You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI ORIENTASI TAHUN 1 S’JAYA 2023

Bismillahirrahmanirrahim…
Kata Aluan
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha,
En. Mohd Jazid bin Iman,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya,

Yang Dihormati,
Pn. Rosmawati binti Mior Adlan,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati,
Pn. Sukmarita binti Haji Omar,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati,
En. Zaihan bin Amat Naim,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati,
Pn. Rauzita binti Mohd Judin,
Guru Penolong Kanan Petang,

Yang Dihormati,
Pn. Sazaliza binti Mohd Razali,
Guru Penolong Kanan PPKI,

Barisan para guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi


kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat berkumpul pada pagi
ini bagi menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 S’JAYA bagi tahun 2023,
Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya.

Hadirin yang dihormati,

Kami, warga sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan


syabas kepada murid-murid baru Tahun 1 seramai ______ orang yang
telah diterima masuk ke sekolah ini. Selamat datang ke Sekolah
Kebangsaan Taman Klang Jaya dan sekali gus menjadi warga sekolah
ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang
hadir pada Hari Orientasi S’JAYA pada hari ini. Untuk makluman
hadirin, objektif Hari Orientasi S’JAYA adalah untuk mendedahkan
murid-murid kepada suasana persekolahan sebenar serta memberikan
penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal sekolah.

Orang Jawa berdagang ke kota, Bacaan Doa


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Masbor. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

************* (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz Mohd Fauzi atas bacaan doa itu tadi.

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan Guru Besar Ucapan Guru
Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya. Untuk itu, majlis dengan Besar
segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Jazid bin
Iman untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************** (Ucapan GB)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En.


Mohd Jazid bin Iman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Klang
Jaya atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Taklimat KLK


___________________________________________________ OLEO
sesi taklimat KLK OLEO. Dipersilakan.

************** (Taklimat KLK OLEO)

Terima kasih diucapkan kepada


_________________________________________ atas penerangan
sebentar tadi.
Dengan berakhirnya sesi taklimat itu tadi, maka tibalah masanya saya Penutup
selaku pengacara majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan saya sendiri.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbt.

You might also like