You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK LABU BESAR KALI KE-22 /2023


Oleh: CIKGU MOHD ASRI DAN CIKGU AZLINA

Bil Acara Teks


1 Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP Yang dihormati, En Zulkifli bin Omar
Pengerusi Sukan dan Rekreasi , Austria Technologie & Systemtechnik
( AT&S) Malaysia Sdn.Bhd. diiringi oleh
Yang Berusaha, Puan Nur Azima binti Yaa’cob, Guru Besar SK Labu
Besar bersama Barisan Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Labu
Besar.
………………………………
-Paluan Kompang-

2 Ucapan alu- Assalamualaikum , Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani.


aluan Selamat datang ke Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu Besar kali ke-22
bagi tahun 2023.

Yang dihormati, En Zulkifli bin Omar


Pengerusi Sukan dan Rekreasi , Austria Technologie & Systemtechnik
(AT&S) Malaysia Sdn.Bhd.

Yang Berusaha, Puan Nur Azima binti Yaa’cob, Guru Besar SK Labu Besar

Yang dihormati Puan Fatimah Binti Abd Hamid, Penolong Kanan


Pentadbiran SK Labu Besar

Puan Noor Hayati Binti Bahari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Labu
Besar
Puan Wan Nurhaslinda Binti Wan Mazuki, Penolong Kanan Kokurikulum SK
Labu Besar

Yang dihormati, Ahli Jawatankuasa PIBG SK Labu Besar,Guru-guru, tuan-


tuan, puan-puan seterusnya

Yang dikasihi, murid-murid SK Labu Besar yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Olahraga SK
Labu Besar kali ke-22. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
akan menyerikan lagi kejohanan dan menyuntik semangat kesukanan kepada
atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

MAKLUMAN :
Di minta ibu bapa/penjaga yang hadir untuk membuat Pendaftaran Sarana Ibu Bapa di meja
pendaftaran bersama-sama
Ustazah Siti Zaleha @ Maktok . Terima Kasih
3 Perbarisan Sebagai pembuka tirai Kejohanan Sukan Olahraga kali ke-22 / 2023 , marilah
lintas hormat sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang
mengambil bahagian.

4 Menjemput VIP Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Nur Azima
menerima tabik binti Yaa’cob, Guru Besar SK Labu Besar untuk menjemput dan mengiringi
hormat dari Yang dihormati, En Zulkifli bin Omar , Pengerusi Sukan dan Rekreasi ,
Austria Technologie & Systemtechnik (AT&S) Malaysia Sdn.Bhd. untuk
peserta
menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
perbarisan
…………………………
-Marching Song-

5 Perbarisan Perbarisan lintas hormat diketuai oleh Mohd Syirozi bin Mohd Suyuty.
lintas hormat
kejohanan
Bersama pembawa bendera kejohanan yang terdiri daripada:
• Muhammad Aniq Syauqi bin Mohd Remei / Nilam
• Muhammad Irfan Hafiz bin Zainuddin / Zamrud
• Mohamad Nufail bin Zulkifli / Topaz
• Mohamad Aiman bin Azhar / Delima

6 Perbarisan Seterusnya ialah kontinjen daripada Rumah Nilam dengan mottonya


Rumah ‘Respect All, Fear None’
Nilam (Biru)
Kontinjen ini diketuai oleh Muhammad Shazril Ieman Bin Izaamudin.
Pembawa sepanduk Dhia Dayana binti Mohd Shoppi
Maskot Muhammad Adam Mirza bin Mohamad Rafez
Dan Ketua Guru Penasihat Ustazah Aizah binti Ilias

7 Perbarisan Menyusul di belakang adalah kontinjen Rumah Delima dengan mottonya


Rumah ‘one team,one dream, go Delima’.
Delima (Merah) Kontinjen ini diketuai oleh Muhamad Fais Amsyar bin Mohd Faizal
Pembawa sepanduk Lubna binti Asrulwadi
Maskot Aidil Akif Safwan bin Mohd Ali.
Dan Ketua Guru Penasihat Ustazah Azura binti Mohamad.

8 Perbarisan Seterusnya ialah kontinjen daripada Rumah Zamrud dengan mottonya


Rumah
‘Fight to win, Zamrud go go go’.
Zamrud (Hijau)
Kontinjen ini diketuai oleh Muhammad Airiel Zafry bin Safari
Pembawa sepanduk Nur Ainul Badriah binti Md Husni
Maskot Muhammad Aqeel Danish bin Osman
Dan Ketua Guru Penasihat Cikgu Faridah binti Muda.

