You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA “MAJLIS “SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI” CIKGU SAZALI

Tarikh : 25 Ogos 2022 / SK PAYA JAKAS

PERKARA BUTIRAN CATATAN


Ketibaan Tetamu Assalamualaikum w.b.t dan salam
sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat


kerana majlis kita akan bermula sebentar
lagi.

Ketibaan Yang Diraikan Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan


Cikgu Sazali bin Salim dan isteri, Cikgu
Aliza binti Kasran dengan diiringi dif-dif
kehormat masuk ke dalam dewan.

Warga dewan diminta berdiri

Terima kasih, semua hadirin dijemput


duduk.

SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum


w.b.t, dan salam sejahtera

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Cikgu Muhammad Adzam


Shah Bin Mardi
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Paya
Jakas

Yang Diraikan
Cikgu Sazali bin Salim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

Yang Berbahagia cikgu Shaari Bin Abu


Bakar
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Segamat
Selaku wakil rasmi Tuan Haji Abdul
Rahman bin Kechik
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Segamat

Yang Berusaha cikgu Hajah Zabedah


Binti Abdul Rashid
Pegawai SI patners+

Yang Dihormati Dr Norshahniza binti


Sahari
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-guru, Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

Cikgu Saharuddin Bin Mokhtar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

Cikgu Jami’ah Binti Sarimin


Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Paya
Jakas

Cikgu Faisal Azizi


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Buloh Kasap

Pegawai-pegawai PPD Daerah Segamat


Guru Besar SK Jementah
Dif-dif Jemputan
Barisan guru-guru,
barisan jawatankuasa pibg murid-murid,
hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Selamat datang ke :
“Majlis “Sanjungan Budi Kilauan Bakti”
sempena majlis persaraan Cikgu Sazali bin
Salim, guru penolong Kanan Hal Ehwal
Murid yang amat kita sayangi

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan


syukur kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
Cikgu Sazali bin Salim dalam majlis yang
indah ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas


segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan sepanjang
perkhidmatan beliau dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah
Kebangsaan Paya Jakas.

Persembahan pembukaan Hadirin yang dihormatii


Tahun 3
Sebagai acara pembukaan, kami tampilkan
persembahan daripada murid-murid Tahun
3 Cekap. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan


yang penuh ceria itu tadi. Untuk makluman
semua, persembahan pembukaan tadi
adalah di bawah bimbingan Cikgu Amili
Hafiz Bin Kamaludin

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Mohamad Ridzuan Bin Mohamad
Khalid. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadil Ustaz Mohamad Ridzuan Bin
Mohamad Khalid atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Ketua Murid Hadirin yang dihormati sekalian


Izzuan Bin Rahmat
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada
perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara

Majlis menjemput adik Izzuan Bin Rahmat


Ketua murid Sekolah Kebangsaan Paya
Jakas untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

***************(Ucapan wakil Murid)

Terima kasih diucapkan kepada adik Izzuan


Bin Rahmat atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan alu-aluan Guru Hadirin sekalian,


Besar
Duduk sekawan si burung unta,
         Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
         Kata azimat pembuka kalam

Pihak majlis dengan penuh takzimnya


menjemput dan mempersilakan, Yang
berusaha, Cikgu Muhammad Adzam Shah
Bin Mardi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Paya Jakas untuk tampil menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas kesudian Cikgu Muhammad
Adzam Shah Bin Mardi menyampaikan
ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN PEGAWAI PPD Hadirin yang dikasihi,


Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati
 

Untuk itu, majlis menjemput dan


mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu
Shaari bin Abu Bakar, Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah Segamat untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

 Majlis merakamkan penghargaan dan


ucapan terima kasih atas kesudian Yang
berusaha Cikgu Shaari bin Abu Bakar
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan Yang Diraikan Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Yang
Diraikan Cikgu Sazali bin Salim untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan


terima kasih kepada Cikgu Sazali bin Salim
atas ucapan itu tadi.

Persembahan Tahun 4 Hadirin yang dihormati,

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari


ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada murid-murid tahun
4 Dinamik.

