You are on page 1of 12

SUSUNKATA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADUKA TUAN KALI KE – 31


TAHUN 2012

Mengumumkan Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat


DATUK HJ BAHAROM BIN HJ MOHAMAD, Ahli Parlimen Sekijang diiringi
oleh Tn Hj Mohammed Kassim Bin Hj Abd Latiff, Pemangku Pengetua SMK
Paduka Tuan serta para pentadbir...

(TETAMU KEHORMAT DUDUK)

(TUNGGU SEHINGGA KOMPANG BERHENTI)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Yang Berhormat DATUK HJ BAHAROM BIN HJ MOHAMAD, AHLI PARLIMEN
SEKIJANG,
Yang Berusaha Tn Hj Mohammed Kassim Bin Hj Abd Latiff, Pemangku Pengetua
SMK Paduka Tuan, ,
Yang dihormati, Puan Cheh Siew Lee, Guru Penolong Kanan HEM ,
En .Md Murad Bin Md Lip, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Long Foo Tee, Guru Penolong Kanan Petang,
Pn Hjh Kalsom Bt Yusof, Guru Penolong Kanan Pend Khas,
En Rosman Bin Saat, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Paduka
Tuan,guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa serta para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan Yang Berormat Datuk, tuan-tuan, dan puan-
puan ke Majlis Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan kali ke 31 tahun
2012 pada pagi ini.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua..

Hadirin yang dihormati, pembuka majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan
perbarisan lintas hormat.

(Tunggu sehingga Pasukan Pancargam berada di selekoh)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj Mohammed Kassim Bin Hj


Abd Latiff, Pemangku Pengetua SMK Paduka Tuan, dan En. Md Murad bin Md
Lip ,Guru Penolong Kanan Kokurikulum, mengiringi Yang Berhormat Datuk Hj.
Baharom B. Hj. Mohamad, untuk menerima tabik hormat daripada unit-unit
beruniform dan kontingen-kontingen rumah sukan yang mengambil bahagian dalam
kejohanan olahraga pada tahun ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….
Hadirin sekalian….

Perbarisan lintas hormat ini didahului oleh Pasukan Pancaragam SMK Paduka Tuan
seramai 42 orang ahli, dipimpin oleh Drum Mejar TAN SOON KEONG. Beliau
merupakan pelajar tingkatan 5AC.

Unit ini adalah dibawah bimbingan PN FHONG SOU HUI. Kecemerlangan pasukan
pancaragam SMK Paduka Tuan ini diakui sehingga peringkat negeri dan juga
kebangsaan.

Perbarisan lintas hormat pada pagi ini diketuai oleh ketua perbarisan SAUDARA HO
KOON NAI, diikuti pembaca ikrar kejohanan, SAUDARA SATISWARAN A/L
JEGANATHAN dan SAUDARI SHARINA BT ____________ selaku Ketua Pelajar
SMK Paduka Tuan.

Pembawa-pembawa bendera Malaysia dan bendera negeri Johor, yang sedang memberi
lintas hormat sekarang ini adalah seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada
Pasukan Unit BerUniform Pengakap Kelana yang disertai oleh Pelajar Tingkatan 6
Atas SMK Paduka Tuan.

Seterusnya, adalah pembawa-pembawa bendera warna warni bagi rumah-rumah sukan


yang bertanding.
Didahului dengan pembawa-pembawa bendera warna Hijau yang mewakili Rumah
Zamrud.
Diikuti dibelakangnya ialah pembawa-pembawa bendera warna Merah yang mewakili
Rumah Delima
Seterusnya, pembawa-pembawa bendera warna Biru yang mewakili Rumah Nilam
Dan pembawa-pembawa bendera warna Kuning yang mewakili Rumah Topaz.

Seterusnya, adalah kontingen Unit-unit Beruniform, yang didahului oleh unit KADET
REMAJA SEKOLAH dengan ahli-ahlinya seramai 33 orang. kontingen ini dipimpin
oleh SAUDARI NOR SYAZWANI BT MOHAMAD NOR.

Perbarisan lintas hormat diteruskan oleh kontingen Unit PERSATUAN BULAN


SABIT MERAH dengan hayunan bersemangat ahli-ahlinya seramai 33 orang,
kontingen ini diketuai oleh _______________________.

Kontingen yang sedang melintas astaka sekarang ini ialah kontingen Unit KADET
POLIS dengan ahli-ahlinya seramai 33 orang. Kontingen ini dipimpin penuh
tanggungjawab oleh SAUDARA THAVASELAN A/L VIJEAN.