9 Perbarisan Kontinjen seterusnya ialah Rumah Topaz dengan mottonya ‘Roar Louder,
Rumah Run faster, Be a tiger’.
Topaz (Kuning)
Kontinjen ini diketuai oleh Muhammad Hanif bin Jasmi.
Pembawa sepanduk Qaleesha Hazzua binti Badrul Hisham
Maskot Muhd Zarif Eimran bin Asrul Nizam
Dan Ketua Guru Penasihat Cikgu Nur Azlin binti Teh.

10 Prasekolah Kontinjen terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pada pagi ini
adalah murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada :
Prasekolah Dahlia di bawah bimbingan Cikgu Faridah.
Prasekolah Orkid di bawah bimbingan Cikgu Mazura.
Dan dibantu oleh Puan Nurul Farahim dan Puan Azian.
11 Tabik Hormat Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang dihormati, En Zulkifli
bin Omar
Pengerusi Sukan dan Rekreasi , Austria Technologie & Systemtechnik
(AT&S) Malaysia Sdn.Bhd. kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.

12 Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri bagi
Negaraku menyanyikan Lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu


tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

13 Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan


menaikkan olahraga. Untuk itu, dipersilakan wakil pasukan sukan olahraga sekolah untuk
bendera menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.
……………………………
(bunyi dram menaikkan bendera)

Berkibarlah sudah bendera Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu Besar kali


ke-22 bagi tahun 2023.

14 Lafaz ikrar Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju
kejohanan ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan
diketuai oleh Muhammad Syirozi bin Mohd Suyuty.
Ikrar ……….
Majlis merakamkan terima kasih atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

15 Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohd Suyuty bin Ismail.

Dipersilakan.

(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Suyuty bin Ismail.

Semoga dengan bacaan doa itu tadi, Kejohanan Sukan Olahraga kita akan
berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Semua peserta kontinjen dipersilakan duduk.


Ucapan aluan Sebagai pembuka bicara ucapan , majlis menjemput Yang Berusaha Puan
Guru Besar Nur Azima binti Yaa’cob , Guru Besar SK Labu Besar untuk menyampaikan
sepatah dua kata.Majlis dengan segalanya mempersilakan..

Ucapan GB ….….….

Demikian tadi ucapan aluan Yang Berusaha Puan Nur Azima binti Yaa’cob ,
Guru Besar SK Labu Besar.Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

16 Ucapan Majlis seterusnya mempersilakan Yang dihormati, En Zulkifli bin Omar


Perasmian Pengerusi Sukan dan Rekreasi , Austria Technologie & Systemtechnik
Gimik (AT&S) Malaysia Sdn.Bhd. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
Perasmian merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu Besar kali ke-22. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)
Seterusnya majlis mempersilakan En Zulkifli bin Omar untuk
menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu
Besar kali ke-22 /2023.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati, En Zulkifli


bin Omar atas ucapan dan gimik perasmian Kejohanan Sukan Olahraga SK
Labu Besar kali ke-22 sebentar tadi.

Penyampaian Sebagai tanda penghargaan , majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan


cenderahati Nur Azima binti Yaa’cob untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
perasmi kepada Yang Dihormati En Zulkifli bin Omar.
….……
Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha
Puan Nur Azima binti Yaa’cob atas kesudian menyampaikan cenderahati
sebentar tadi.
Persembahan Seterusnya kita berikan perhatian kepada satu persembahan hebat daripada
silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia dari Gelanggang Kucing
Manja Kulim Kedah.
Terdiri daripada :
Gurulatih silat
1. Cikgu Junaidie bin Jaaffar

Jurulatih silat
1. Cikgu Mukri bin Ahmad
2. Cikgu Aishah binti Junaidie
3. Cikgu Siti Nur Alia binti Junaidie
4. Cikgu Roha binti Abdullah
17 Perbarisan Seterusnya ialah perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil
Keluar bahagian.Semua kontinjen diminta untuk masuk ke khemah masing-masing.
Padang
……………………………..
- Marching Song-

Dengan itu maka sempurnalah sudah Majlis Perasmian Kejohanan Sukan


Olahraga SK Labu Besar kali ke-22. Majlis merakamkan terima kasih
kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas
hormat.

