You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan selamat pagi
Terima kasih puan / tuan pengerusi majlis
Yang Berusaha,
Tuan Haji Mat Johan b. Jahis, Pengetua, SMK Tun Syed Zahiruddin,
Encik Buang b. Boyak, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Tun Syed Zahiruddin,
En Abd Aziz b. Abd Hamid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Tun Syed Zahiruddin,
Tn Hj Oon b. Jaafar, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Tun Syed Zahiruddin
Barisan Guru Kanan,
Guru-guru Cemerlang,
Rakan-rakan Guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, minggu Sains dan Matematik SMK Tun Syed Zahiruddin akan
bermula pada hari ini, 4 April sehingga 8 April 2016. Tema minggu Sains dan Matematik pada tahun ini ialah
SAINS & MATEMATIK BERKESAN MENJANA INOVASI DALAM PENDIDIKAN.
Sains dan matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutama guru-guru
sains dan matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan
seharian.
Tujuan minggu Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk
mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri pelajar
bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik
dan menyeronokkan.
Dengan ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Pn Hjh Siti Zakiah bt Ramtan, GKMP sains & Matematik
SMK Tun Syed Zahiruddin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
~~~~~~~~~~~ UCAPAN GKMP ~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh Siti Zakiah bt Ramtan atas ucapan sebentar tadi.
Tanpa melengahkan masa, saya dengan segala hormatnya menjemput Tn Hj Mat Johan b. Jahis, pengetua SMK Tun
Syed Zahiruddin untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan minggu sains & matematik SMK Tun Syed
Zahiruddin bagi tahun 2016. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
~~~~~~ UCAPAN PERASMIAN OLEH TN PENGETUA ~~~~~~
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mat Johan b. Jahis, pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin atas ucapan
perasmian sebentar tadi.
Para pelajar sekalian,
Bagi meneruskan majlis pelancaran minggu Sains dan Matematik , saya menjemput sekumpulan pelajar SMK Tun
Syed Zahiruddin untuk mempersembahkan sketsa yang bertajuk Tamadun Sains dan Matematik.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
~~~~~~~~ GIMIK PERASMIAN ~~~~~~~~~~~~
Dengan berakhirnya gimik itu tadi , maka tamatlah majlis pelancaran minggu Sains dan Matematik SMK Tun Syed
Zahiruddin tahun 2016.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hitaalawabarakatuh.
Saya kembalikan majlis ini kepada puan / tuan pengerusi majlis.

You might also like