ucapan. Tidak berseri majlis sekiranya tiada yang berucap, kan. Sebagai pembuka tirai
sesi ucapan, marilah sama-sama kita mendengar ucapan daripada Ketua Pengawas pada
tahun ini, Adik Haziem Ridzuan bin Ahmad Ridza. Dipersilakan.
Terima kasih adik Hazim. Seterusnya, pihak majlis ingin menjemput, Cikgu Suliati binti
Yusof, Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Suliati atas ucapan itu tadi. Kini,
pihak majlis ingin menjemput, Puan Raja Ahsariah bt Raja Jaaffar, Guru Besar SKSTB
untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah pada tahun ini. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Raja Ashariah kerana sudi berucap seterusnya
merasmikan majlis kita pada hari ini.
Hadirin, untuk menaikkan lagi semangat dan kecintaan kita terhadap profesion
keguruan ini, pihak majlis ingin menjemput, En Abdullah Radzi bin Bahari, Penolong
Kanan Pentadbiran, untuk memimpin lafaz ikrar guru. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.
Terima kasih kepada En Radzi atas pimpinan lafaz ikrar guru itu tadi.

Hadirin, tanggal 16 Mei tidak akan lengkap dan bermakna tanpa nyanyian lagu keramat
Kami Guru Malaysia. Begitu juga dengan program hari ini, rasa seperti kurang berseri
jika kita tidak menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Atas inisiatif daripada AJK BKGK
dan juga kerjasama yang baik daripada rakan2 guru yang lain, kami telah merakamkan
nyanyian lagu melalui aplikasi smule. Seterusnya, marilah kita sama-sama nyanyikan
lagu kami Guru Malaysia.

Wow, hebat cikgu-cikgu kita kan. Boleh jadi artis rakaman ni. Baiklah, kita akan ke acara
seterusnya, iaitu Tayangan Multimedia khas hari gruru. Untuk makluman semua, video
ini agak istimewa kerana kita dapat mengimbas Kembali kenangan sambutan hari guru
pada tahun-tahun sebelum ini. Selain kita throwback, jom kita saksikan beberapa aktiviti
BKGK sepanjang tahun lepas sehingga sebelum sekolah ditutup pada awal Mei yang lalu.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Suhaizani atas video throwback itu tadi. Bila kita
tonton video itu tadi, memang kita inginkan agar kita dapat Kembali macam dulu-dulu.
Dapat jumpa anak-anak murid, dapat bersembang dengan kawan2, dapat makan sama2
di kantin dan macam2 lagi. Selain itu, disebabkan keterbatasan ini, maka pihak BKGK
tidak dapat merealisasikan aktiviti-aktiviti yang biasa kita adakan seperti tahun2
sebelum ini.

Baiklah hadirin sekalian, kita ke acara yang ditunggu-tunggu. Ha..walaupun kita tidak
dapat berjumpa dengan anak2 murid, tetapi itu tidak menjadi halangan kepada murid-
murid untuk mengundi guru-guru kegemaran mereka. Mereka tetap dapat mengundi
guru pilihan mereka melalui Google form yang kita edarkan melalui whatsapp dan pihak
ajk menerima hampir 1000 undian. Wow..sangat mengagumkan. Jadi, tanpa
melengahkan masa lagi, ayuh kita saksikan siapakah pilihan murid2 SKSTB pada tahun
ini.
Kita imbas Kembali para pemenang pilihan murid2 melalui video ini.
Tahniah kepada para pemenang. Untuk hadiah nya, kita akan sampaikan apabila kita
dapat bertemu Kembali di sekolah ya. Sebenarnya, acara ini bukanlah untuk
menentukan kita popular atau tidak, tetapi sekadar untuk memeriahkan suasana
sambutan Hari Guru sekolah kita sahaja ya. Dalam tempoh sebulan lebih bersemuka,
anak2 murid belum dapat mengenali cikgu2 mereka secara mendalam lagi.

Hadirin, kita sudah sampai ke kemuncak acara. Kini, marilah kita sama2 saksikan video
penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2020.
Tahniah sekali lagi kepada penerima2 APC untuk tahun 2020. Semoga dengan anugerah
ini, akan menaikkan lagi semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru.
Kita sudah ke penghujung siaran, sebagai penutup, sama2 kita saksikan persembahan
lagu raya. Sebelum saya mengundurkan diri, saya bagi pihak AJK BKGK sesi 2020/2021
ingin memohon maaf seandainya terdapat kekurangan sepanjang kami menganjurkan
majlis pada hari ini. Maaf kerana tidak dapat menganjurkan majlis yang grand untuk
cikgu2 disebabkan keterbatasan ini. Maaf juga sekiranya andai ada tersalah kata
sepanjang saya mengendalikan majlis pada hari ini. Pada kesempatan ini, sekali lagi saya
ingin mengucapkan selamat hari guru dan masih belum terlewat untuk saya
mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Panjang umur, kita jumpa lagi.

You might also like