You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SMK BANDAR KOTA

TINGGI 2023

Mengumumkan ketibaan En Farzeli bin Che Mat Mustafa (Pengetua Cemerlang SMKBKT) diiringi oleh
Pn Zunita Binti Husain

Seterusnya memperkenalkan barisan Pengawas, Pustakawan, Ketua kelas & Pen Ketua Kelas..

Acara pada petang ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, dan bangsa johor. Hadirin sekalian

diminta untuk berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh semangat.

Hadirin dipersilakan untuk duduk..

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh & selamat sejahtera

Yang Berusaha,

En Farzeli bin Che Mat Mustafa (Pengetua Cemerlang SMKBKT)

Yang Dihormati,

Pn Zunita Binti Husain (Pen Kanan Petang SMKBKT)

Guru-guru, barisan pengawas , barisan pengawas pusat sumber, barisan Ketua Ting & pen Ketua Ting
serta kakitangan sekolah serta para pelajar yang di kasihi sekelian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat
kita berkumpul pada petang ini dalam Majlis Perlantikan Pengawas, Pustakawan, Ketua Ting & Pen
Ketua Ting SMK Bandar Kota Tinggi 2023 .
GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN,

TUJUAN MAJLIS SEUMPAMA INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF PERANAN PEMIMPIN
PELAJAR DALAM MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN SEKOLAH DISAMPING MENYEMAI SIKAP
BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP TUGASAN YANG DIAMANAHKAN OLEH PIHAK SEKOLAH. SEMOGA
DENGAN PENYERAHAN TUGAS INI NANTI AKAN MEJADIKAN MEREKA PEMIMPIN PELAJAR YANG
BERDEDIKASI DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS.

TANPA MEMBUANG MASA, DENGAN INI MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK BARISAN PEMIMPIN
PELAJAR YANG DIKETUAI OLEH……………………………………………………………………………….

DIPERSILAKAN…

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Dengan
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan………………………………………………………………………….
bagi mengetuai bacaan doa pada petang ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ……………………………………………………………………………. di atas


bacaan doa tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,

Jalan berlapan di malam kelam;

Sudilah tuan beri ucapan,

Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang

Berusaha En Farzeli bin Che Mat Mustafa (Pengetua Cemerlang SMKBKT) untuk menyampaikan
ucapan aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan pengetua di atas ucapan beliau itu tadi.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian ,

Kini , tibalah waktu yg dinantikan iaitu majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah,

pengawas pusat sumber sekolah, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas SMK BANDAR KOTA TINGGI
2023.

Dengan ini dipersilakan para pengawas dan pengawas pusat sumber untuk masuk ke dewan.

Bagi menyempurnakan acara , majlis dengan ini menjemput En Farzeli bin Che Mat Mustafa
(Pengetua Cemerlang SMKBKT) diiringi Pn Zunita Binti Husain untuk menyampaikan watikah
pelantikan.

Bagi pengawas dipersilakan..

Dan…………………………………………………………………………………………………………... sebagai Ketua Pengawas


Sesi Petang SMKBKT 2023.

Bagi pustakawan pula dipersilakan..

Dan…………………………………………………………………………………………… sebagai Ketua Pustakawan 2023.

Bagi Ketua Ting & Pen Ketua Ting, dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Pengetua & Pn Zunita atas penyampaian watikah
pelantikan itu tadi.

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN LAFAZ IKRAR DARI BADAN PENGAWAS SMK BANDAR KOTA TINGGI.
DENGAN INI DIPERSILAKAN  BADAN TERTINGGI PENGAWAS YANG DIKETUAI
OLEH…………………………………………………………………………………………..NAIK KE PENTAS UTAMA UNTUK
BACAAN LAFAZ IKRAR.
DIPERSILAKAN.

~BACAAN IKRAR~

DEMIKIAN TADI LAFAZ IKRAR OLEH BADAN PENGAWAS SMK BANDAR KOTA TINGGI YANG TELAH
DIKETUAI OLEH ……………………………………………………………………………………... TERIMA KASIH DIUCAPKAN
ATAS PIMPINAN LAFAZ IKRAR SEBENTAR TADI. MUDAH-MUDAHAN DENGAN LAFAZ IKRAR ITU TADI
AKAN MENJADIKAN BADAN PENGAWAS DI SEKOLAH INI LEBIH KOMITED DALAM MENJALANKAN
TUGAS MEREKA.

DENGAN LAFAZ IKRAR ITU TADI MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN
PENGAWAS SMK BANDAR KOTA TINGGI TAHUN 2023.

Sekian.. Wabillahhitaufik walhidayah wbt

You might also like