Ini diikuti dengan kontingen unit KADET BOMBA.Unit ini terdiri daripada 33 orang
ahli yang diketuai oleh SAUDARA LIM YIE LOONG.
Seterusnya dibelakang menyusul adalah Unit PUTERI ISLAM seramai 33 orang ahli.
Unit ini diketuai oleh SAUDARI SITI NORMEE SALZILA BT AZMI.

Ini diikuti oleh Unit PENGAKAP REMAJA seramai 33 orang ahli. Unit PENGAKAP
REMAJA ini diketuai oleh ________________________.

Kontingen yang sedang melintas di astaka sekarang ialah Unit PANDU PUTERI. Unit
ini terdiri daripada 33 orang ahli yang diketuai oleh SAUDARI HERN SHU HUI.

Menyusul dibelakangnya ialah Unit ST JOHN AMBULANCE seramai 33 orang ahli


yang diketuai oleh ______________________.

Diikuti dibelakangnya, KONTIGEN PENDIDIKAN KHAS seramai 33 orang ahli yang


diketuai oleh SAUDARA RAKESH RAO A/L KRISHNAN

Perbarisan Lintas Hormat diteruskan lagi dengan kontigen rumah-rumah sukan yang
bertanding yang didahului oleh RUMAH NILAM yang diketuai oleh SAUDARA
MOHD ISMAIL BIN IBRAHIM seramai 33 orang ahli.

Menyusul dibelakangnya ialah kontingen rumah DELIMA seramai 33 orang dan


diketuai oleh SAUDARA CHONG FOOK ONN

Diikuti dibelakangnya, kontigen rumah ZAMRUD seramai 33 orang ahli yang diketuai
oleh __________________________

Seterusnya adalah kontingen rumah Topaz yang diketuai oleh SAUDARI KANAGA
BANUPATI A/L SUNDARAJOO Seramai 33 orang ahli.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk, kerana sudi
menerima tabik hormat daripada kontigen-kontigen itu tadi..

(Tunggu sehingga semua habis masuk dan muzik berhenti )

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para hadirin berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah dengan iringan
muzik daripada Pasukan Pancaragam SMK Paduka Tuan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

(tunggu sehingga KON NAI beri arahan Senang Diri)

Majlis diteruskan lagi, dengan menjemput Ustaz Mohd Mazran Bin Ismail untuk
membacakan doa sempena Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah
Kebangsaan Paduka Tuan Kali Ke 31 Tahun 2012.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

(Bunyi gendang 1 Kali,pelajar angkat tgn doa)

(bunyi gendang 1 Kali, pelajr turun tgn)


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Mazran B Ismail atas
bacaan doa sebentar tadi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohammed Kassim Bin Hj abd


Latiff, Pemangku Pengetua SMK Paduka Tuan untuk menyampaikan amanat sempena
Majlis Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan kali ke 31 Tahun 2012.
Dengan segala Hormatnya Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pemangku Pengetua atas ucapan
yang disampaikan .
Sebagai pembuka tirai Kejohanan, Pihak Majlis dengan bangganya mempersilakan
Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat DATUK HJ BAHAROM BIN HJ
MOHAMAD, AHLI PARLIMEN SEKIJANG , untuk menyampaikan ucapan
seterusnya melangsungrasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan
kali yang ke 31 Tahun 2012.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Tunggu Bunyi Pancaragam dan paluan kompang baru ucapkan terima kasih)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat DATUK,


diatas kesudian meluangkan masa untuk hadir seterusnya merasmikan majlis
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 31 tahun 2012.

Paluan Kompang yang kedengaran itu tadi merupakan paluan seramai 30 orang ahli
Kelab Kebudayaan Sekolah yang dipimpin oleh SAUDARA MOHD SYAZWAN BIN
____________.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera Kejohanan oleh ahli-ahli
Pengakap Remaja. Diminta para hadirin berdiri.
(Ko Nai bg arahan sedia)
(tunggu sehingga bendera naik dan beat terakhir drum)

Majlis merakamkan ucapan terima Kasih kepada para hadirin.

Seterusnya Majlis dengan bangganya mempersilakan SAUDARA SATISWARAN A/L


JEGANATHAN untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan Balapan dan Padang SMK
Paduka Tuan Kali yang Ke 31 Tahun 2012. Dipersilakan….
(BIODATA PEMBACA IKRAR)

Saudara SATISWARAN A/L JEGANATHAN merupakan bla…bla… bla…


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj
Mohammed Kassim Bin Hj Abd Latiff, Pemangku Pengetua SMK Paduka Tuan
mengiringi YANG BERHORMAT DATUK tampil kehadapan astaka untuk menerima
lafaz ikrar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk kerana sudi
menerima lafaz ikrar itu tadi.

