You are on page 1of 25

CATATA

PERKARA/PEMBACA PENGUMUMAN
N

Mengumumkan ketibaan,

Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua


PENGUMUMAN
Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang
KETIBAAN  
diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota
Masai, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, Yang Dipertua PIBG Sk
Kota Masai, barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa PIBG.

PERARAKAN MASUK Hadirin,  


PERBARISAN RUMAH    
SUKAN
Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas  
hormat perbarisan rumah sukan. Sebelum itu, pihak majlis
menjemput dan mempersilakan  Yang Dihormati Encik Nazarul bin Coklat-
Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti gimnastik
Majlis Perbandaran Pasir Gudang   diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyempurnakan
perarakan lintas hormat. Dipersilakan. Ungu

  Hijau

Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera Merah


kejohanan yang dipimpin oleh Saudara Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz
dari kelas 6 Bestari. Meron

  Biru

Hadirin di hormati , Kuning

Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari Merah


rumah sukan coklat dengan keunggulan pahlawan Megat Terawis. Jambu
Berlandaskan motto pasukan

“________________________________________________________________________
____”

Pasukan Coklat.

*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah ungu dengan
perwira sejati Rosli Dhobi. Dengan motto

“________________________________________________________________________
_” pasukan rumah ungu .

************

Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah meron


bertunjangkan perwira bangsa dato bahaman. Dengan
bertunjangkan motto

“________________________________________________________________________

Pasukan rumah meron .

***********

Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah biru yang setia


bersama pahlawan  Mat Kilau berteraskan motto pasukan

Pasukan rumah biru .

************

Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada pagi


ini adalah dari rumah merah jambu berlaksamanakan perwira Rentap.
Berpegang kepada motto pasukan

“________________________________________________________________________
_”

Pasukan rumah merah jambu .

************

Kontinjen seterusnya, dari rumah merah  dengan kemegahan


pahlawan Dol Said.                   . Dengan motto pasukan

“________________________________________________________________________
_”

Pasukan rumah merah .

************

Seterusnya, kontinjen dari rumah Hijau berjuang bersama pahlawan


Tok Janggut. Bersama motto

” _______________________________________________________________________”

Pasukan  Hijau .

************

Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah kuning dengan


pejuang bangsa Pahlawan Mat Salleh. Dengan motto


_________________________________________________________________________
__” pasukan kuning .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Dihormati


Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian
Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang  dan Cikgu
Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai atas
kesudian menyempurnakan  perarakan lintas hormat sebentar tadi.

KATA SALUTASI    
Melati tumbuh kuntum sekata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Salam sembah pembuka bicara.


 

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Dihormati,

Encik Nazarul bin Jaafar,

Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti

Majlis Perbandaran Pasir Gudang


 

Yang Berusaha,

Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,

Guru besar SK Kota Masai;

Yang dihormati,

En. Hairul Nizam bin Zainol Abidin,

Yang dipertua PIBG SK Kota Masai;

Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan –


tuan, puan – puan serta hadirin yang dimuliakan.

 
Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam
menyambut mesra kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke
Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai kali ke-
16 bagi Tahun 2020.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati,  


 

Seterusnya adalah nyanyian ” LAGU BANGSA JOHOR” dan ” LAGU


SEKOLAH”

Hadirin dipersilakan berdiri.

*Hadirin dipersilakan duduk.


 

Hadirin yang dihormati,


 

Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke


hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya dapat kita
bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota
Masai kali ke-16 pada hari ini.

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya


BACAAN DOA mempersilakan Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin untuk  
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Yasir bin


Zainal Abidin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

 
 
Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera


kejohanan.

( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)

MENAIKKAN BENDERA  
KEJOHANAN DAN  
IKRAR KEJOHANAN Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz
untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Hafiy Ziyad bin


Mohd Fairuz                                                        atas pimpinan ikrar
kejohanan sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN GURU    


BESAR
Hadirin yang dimuliakan,

Mudik di sungai mendayung sampan

Sampan didayung ke laut dalam

Sudilah lah tuan memberi ucapan

Kata aluan pemanis kalam

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji


Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

–       Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,  


 

Daun semulur di pekan sari

Batang jerami rebah ke bumi

Madah dihulur sembah diberi

Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya


mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai
Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran
Pasir Gudang  untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai kali
ke-16 bagi Tahun 2020.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Gimik Perasmian)
 

Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK


Kota Masai Kali ke-16 Tahun 2020. Majlis merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada  Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar,
Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis
Perbandaran Pasir Gudang  atas kesudian merasmikan majlis pada
hari ini.

PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan,  


CENDERAMATA  
KEPADA PERASMI
Burung Nuri dipandang dara,

Hingga di beranda di tengah laman,

Cenderamata diberi seikhlas jiwa,

Sebagai tanda buat kenangan.


 

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,


dipersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk
Kota Masai untuk menyampaikan cenderamata kepada  Yang
Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian
Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang   .
Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada  Yang Dihormati Encik


Nazarul bin Jaafar atas kesudian menerima cenderamata sebentar
tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie atas penyempurnaan
penyampaian cenderamata itu tadi.

PERARAKAN KELUAR Hadirin yang dihormati,  


PERBARISAN
 

Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.

Hadirin yang dihormati,


Kelihatan di atas padang pasukan aerobik sekolah sedang bersiap
sedia untuk membuat persembahan. Dengan itu, sama-sama kita
saksikan persembahan aerobik dari murid-murid SK Kota Masai.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali


lagi buat pasukan aerobik sekolah atas persembahan yang menarik
PERSEMBAHAN
itu tadi.  
SENAMROBIK
 

Untuk makluman hadirin, persembahan aerobik sebentar tadi telah


dipimpin oleh

 
Hadirin,
 

Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang


ACARA 100 M L12 &
akan berlangsung sebentar sahaja lagi iaitu acara 100M L12 akhir  
P12
dan acara 100M P12 akhir.

PENYAMPAIAN Sidang hadirin yang dimuliakan,  


HADIAH  

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakan
acara penyampaian hadiah.

 
(Nama pemenang)

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang


Berhormat menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PEMERIKSAAN Hadirin yang dimuliakan,  


KHEMAH RUMAH  
SUKAN
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan diteruskan dengan acara
lawatan ke khemah rumah sukan. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L
Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram
diiringi Ahli

Jawatankuasa PIBG SK Kota Masai untuk menyempurnakan


pemeriksaan khemah rumah sukan. Dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, Tema Kejohanan Sukan pada tahun ini
ialah                         . Semua rumah sukan telah berganding bahu
dalam menjana idea dan kreativiti demi memastikan kejayaan rumah
sukan masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan


Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri
Johor Dun Tiram atas penyempurnaan acara itu sebentar tadi.

JAMUAN MAKAN Hadirin,  


     

  Terbang rendah burung merbah,  

  Hinggap berdua di pohon ara,  

  Penganan mulia terletak sudah,  

  Dijemput tuan menjamu selera.  


 

 
 
 
 
 
Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat Tuan
 
Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri
 
Johor Dun Tiram, barisan pentadbir serta dif-dif jemputan ke laman
 
selera untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan.
 
 

 
 
ACARA 100M P10,
100M L10, 100M P11,    
100M L11
 
 
 
ACARA IBU BAPA  
 

PENYAMPAIAN
HADIAH ACARA 100M
L&P 10, 100M L&P 11,    
IBU BAPA (YDP PIBG &
GPK KOKO)

PERTANDINGAN
SORAK  
   
 
ACARA 4 X 100 M L12,  
P10, P11, P12

PENYAMPAIAN
HADIAH ACARA 4 X
   
100M (NYDP PIBG &
GPK HEM)

ACARA 4 X 100M L10,    


4X100M L11, 4X100M
L12 JEMPUTAN

PENYAMPAIAN
HADIAH  ACARA 4 X
100M L10, 4X100M L11,    
4X100M L12
JEMPUTAN

 
 
ACARA TARIK TALI
 
GURU
 

MAJLIS PENUTUP DAN    


PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,
HADIAH
 

Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi


acara yang telah dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta
berhimpun ke tengah padang untuk meneruskan acara. Dipersilakan.

Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru


dipertandingkan sebentar tadi. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput yang berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin Hj
Mohd Alie diiringi Cikgu Zaharel bin Atan, Guru penolong kanan
kokurikulum bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.

 
 

PENUTUP Hadirin yang dihormati,


 

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk


itu, dipersilakan semua pentadbir dan tetamu jemputan ke podium
untuk acara penurunan dan penyerahan bendera kejohanan.
Dipersilakan.

Upacara menurunkan bendera kejohanan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun


dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

 
Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Kota Masai
kali ke-15 ini dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’

Sekian, terima kasih

Majlis bersurai…….

You might also like