You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6

MASA AGENDA
8.30 Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat  kerana majlis 
akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih.

·        Semua murid tahun 6 diminta untuk duduk. Mohon kerjasama


dari pada ibu bapa ..t.kasih
·        Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat kerana
majlis akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih.
                                       

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

8.30-10.00 Yang Dihormati,Encik Shahril Azhar bin Abdul Rahim, Yang di Pertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa,
Yang Berusaha, Pn Rahimah bt Peaai, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Cochrane Perkasa,
En Suhaizan Bin Zainal Abidin, Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum
Puan Norsuhada binti Saad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
dan
Pn. Norhashimah Bt. Mohamed, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
barisan guru-guru
Para Ibu Bapa dan Penjaga,
Guru-guru dan murid-murid  sekalian
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin NYa,kita dapat


berkumpul di Ruang Legar SK Cochrane Perkasa pada pagi ini bagi
menjayakan Majlis Perjumpaan ibu bapa murid dan guru tahun 6.
Selamat datang kami ucapkan kepada semua  ibu bapa  dan guru
sekalian .
TEKS PENGACARA MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Sebelum majlis dimulakan,marilah kita bersama2 menadah tangan dan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh   Al-Fadhil Ustaz
Abdullah Bin Ismail
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin


Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.semoga kita sentiasa diberkati dan
dilindungi olehnYA

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Hadirin yang dihormati, seterusnya majlis pada pagi ini tidak akan


lengkap tanpa ucapan aluan daripada Puan Guru besaMaka dengan itu,
majlis dengan segala hormat mempersilakan  Pn Rahimah bt Peaai, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa, untuk memberikan
ucapan sepatah dua kata
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan Pn Rahimah bt


Peaai, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa,
sebentar tadi.
Moga dengan ucapan beliau tadi jelaslah kepada ibu bapa bahawa
tuan-tuandan puan-puan
juga mempunyai peranan bagi memastikan kejayaan anak-anak
didalam upsr bagi tahun ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Tanpa membuang masa, kita teruskan program kita dengan menjemput


TEKS PENGACARA MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Al-Fadhil PU Ustaz Rozi penceramah kita pada hari ini untuk
mengendalikan slot motivasi Gemilang UPSR.

Dengan segala hormatnya dipersilakan


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil PU Ustaz Rozi
di atas penyampaian slot motivasi gemilang UPSR sebentar tadi.itu tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan slot penetapan target oleh En Suilly
Bin Haji Abd. Latif, Guru Kaunseling SK Cochrane Perkasa untuk Slot
Penetapan target UPSR bagi tahun 2020. Dengan ini, majlis dengan
segala sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih kepada En Suilly Bin Haji Abd. Latif, Guru Kaunseling SK
Cochrane Perkasa Slot Penetapan Target UPSR bagi tahun 2020

8.45-10.00 Dari Kelantan pergi ke Kedah,


Dari Kedah ke Perak pula,
Taklimat penataran selesai  sudah,
Mari kita beralih acara
                                       
Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,bagi meneruskan lagi
aturcara majlis pada hari ni, majlis dengan segala hormatnya
menjemput murid-murid  tahun 6  naik ke atas pentas untuk bacaan
Ikrar Aku Janji. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Alhamdulillah selesai sudah sesi bacaan ikrar yang telah disempurnakan


oleh murid tahun 6 itu tadi. Diharapkan agar murid2 dapat menunaikan
segala perjanjian  yang telah dibaca tadi.

Tuan-tuan puan-puan sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyerahan anak angkat kepada


guru-guru SK Cochrane Perkasa.

Kami akan membacakan nama-nama murid beserta guru-guru yang


terlibat menjadi guru angkat.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Berakhirlah sudah majlis penyerahan anak -angkat kepada guru-guru
SK Cochrane Perkasa. Diharap muri-murid tahun 6 dapat tekadkan
didalam hati untu terus berusaha sedaya upaya untuk mencapai
keputusan yang cemerlang didalam UPSR. InsyaaAllah.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini tamatlah majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6


bersama guru. terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan majlis pada  hari ini . Saya sudahi dengan

wabillahitaufikwalhidayah
Wasalammualaikumwarahmatuhahhiwabarakatuh..

You might also like