You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2023/2024


SK SETIAWANGSA
ISNIN, 17 JULAI 2023
1. Perarakan masuk pemimpin muda berserta pentadbir

Majlis mengumumkan perarakan masuk barisan pemimpin muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
berserta barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Setiawangsa masuk ke dewan. Dipersilakan.

2. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu Sekolah

Hadirin diminta untuk kekal berdiri/dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu negaraku, lagu wilayah dan
lagu sekolah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3. Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Yang Berusaha,
Puan Maheran binti Abdul Halim,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Berbahagia,
Datin Siti Norlisa bt Norsham
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Berusaha,
Puan Siti Nor Hayati bt Muhammad
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Berusaha,
En Asyraf bin Mukhlas
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Penyelaras-penyelaras badan pemimpin, guru-guru wacana kegemilangan, barisan pemimpin muda


tonggak kecemerlangan aspirasi kepimpinan, dan para murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindunganNya
dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh indah ini tanggal 17 Jun 2023 untuk menyempurnakan
Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Sekolah Berprestasi Tinggi bagi
sesi persekolahan tahun 2023/2024. Untuk makluman semua, majlis ini adalah gabungan bersama Unit
Pengawas Sekolah, Unit Pusat Sumber Sekolah, Unit Skim Pinjaman Buku Teks, dan Pembimbing
Rakan Sebaya.

Guru guru dan murid-murid sekalian,

Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah


untuk mengiktiraf peranan pemimpin muda dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping
menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Upacara
yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan sayap utama sekolah ini, tetapi
merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka.

Bersinar mentari di alam maya


Cantik cahaya penuh berserakan
Pemimpin muda cemerlang teraju sekolah
Gemilang sekolah kebanggaan negara
4. Bacaan doa

Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan keberkatan, marilah bersama2 kita menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Nor Hamizan bin Hamid.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********************************************************************************

Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Nor Hamizan bin Hamid atas
bacaan doa itu tadi.

5. Gimik Perasmian Majlis


~gimik sketsa~
Demikianlah tadi sketsa pendek gimik perasmian yang menggambarkan secara umum tugas-tugas
pemimpin muda SK Setiawangsa.

Bagi menyempurnakan gimik perasmian watikah pelantikan kepada barisan pemimpin muda SK
Setiawangsa, majlis dengan berbesar hatinya mempersilakan Yang Berusaha Puan Siti Nor Hayati binti
Muhammad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Setiawangsa untuk menjemput dan
mengiringi Yang Berusaha Puan Maheran binti Abdul Halim, Guru Besar SK Setiawangsa naik ke pentas
bagi menyarungkan blazer dan menyematkan tanda nama kepada barisan Ketua Pemimpin bagi setiap
unit sebagai satu simbolik penyerahan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
***********************************************************************************
Setinggi tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Puan Maheran binti Abdul Halim, Guru
Besar SK Setiawangsa atas penyempurnaan acara.

6. Ucapan Aluan Guru Besar dan Perasmian


Kain berlipat dari istana
Buat puteri raja kayangan
Secebis nasihat insan berguna
Secubit budi jadi kenangan

Meneruskan acara, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Maheran
binti Abdul Halim, Guru Besar SK Setiawangsa untuk menyampaikan ucapan aluan seterusnya
merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Sekolah Berprestasi
Tinggi Sesi 2023/2024.
Dengan hormatnya dipersilakan.
****************************************************************************
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Maheran binti Abdul Halim,
Guru Besar SK Setiawangsa atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

7. Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Guru-guru dan murid murid sekalian,


Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah sekaligus menjadi suri teladan yang
mampu merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin unggul generasi syumul. Majlis pelantikan
dan penyerahan watikah pada hari ini diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong
kepada murid2 lain di sekolah ini. Bagi menyempurnakan acara penyerahan watikah pelantikan, majlis
dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Siti Nor Hayati binti Muhammad, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Setiawangsa untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha
Puan Maheran binti Abdul Halim, Guru Besar SK Setiawangsa untuk penyempurnaan acara. Majlis juga
berbesar hati untuk mempersilakan guru penyelaras bagi setiap unit untuk bersama-sama di atas pentas
ketika acara penyerahan watikah ini berlangsung. Dipersilakan.Dengan ini dipohon kepada barisan
pemimpin muda untuk bersedia.

1. Acara dimulakan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Unit Pengawas Sekolah.
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan pada hari ini ialah........
(rujuk senarai nama)

2. Seterusnya dipersilakan barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.


Dipersilakan adik .....................
(rujuk senarai nama)

3. Agenda diteruskan dengan menjemput barisan Pengawas SPBT untuk naik ke pentas.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

4. Dan meneruskan acara, dipersilakan barisan terakhir pemimpin muda iaitu Pembimbing Rakan
Sebaya untuk menerima watikah pelantikan.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Maheran binti Abdul Halim, Guru Besar
SK Setiawangsa atas kesudian menyampaikan watikah pelantikan tersebut.
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas penyempurnaan acara itu tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan
Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Sesi 2023/2024 . Majlis mengucapkan tahniah
kepada para pemimpin muda yang telah dilantik. Harapan kami agar semua pemimpin muda dapat
melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang dipikul dengan sebaik mungkin.

8. Lafaz Ikrar

Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar Pemimpin Muda. Untuk itu, majlis mempersilakan semua pentadbir
untuk bersama sama di atas pentas bagi menyaksikan lafaz ikrar ini. Dipersilakan.

Dengan ini majlis mempersilakan adik ...............................................................................................


untuk mengetuai bacaan lafaz ikrar.
Dipersilakan.
~lafaz ikrar~

Terima kasih diucapkan atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi. Mudah mudahan dengan lafaz ikrar itu
tadi akan menjadikan barisan pemimpin muda ini lebih komited dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan kepada mereka.
Dengan itu, maka berakhirlah Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa,
Sekolah Berprestasi Tinggi bagi sesi persekolahan 2023/2024. Agenda yang seterusnya ialah sesi
9. fotografi. Semua Unit akan mengadakan sesi fotografi bersama barisan pentadbir juga disertai bersama
Penyelaras Unit masing2.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Majlis bersurai.

You might also like