You are on page 1of 4

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

ACARA TEKS
KATA ALU- Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi
ALUAN wabarakatuh dan salam sejahtera
Selamat Pagi dan Selamat Sejahterah.

Majlis mengucapkan selamat datang ke Program Jom ke Sekolah bagi


tahun 2019.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan Bismillah pembuka acara.

Yang Berbahagia
Sarjan Cyril Bin Josaphat Jepun
Jabatan siasatan Jenayah
Balai Polis Dalat

Koperal Henry AK Rawing


Jabatan siasatan Jenayah
Balai Polis Dalat

Yang Berusaha Cikgu Maurice Josaphat Jepun


Guru Besar, SK St John, Dalat

Cikgu Suraya Binti Siting


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Cikgu Robita Binti Ali Basah


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Jayson bin John


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Sekolah Kebangsaan Tanah Lalang dan murid-murid


sekalian.

Guru-guru, Para ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Isa kerana dengan limpah kurniaNya, k ita
diberikan luangan waktu, dianugerahkan kesihatan yang baik untuk
berkumpul dalam Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
Dan Penyerahan Peti Aduan Disiplin Bagi Tahun 2019.

Buat pengetahuan semua, program pada pagi ini bertujuan untuk:


- Meningkatkan peratus kehadiran murid ke tahap maksimum
- Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid,
terutamanya gejala ponteng, gejala buli dan sebagainya.
- Mewujudkankan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid

NYANYIAN Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, para hadirin dipohon
LAGU berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, lagu ibu
NEGARAKU pertiwiku dan Lagu Sekolah.

*****************NYANYIAN LAGU********************

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Tetamu
jemputan dan para guru dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Kalau Pergi Ketanjung Keramat,


Anak Manis Jangan Diangkat;
Bersama Kita Memohon Rahmat,
Moga Majlis Mendapat Berkat.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis


menjemput Ustaz Izzat Bin Zazali untuk membacakan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz Izzat atas bacaan doa itu tadi.

IKRAR MURID Majlis menjemput Saudara _________________________ untuk


RUKUN mengetuai bacaan ikrar Jom Ke Sekolah.
NEGARA
*******************BACAAN IKRAR *********************

Terima kasih saudara____________________. tetamuMurid-murid


dipersilakan duduk.

BACAAN Seterusnya, majlis mempersilakan __________________________


PERUTUSAN untuk membacakan perutusan Ketua Polis Negara Polis Diraja
KETUA POLIS Malaysia sempena Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
NEGARA Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2019. Dipersilakan.

***************** BACAAN PERUTUSAN *****************


Terima kasih diucapkan kepada __________________________.

BACAAN Majlis mempersilakan ____________________ untuk membacakan


PERUTUSAN perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Majlis
KETUA Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan bagi
PENGARAH tahun 2019. Dipersilakan.
PELAJARAN
MALAYSIA ***************** BACAAN PERUTUSAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada ______________________.

UCAPAN Seterusnya, majlis mempersilakan


ALUAN GURU ______________________________________________________
BESAR / GPK 1
Untuk memberikan ucapan Aluan. Dipersilakan.

***************** UCAPAN ALUAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada

atas ucapan itu tadi.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PERASMIAN
OLEH Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
PEGAWAI menjemput
PERHUBUNGA …………………………………………………………………………
N SEKOLAH …………………………………………………………………………
untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Program Jom ke
Sekolah bagi tahun 2019.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*****************UCAPAN PERASMIAN******************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh


………………………………………………………………………..
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.

GIMIK Majlis mempersilakan untuk mengiringi


PELANCARAN …………………………......................................................................
DAN …………………………………………………………………………
PENYERAHAN untuk memotong reben seterusnya meyerahkan Peti Aduan Disiplin
PETI ADUAN Murid kepada Tuan Guru Besar sebagai gimik pelancaran program
DISIPLIN pada hari ini.
MURID
Sebagai Tanda Terima Kasih, Majlis Menjemput
______________________________ Untuk Menyampaikan
Cenderahati Kepada ______________________________.

Terima Kasih Diucapkan Kepada_____________________.

Sebelum Program Ini Berakhir Dijemput Puan Sorah Bt Ismail


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Dan Wakil Pibg Tampil Ke Pentas
Untuk Sesi Bergambar.

Demikian Tadi Sesi Bergambar.


PENUTUP Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya gimik perlancaran itu tadi, maka berakhirlah


pelancaran Program Jom Ke Sekolah bagi Tahun 2019.

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like