You are on page 1of 5

Teks Ucapan Pengacara :

Majlis Permuafakatan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 & guru sesi
2023/2024

Mayang berliut berisi padat,

Tidak bercabang lembut empulur,

Resamnya timur menjunjung adat,

Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum wr. Brkt. dan Selamat sejahtera…

Yang Berusaha, Pn Zarifah binti Mohd Zambri,


Guru Besar SK Wangsa Jaya

Yang hormati, Pn Mazwani Syazmim bin Abu Talib,


Pegawai Perhubungan Sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah Keramat,

Yang Dihormati Puan Nor Azizah bt Mohd Lazim,


Penolong Kanan Pentadbiran SK Wangsa Jaya

Yang dihormati Pn Kasmah bt Ismail


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid SK WangSa Jaya

Yang dihormati Pn Siti Suraya binti Haris


Penolong Kanan Kokurikulum Murid SK WangSa Jaya

Ahli Jawatankuasa PIBG, Para ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dihormati
sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul, sama-sama kita berhimpun di Dewan ini, bagi MAJLIS
PERMUAFAKATAN IBU BAPA/penjaga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya.

2.0 Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati

bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama


mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Encik Muhammad Izzat bin
Mazlan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

3.0 ucapan Guru Besar

Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Puan Guru


Besar, Yang Berusaha Pn Zarifah binti Mohd Zambri, untuk memberikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan GB)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn


Zarifah binti Mohd Zambri atas ucapan yang disampaikan tadi.
4.0 Taklimat dan Perkongsian :

a. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Seterusnya, majlis menjemput, Pn. Nor Azizah binti Mohd Lazim , selaku
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Wangsa Jaya untuk menyampaikan
taklimat berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

(Taklimat PKP)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat sebentar tadi.

b. UKKM/MRSM – Ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM.

Seterusnya, majlis menjemput, Encik Azizan binti Ismail, pegawai dari


Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menyampaikan taklimat berkaitan
Ujian kecenderungan kemasukan ke MRSM UKKM). Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(Taklimat pegawai MARA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat sebentar tadi.

c. Pemohonan /Pentaksiran ke Sekolah Khusus (PKSK)

Seterusnya, majlis menjemput, Pn Aida binti Yusuf, guru bimbingan dan


kaunseling SK Wangsa Jaya, untuk menyampaikan taklimat berkaitan
Pemohonan /Pentaksiran ke Sekolah Khusus (PKSK), Pentaksiran
Psikometrik, dan Saringan Minda Sihat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Taklimat kak Aida)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat sebentar tadi.

f. Aktiviti & Program Murid Tahun 6 Sesi 2023/2024

Seterusnya, majlis menjemput, Pn Wan Rafidawati binti Yunus, Guru


Penyeleras Tahun 6, untuk menyampaikan taklimat berkaitan Aktiviti &
Program Murid Tahun 6 Sesi 2023/2024.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Taklimat kak Wan raf)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat sebentar tadi.

Sesi soal jawab

Hadirin sekalian,

Seterusnya, adalah sesi soal jawab. Sekiranya ada sebarang pertanyaan


atau kemusykilan, bolehlah diajukan kepada kepada pihak pentadbir .
tuan puan dialu2kan untuk mengemukakan sebarang persoalan berkaitan
sekolah. dipersilakan.
Bersurai

Dengan ini, sampai di sini sahaja majlis kita pada hari ini

8.0 Penutup majlis

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang memberi komitmen yang
tinggi terhadap pelajaran anak-anak. Sesungguhnya komitmen tuan puan
adalah inspirasi kami...dengan itu,tamatlah majlis kita pada pagi ini.
Semoga hubungan pihak sekolah dan ibu bapa akan terus
erat...sekian..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like