Sekarang kita akan menyaksikan persembahan daripada Pasukan Seni Silat .


Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pasukan Seni Silat.

Seterusnya Majlis mempersilakan Pasukan Pancaragam ST JOHN AMBULANCE


SMK PADUKA TUAN untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan PANCARAGAM ST JOHN


AMBULANCE .

Untuk makluman para hadirin, persembahan silat tadi diketuai oleh saudara MOHD
REDUAN BIN ROSMAN yang disertai oleh 30 orang pelajar dibawah bimbingan
Encik Doli Indra Surianto manakala pasukan PANCARAGAM pula diketuai oleh
saudara TAN SOON KEONG yang disertai 42 orang pelajar dibawah bimbingan PN
FHONG SAU HUI dengan lagu-lagunya seperti VALLEY FORGE dan SPANIA

radiah Seterusnya sebagai tanda penghargaan, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha, Tn Hj Mohammed Kassim Bin Hj Abd Latiff untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berhormat Datuk.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


Soffian
Seterusnya, upacara perbarisan keluar.
Radiah
Demikian tadi selesainya upacara Perasmian Majlis Kejohanan Balapan dan Padang
SMK Paduka Tuan. Dengan itu bermulalah Temasya Sukan Kali Ke 31 Tahun 2012.
Dengan itu, pihak majlis menjemput Yang Berusaha Tn Hj Mohammed Kassim Bin Hj
Abd Latiff mengiringi , Yang Berhormat Datuk dan tetamu-tetamu jemputan untuk
menikmati jamuan.

(Tunggu sekejap)

Sebentar lagi Kejohanan Padang dan Balapan SMK Paduka Tuan kali Ke 29 tahun
2010 akan bermula. Diminta pegawai-pegawai Kejohanan yang bertugas turun ke
padang dan bersedia mengambil tempat masing-masing.

Acara yang akan dimulakan sebentar lagi ialah acara 100 meter P13 akhir
…………………………………

Majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Pengetua SMK Paduka Tuan mengiringi
Tetamu Kehormat Majlis untuk menyampaikan hadiah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Pemenang bagi acara………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Encik Mohd Syafiq Bin Saprawi,
Tuan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.
kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada
para pemenang.

Majlis Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 29 Tahun 2010

Unit ______________ sila ambil tempat masing-masing. Ketua Kontigen rumah sukan
sila bawa ahli-ahli rumah sukan berkumpul di hadapan astaka untuk majlis penutupan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Yang Berusaha Puan Hajah


Zalaha bte Md. Said, Pengetua SMK Paduka Tuan, Yang Dihormati
Tuan Haji Ridzuan Bin Badri, Guku Penolong Kanan SMK Paduka
Tuan, Puan Cheh Siew Lee, GPK HEM , Encik Md Murad Bin Md Lip,
GPK KoKurikulum SMK Paduka Tuan, guru-guru kanan mata
pelajaran, guru-guru , barisan kepimpinan pelajar serta para pelajar
yang dikasihi sekelian. Syukur Alhamdulilah kerana sampailah kita ke
Majlis Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah Men. Keb
Paduka Tuan kali ke 29 Tahun 2010.
Untuk memulakan majlis,
Dipersilakan Pn Salbiana bt Harun tampil ke hadapan astaka untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Bagi acara 4x 100 P 13, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Seterusnya, Bagi acara 4x 100 P 15, tempat ke3 dimenangi oleh rumah
………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Bagi acara 4x 100 P 18, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Dipersilakan pula Cik Syarifah bt Ibrahim untuk tampil ke hadapan


astaka bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Bagi acara 4x 100 L 13, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Seterusnya, Bagi acara 4x 100 L 15, tempat ke3 dimenangi oleh rumah
………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….

Bagi acara 4x 100 L18, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….
Bagi acara 4x 50 Pend Khas, tempat ke3 dimenangi oleh rumah
………..
Naib Johan jatuh kepada rumah………
Johan dimenangi oleh rumah…….
Tahniah diucapkan kepada para pemenang

Seterusnya, Dipersilakan Encik Md Murad Bin Md Lip tampil ke


hadapan astaka untuk menyampaikan cenderamata khas untuk Pasukan
Pend Khas dan Pasukan Pancaragam SMK Paduka Tuan.
Dipersilakan….
Dijemput Pasukan Pend Khas.
Seterusnya, Pasukan Pancaragam.
Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian En Md Murad b Md
Lip atas kesudian menyampaikan cenderamata tersebut.

