You are on page 1of 3

SUSUN KATA MAJLIS PENUTUPAN MINGGU STEM SMK PADUKA TUAN TAHUN 2023.

UCAPAN Terima kasih saudari pengerusi majlis……


ALU-ALUAN
PENGERUSI Assalamualaikum….salam sejahtera dan salam maufakat johor
MAJLIS Yang berusaha…
Cikgu Shafee Bin Abdul Hamid
(Pengetua SMK Paduka Tuan)

Yang dihormati…
Cikgu Hj. Mohamad Aris Bin Mohamed Dol
(Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paduka Tuan)
Cikgu James paul Raj
(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Cikgu Siti Suhaila Binti Muhammad
(Pen. Kanan Kokurikulum)
Cikgu zakiah Binti idris
(Penolong Kanan Pend. Khas)
Guru-guru Kanan Mata pelajaran, , guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian…

Alhamdulillah, syukur kpd Allah kerana kita diberi kesempatan berkumpul pada pagi ini
bagi menyempurnakan majlis penutupan minggu STEM smk paduka tuan tahun 2023.
Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, minggu STEM telah bermula pada
awal JULAI 2023 yang lalu… dan semua aktiviti yang telah dirancang berjaya
dilaksanakan dengan kerjasama yang sangat baik daripada guru-guru dan para pelajar..
Berdasarkan Tema minggu STEM pada tahun ini iaitu STEM MELESTARIKAN
KEHIDUPAN, para pelajar telah dapat menonjolkan kreativiti mereka dalam mencipta
dan menyelesaikan tugasan bagi semua aktiviti yang telah dirancang selaras dengan
objektif program ini untuk menarik minat dan membuka ruang kepada semua pelajar
untuk menghayati dan memahami mata pelajaran yang berkaitan dengan Sains, Reka
bentuk Teknologi, Matematik, Matematik Tambahan Fizik, Kimia, Biologi dan Reka
Cipta.

Tahniah diucapkan…

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan
………………………………………… untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

***BACAAN DOA

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung ini diberkati.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Cikgu Zulaiha Binti jani ,
Guru Kanan MP Sains Matematik SMK paduka tuan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan..

UCAPAN CIKGU ZULAIHA

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu Zulaiha Binti Jani atas
ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa, pihak majlis dengan sukacitanya ingin menjemput Cikgu
shafee Bin Abdul Hamid, Pengetua SMK Paduka Tuan ke hadapan untuk menyampaikan
ucapan seterusnya menutuprasmi minggu STEM Smk paduka tuan bagi tahun 2023.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

(UCAPAN)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu shafee Bin Abdul Hamid
atas ucapan sebentar tadi..

Baiklah….inilah masa yang kita nanti-nantikan…. Untuk itu, pihak majlis dengan
berbesar hati menjemput Cikgu Shafee Bin Abdul Hamid diiringi para pentadbir ke
hadapan untuk menyempurnakan gimik penutupan minggu STEM 2023. Dengan segala
hormatnya dipersilakan…

GIMIK

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Semua pentadbir atas kesudian
menyempurnakan upacara sebentar tadi….
Hadirin,

Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini, pihak majlis dengan suka citanya
mempersilakan ……………………………………………………………………………..
ke hadapan untuk membuat persembahan. Diharapkan semua pelajar dapat memberi
tumpuan sepanjang persembahan berlangsung. Dipersilakan…

PERSEMBAHAN

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada …………………………………


…………………………………………………………………………………………….
atas persembahan sebentar tadi.

Bagi meneruskan agenda pada pagi ini, pihak majlis dengan sukacitanya ingin
menjemput cikgu Fong Sau Hui untuk mempersila dan mengiringi Cikgu Siti Suhaila
Binti Mohamad ke hadapan pentas untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah
kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan…

Baiklah…
(LIHAT HELAIAN SENARAI NAMA PEMENANG)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


………………………………………….. atas kesudian menyampaikan semua hadiah
sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar..

Bagi meneruskan agenda pada pagi ini, pihak majlis dengan sukacitanya ingin
menjemput Cikgu Zulaiha Binti Jani untuk mempersila dan mengiringi Cikgu Shafee Bin
Abdul Hamid ke hadapan pentas untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah
kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan…

Baiklah…
(LIHAT HELAIAN SENARAI NAMA PEMENANG)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


………………………………………….. atas kesudian menyampaikan semua hadiah
sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar..
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan
Majlis Penutup Minggu STEM peringkat sekolah ini dapat dilaksanakan dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang
diberikan bagi mengharmonikan majlis ini dan sepanjang Minggu STEM 2023
berlangsung.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Majlis diserahkan kembali kepada pengawas bertugas..

You might also like