Acara Khas Acara balapan pada pagi ini dimulakan dengan Acara Khas Campuran 4 x
Campuran 25M
4 x 25M
Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.
Lorong 1 (no. Peserta) : ( nama peserta) (rumah) sebut sehingga
Lorong 8 (no.peserta) : ( nama peserta) (rumah)

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

PERHATIAN:
Diminta kepada pemenang bagi acara 4 x 25M , lompat tinggi T5 danT6 untuk bersedia di khemah masing-masing
bagi upacara penyampaian hadiah sebentar lagi.
21 Acara Balapan Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu Besar kali ke-22 disambung semula.
200M Untuk itu marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada acara yang bakal
Terbuka L berlangsung sebentar lagi iaitu acara 200M Terbuka L.

Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.


Lorong 1(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Lorong 8(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing
kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan pula acara


200M
Terbuka P 200M Terbuka P.
Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.
Lorong 1(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Lorong 8(no peserta): (nama peserta) (rumah)

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Demikian tadi berakhirnya acara 200M Terbuka L dan 200M Terbuka P.

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan pula acara


100M 100M - Tahun 3 L
Tahun 3 L 100M - Tahun 3 P
Tahun 3 P Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.
Lorong 1(no peserta): (nama peserta) (rumah)
Lorong 8(no peserta): (nama peserta) (rumah)

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Demikian tadi berakhirnya acara 100M Tahun 3 Lelaki dan Perempuan.


24 Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah (2) Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu Besar kali ke-22 berehat sebentar
untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara 200M Terbuka Lelaki dan
Perempuan , 100M Tahun 3, Lompat Jauh Tahun 5 dan Tahun 6.

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis dengan


sukacitanya menjemput dan mempersilakan
_________________________________mengiringi
________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara 200M Terbuka Lelaki


Emas dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Perak dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Gangsa dimenangi oleh adik....................dari Rumah ......................
Bagi acara 200M Terbuka Perempuan
Emas dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Perak dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Gangsa dimenangi oleh adik....................dari Rumah ......................

Bagi acara 100M Tahun 3 L


Emas dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Perak dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Gangsa dimenangi oleh adik....................dari Rumah ......................

Bagi acara 100M Perempuan Tahun 3


Emas dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Perak dimenangi oleh adik.......................dari Rumah ......................
Gangsa dimenangi oleh adik....................dari Rumah ......................

Majlis merakamkan terima kasih


kepada ........................................................................ kerana sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Slot Khas Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu Besar kali ke-22 berehat sebentar
Perasmian untuk memberi laluan kepada satu slot khas iaitu perasmian mercu tanda
Mercu Tanda kriket SKLB.
Kriket
Untuk maklumat para hadirin ,SKLB merupakan sebuah sekolah kebitaraan
sukan kriket.Sedikit info yang ingin dikongsi bersama…..
Acara Guru & Hadirin sekalian,
Waris Kita akan teruskan acara kita pada hari ini dengan acara yang dinanti-nanti
iaitu ACARA GURU DAN WARIS.
Bagi kategori lelaki ialah 5 Free kick jarak 20 meter - 5 waris, 5 guru
Manakala kategori perempuan akan dijalankan 5 jaringan Bola Jaring- 5
waris , 5 guru
Semua peserta yang mengambil bahagian boleh ke tempat acara masing-
masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.
.........................
Demikian tadi berakhirnya ACARA GURU DAN WARIS.

Majlis Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Penutupan Kejohanan Sukan Olahraga SK Labu Besar kali ke-22 kini tiba ke
Kejohanan penghujungnya.
Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah
sukan masing-masing.

-marching song-

30 Hip-hip Hooray Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih
dan Bersurai kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan
Olahraga SK Labu Besar kali ke-22 bagi tahun 2023.

Sekarang kita tampilkan Cik Wan Nurhaslinda Binti Wan Mazuki, Penolong
Kanan Kokurikulum SK Labu Besar, ke tengah padang untuk melaungkan
hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Olahraga
SK Labu Besar kali ke-22. Dipersilakan.

Sebelum mengundur diri, kami dengan takzimnya menyusun 10 jari memohon


maaf atas segala khilaf tanpa sedar sepanjang mengendalikan rostrum
pengacaraan kejohanan sukan olahraga kali ke-22/2023 pada hari ini.

Akhir kata dari kami


Majulah Sukan Untuk Negara. Assalamualaikum dan terima kasih.

You might also like