You are on page 1of 5

17 OGOS 2021/ SELASA/MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

TEKS JURUACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

ATURCARA
BIL CATATAN
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI SELANGOR
Hadirin sekalian,

Tirai majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku Dan
1 LAGU NEGERI SELANGOR. ROSLINA
(Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Selangor )
******************************SELESAI LAGU***************
Majlis mengucapkan terima kasih

2 UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS ATIE

Bismillahir Rahhman ni Rahmin….


Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha,
Pn. Mages Wary a/p Subramarniam
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang

Yang dihormati,
En. Mohamed Saufi bin Shafie
Yang Dipertua PIBG , Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang

Yang Di hormati
Puan Suhaida binti Shamsuddin
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Hjh Meriam bt Awang Sulaiman


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Salinah bt Abdul Rahim


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Roshida Binti Abu Hamid


Penolong Kanan Petang

Puan Marhaini Binti Dasiron


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru kanan Mata pelajaran


Guru-guru dan tidak dilupakan anak-anak didik SMK Rawang yang
dikasihi sekalian.

Page | 1
CERIAKAN WAJAH DALAM MAJLIS ,
HATI BERKOBAR SEMANGAT DI BAWA
SAMBUTAN MERDEKA PENYERI MAJLIS
SEMATKAN GAGAH DI DALAM JIWA

Selamat datang ke Majlis Pelancaran BULAN KEBANGSAAN peringkat


SMK Rawang bagi tahun 2021.Marilah kita sama-sama kita panjatkan
rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya dan
Izinnya dapat kita bersatu di sini. Alhamdulillah pada tahun ini, buat
julung kalinya Sambutan Pelancaran BULAN KEBANGSAAN peringkat
sekolah, kita adakan secara dalam talian iaitu menggunakan medium
youtube di saluran You tube channel SMK RAWANG SELANGOR. Jangan
lupa like dan subscribed. Semoga rasa syukur dan penyatuan yang tekad
dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan
yang berpanjangan.

3 BACAAN DOA

INDAH MENTARI TERBIT DI KUALA ROSLINA


TAMPAK CAHAYA CERAH BERSERAKAN
SEBELUM MAJLIS KITA BERMULA
BACAAN DOA KITA DAHULUKAN

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat
daripada-Nya. Untuk itu, majlis mempersilakan Saudara ANAS AKASHAH
BIN ABDUL RASHID
Majlis mempersilakan.
AMIN, AMIN YA-RABBAL ‘ALAMIN…… ROSLINA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ANAS AKASHAH BIN


ABDUL RASHID atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan
majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

4 Warga SEMEKAR yang dikasihi sekalian, ATIE

Hakikatnya,, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua


guru dan anak-anak didik SMK Rawang bersama melangkah seiring
mengenggam iltizam menjadi warga negara yang patriotik, dengan tema
“Malaysia Prihatin”. Secara rasminya , negara kita Malaysia akan
menyambut ulangtahun yang ke 64 . Semoga semua yang hadir pada
program PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN ini bukan hanya
mewarnai program tetapi sebagai permulaan untuk kita sama-sama
melahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia yang bertuah
serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap TANAH
AIR kita.

Page | 2
5 UCAPAN YDP PIBG

SUDILAH TUAN JALAN BERDEPAN,


JALAN BERLAPAN DI MALAM KELAM, ROSLINA
SUDILAH TUAN BERI UCAPAN,
KATA UCAPAN PEMANIS KALAM.

Seterusnya,

Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Dihormati En.


Mohamed Saufi bin Shafi’e,Yang Di Pertua PIBG SMK Rawang bagi
menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

6 UCAPAN PERASMIAN
ATIE
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

PERGI KE PANTAI MENCARI LOKAN


REHAT BERTEDUH DI POHON JATI
UCAPAN PERASMIAN KITA NANTIKAN
MARI BERSAMA KITA HAYATI

Untuk itu, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha,


Puan Mages Wary a/p Subramaniam, Pengetua SMK Rawang untuk
menyampaikan amanat dan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Pelancaran BULAN KEBANGSAAN Sekolah Menengah Kebangsaan
Rawang

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha, Puan ATIE
Mages Wary a/p Subramaniam atas ucapan perasmian sebentar tadi.
7 PERSEMBAHAN TAYANGAN MONTAJ ROSLINA

Hadirin yang dihormati,

MARI MEMETIK PUCUK PEGAGA


KUNTUMAN MEWANGI PUSPA KENCANA
PERSEMBAHAN MENARIK MEWARNAI AGENDA
SANTAPAN HALWA PENENANG MINDA

Bagi meneruskan acara, marilah sama-sama kita saksikan 2


persembahan penyeri majlis

Page | 3
Persembahan pertama, Tayangan Montaj yang bertemakan
Kemerdekaan .
**********************SELESAI TAYANGAN MONTAJ

Terima kasih. Untuk makluman semua, persembahan montaj itu tadi


adalah hasil kerja dari AJK Rakaman Video dan Montaj IAITU PUAN
SUZANA BINTI MOHD NAWAI, PN NORHAFIZAH BINTI MOHD MOHD
AZAHARI dan PUAN UMI SARAH BINTI MOHD SUHAIMI

8 PERSEMBAHAN SAJAK ATIE

Seterusnya marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan sajak


yang akan di deklamasikan oleh saudari KHAIRIN SHAZUANI BINTI
KHAIRIL ANUAR yang bertajuk NEGARAKU TETAP MERDEKA
Dipersilakan .
**************************SELESAI PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada SAUDARI KHAIRIN SHAZUANI dari kelas


3 DINAMIK atas deklamasi sajak yang membawa makna yang begitu
mendalam buat kita semua
9 AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN ROSLINA

Untuk makluman semua, pelbagai aktiviti yang telah dan akan diadakan
sempena sambutan bulan Kebangsaan pada tahun ini. Meskipun sedikit
berbeza apabila aktiviti ini diadakan secara dalam talian tetapi sambutan
yang diberikan amat menggalakan . Antara aktiviti yang dijalankan
adalah:

SALAM MERDEKA, CETUSAN MERDEKA, KUIZ MERDEKA,


PERTANDINGAN E-POSTER, PERTANDINGAN VIDEO LAGU MERDEKA,
BACAAN YASSIN MERDEKA, TAYANGAN VIDEO SEBELUM DAN SELEPAS
MERDEKA DAN JUGA PERTANDINGAN MEMBUAT KOLAJ BAGI MURID-
MURID PPKI

Adalah diharapkan para pelajar dapat menyertai semua program yang


telah dirancangkan agar Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini
akan lebih meriah dan bermakna

10 PENUTUP MAJLIS
Hadirin Sekelian, ATIE

Kini kita telah telah pun sampai ke akhir acara,


Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang
sudi meluangkan masa menyaksikan PELANCARAN BULAN
KEBANGSAAN Peringkat SMK Rawang pada pagi ini.

Page | 4
Tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa Pelaksana. 10 jari
dipohon andainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung . Penutup bicara,

PULANG KE DESA MENYAMBUT LEBARAN ,


DISAMBUT MESRA RAKAN DAN TAULAN
JIKA TERSASUL MEMOHON KEAMPUNAN
JIKA TERSALAH HARAP DIBETULKAN

MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,


KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA,
ANDAI KATA TERLANJUR BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA

Sekian sahaja, salam hormat, WA BILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH


WASSALAMU `ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH

Page | 5

You might also like