Seterusnya, Dipersilakan pula, Pn Cheh Siew Lee tampil ke hadapan


astaka untuk menyampaikan hadiah Perbarisan Unit Beruniform
Tempat ketiga Perbarisan unit beruniform dimenangi oleh unit………
Naib Johan pula dimenangi oleh unit………………
Johan kategori Perbarisan Unit Beruniform Kejohanan Padang dan
Balapan SMK Paduka Tuan kali ke 29 tahun 2010 dimenangi oleh
unit………………………………………..
Majis mengucapkan terima kasih kepada Pn Cheh Siew Lee kerana
sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan
kepada para pemenang.

Seterusnya majlis mempersilakan Tn Hj Ridzuan b Badri, Gpk 1 untuk


menyampaikan hadiah bagi acara guru. dipersilakan.
Naib Johan dimenangi oleh rumah
……………………………………….
Johan Acara guru kejohanan padang dan balapan SMK paduka Tuan
kali ke 29 tahun 2010 dimenangi oleh
rumah…………………………………………………………………….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn hj Ridzuan b Badri
atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang . Tahniah
diucapkan kepada para pemenang.

Seterusnya, dengan segala hormatnya, majlis dengan ini,


mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Zalaha bte Md. Said,
tampil ke hadapan astaka untuk menyampaikan hadiah kepada para
penerima . Dipersilakan.
Atlet terbaik bagi kategori L13 dimenangi oleh
……………………………………………………dari rumah……….
Bagi kategori P13, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori L15, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori P15, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori L18, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori P18, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori L20, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………
Bagi kategori P20, atlet terbaik dimenangi oleh
………………………………………………….dari rumah………

Seterusnya adalah penyampaian piala pusingan bagi johan


keseluruhan mengikut kategori,
Bagi kategori P13 dimenangi oleh rumah……….
Bagi kategori P15, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori P18, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori L13, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori L15, dimenangi oleh rumah………
Bagi kategori L18, dimenangi oleh rumah………

Seterusnya adalah bagi kategori lelaki keseluruhan terbaik, johan jatuh


kepada rumah………...
Manakala bagi kategori perempuan keseluruhan terbaik, johan jatuh
kepada rumah………….

Seterusnya, penyampaian piala pusingan olahragawan dan


olahragawati..
Olahragawan bagi Kejohanan Padang dan Balapan SMK Paduka Tuan
kali ke 29 tahun 2010 jatuh kepada……………………. Dari rumah…..
Manakala, olahragawati bagi Kejohanan Padang dan Balapan SMK
Paduka Tuan kali ke 29 tahun 2010 jatuh kepada…………………….
Dari rumah…..
Bagi kategori Hiasan Rumah Sukan,
Johan dimenangi oleh rumah………………

Seterusnya, bagi perbarisan rumah sukan, dimenangi oleh kontigen


rumah…………….

Bagi kategori rumah sukan paling berdisiplin, jatuh kepada


rumah………….

Inilah saat-saat yang kita sama2 nantikan, keputusan keseluruhan


kedudukan rumah2 sukan dlm Kejohanan Padang dan Blapan Smk
Paduka Tuan kali ke 29 tahun 2010..
Tempat keempat keseluruhan rumah sukan dengan jumlah mata
sebanyak………………….jatuh kepada rumah…….
Tempat ketiga keseluruhan rumah sukan dengan jumlah mata
sebanyak………………….jatuh kepada rumah…………..
Naib Johan Keseluruhan rumah sukan dimenangi oleh
rumah………..dengan mendapat …………………………………….
Johan Keseluruhan rumah sukan dengan mendapat mata
sebanyak…………………………..dimenangi oleh
rumah…………………………………….
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan
kepada rumah…………………kepada yang tidak Berjaya pada tahun
ini,teruskan usaha anda. Sekali gagal tidak bermakna gagal selamanya..

Majlis sekali lagi dengan hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua


Puan Hajah Zalaha bte Md. Said untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya menutup Kejohanan Padang dan Balapan Sek. Men Keb
Paduka Tuan kali ke 29 . Dengan hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih.

Sekarang tibalah masanya untuk Upacara Menurunkan Bendera


Kejohanan. Diminta para hadirin berdiri.
Untuk itu majlis mempersilakan En.Md. Murad B. Md Lip, mengiringi
Tuan Pengetua , Puan Hajah Zalaha bte Md. Said ke hadapan astaka
untuk menerima bendera kejohanan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih.

Untuk mengakhiri majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan para


hadirin dan para pelajar berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih. Majlis ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada pihak pentadbir, para pegawai kejohanan dan para
peserta yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Padang dan
Balapan kali ke 29.. dengan itu majlis bersurai.

You might also like