You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha,
Pn. Hairiza Sima Binti Hitam, Guru Besar SK Gelang Terusan

Yang Berbahagia
Tuan Mohd Umry Bin Abdul Khois
Pengerusi Skuad Mubaligh Negeri Sembilan

Yang Dihormati
Pn. Azriah Binti Mohd Azmir
Pegawai Perhubungan Mesra PPD Jempol Jelebu

Yang Dihormati,
En. Mohd Rashid Bin Kasah, GPK Pentadbiran,
En. Abu Bakar Bin Abdul Patah, GPK HEM
Pn. Emi Redziana Binti Rahim, GPK Kokurikulum
Rakan-rakan guru SKGT,
Seterusnya peserta Kem Ibadah SKGT yang dikasihi sekalian.

Buah pauh si bunga rampai,


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.
Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam majlis yang berbahagia ini untuk acara penutupan Program Khemah Ibadah SK Gelang
Terusan bagi tahun 2023 yang berlangsung pada 1 Februari hingga 2 Februari 2023. Untuk
makluman semua, perkhemahan ini disertai oleh 52 orang murid yang terdiri daripada 28 orang
murid lelaki dan 24 orang murid perempuan.

Pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang kem ini. Antaranya Ceramah Ibadah Haji, LDK
Osemnya solat, Ceramah motivasi Menuju Puncak dan Ceramah motivasi “Menjana anak soleh”

****************************************************************************************************************

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fahmi Bin Mahmud. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

****************************************************************************************************************
Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Program kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Guru Besar SK
Gelang Terusan. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang berusaha Pn. Hairiza Sima Binti Hitam untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.
Yang awal kita dahulukan,

Yang dahulu kita alu-alukan,

Ucapan perasmian kita nantikan,

Pelengkap majlis yang kita adakan.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Mohd Umry Bin Abdul
Khois, Pengerusi Skuad Mubaligh Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis penutupan Program Khemah Ibadah SK Gelang Terusan bagi tahun 2023.

Dengan penuh takzim dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Mohd Umry Bin Abdul Khois atas
ucapan perasmian penutupan perkhemahan itu tadi.

****************************************************************************************************************

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada ahli jawankuasa dan
para peserta Program Khemah Ibadah.

Dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan

Pn. Hairiza Sima Binti Hitam, Guru Besar SK Gelang Terusan dan Pn. Azriah Binti Mohd Azmir,
Pegawai Perhubungan Mesra Sekolah

untuk mengiringi

Tuan Mohd Mohd Umry Bin Abdul Khois, Pengerusi Skuad Mubaligh Negeri Sembilan

bagi menyampaikan sijil dan hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Penyampaian sijil dan hadiah akan dimulakan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada
semua peserta khemah ibadah.

1. Kumpulan 1

2. Kumpulan 2

3. Kumpulan 3

4. Kumpulan 4

5. Kumpulan 5

6. Kumpulan 6

7. Kumpulan 6

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pemenang untuk aktiviti riadah

1. Tempat Ketiga = Kumpulan 5

2. Tempat Kedua = Kumpulan 6

3. Tempat Pertama = Kumpulan 7

Kita teruskan dengan penyampaian hadiah kepada Peserta Terbaik Program Khemah Ibadah

1. Peserta terbaik Lelaki =

2. Peserta terbaik Perempuan =

****************************************************************************************************************

Majlis merakamkan, setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Mohd Umry Bin Abdul Khois

di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.


Sebagai tanda kenang-kenangan, dijemput Tuan Mohd Umry Bin Abdul Khois untuk menerima
cenderamata daripada Guru Besar SK Gelang Terusan. Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan

****************************************************************************************************************

Demikianlah tadi majlis penyampaian Hadiah bagi Program Khemah Ibadah Sk Gelang Terusan.

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi, maka berakhirlah
sudah majlis Penutupan Program Khemah Ibadah SK Gelang Terusan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program pada kali ini.

Sekian, Terima kasih.

You might also like