Pesembahan yang cukup istimewa sebentar


tadi adalah dibawah pimpinan Cikgu Amili
Hafiz bin Kamaludin
BACAAN RAUT WAJAH PENUH KETENANGAN
BIODATA/PERSEMBAHAN TIDAK TERKALAM KASIH DIJUNJUNG
MULTIMEDIA JASAMU TETAP DIKENANG
BUDIMU TETAP DISANJUNG.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang diraikan Cikgu
Sazali bin Salim untuk naik ke
singgahsana yang indah berseri ini

HADIRIN YANG DIHORMATI


SEKALIAN,

BAK KATA PERPATAH ,TAK KENAL


MAKA TAK CINTA.TIDAK LENGKAP
RASANYA MAJLIS ,TANPA MENGENAL
EMPUNYA DIRI INSAN YANG
DIRAIKAN PADA PAGI YANG DAMAI
INI. Marilah kita sama-sama dengarkan
coretan perjalanan hidup Cg Sazali Bin
Salim

 Biodata

TAYANGAN Seterusnya, tanpa berlengah lagi marilah


MULTIMEDIA sama-sama kita menyaksikan persembahan
multimedia yang telah disediakan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


atas persembahan multimedia sebentar
tadi.

Penyampaian hadiah
Majlis diteruskan dengan upacara
penyampaian hadiah dan cenderahati
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini
Dijemput wakil-wakil untuk menyampaikan
hadiah  kepada Yang Diraikan Cikgu Sazali
Bin Salim dengan diiringi Tn Guru Besar,
Cikgu Muhammad Adzam Shah, majlis
mempersilakan.
1. wakil dari kelas 1 Amanah
2. wakil kelas 2 Bersih
3. wakil kelas 3 Cekap
4. wakil kelas 4 Dinamik
5. wakil kelas 5 Efektif
6. wakil kelas 6 Fantastik

Seterusnya cenderahati daripada guru-


guru dan panitia dimulai dengan
______________________________

Sumbangan seterusnya daripada para tetamu


jemputan dimulai dengan
______________________

Demikianlah tadi upacara penyampaian


cenderahati kenang-kenangan khusus untuk
Yang Diraikan Cikgu Sazali Bin Salim

Majlis merakamkan jutaan penghargaan


dan terima kasih atas tanda ingatan,
sumbangan dan tanda hati yang diberikan
dan semoga menjadi kenangan indah dalam
kehidupan Cikgu Sazali Bin Salim
Gimik Hadirin-hadirat sekalian,

Majlis berbesar hati menjemput Cikgu


Aliza Binti Kasran merupakan isteri
tercinta cikgu Sazali naik ke pentas bagi
menyempurnakan gimik persaraan ini.
Majlis dengan penuh takzim
mempersilakannya

Acara diteruskan lagi dengan upacara


pemotongan kek dengan diiringi isteri
tercinta

Terima kasih atas kesudian cikgu Aliza


bagi menyempurnakan upacara tadi. Majlis
menjemput Cikgu Aliza untuk duduk
bersama dengan Yang diraikan Cikgu Sazali
Salim.

PENYAMPAIAN WATIKAH Para tetamu yang dihormati,


PERSARAAN OLEH PPD

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput


dan mempersilakan, Cikgu Shaari Bin Abu
Bakar, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Segamat untuk menyampaikan
surat penghargaan. Majlis mempersilakan.

 Majlis menjemput dengan penuh takzimnya


Yang diraikan, Cikgu Sazali Bin Salim untuk
menerima surat penghargaan daripada
Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan
Segamat Dipersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada Saari Bin Abu Bakar dan
Cikgu Sazali Bin Salim.
Persembahan Duet Hadirin yang dikasihi sekalin,
Joget Malaysia
Seterusnya, majlis ini diteruskan dengan
Persembahan duet Joget Malaysia oleh
adik Iman Azlia Marissa binti Azman dan
adik Muhammad Afiq Rayyan Bin Mohd
Rizal. Persembahan di bawah bimbingan
Puan Zetty Mulya dan Cikgu Nor Ashikin.
Majlis mempersilakan

Terima kasih atas persembahan duet tadi

Perarakan ke luar Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Cikgu Sazali Bin Salim
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis turut merakamkan ribuan terima


kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi,
Kilauan bakti ” ini.
Pada kesempatan ini juga, kami ingin
memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sebelum saya mengundur diri,
Diminta murid-murid untuk bergerak ke
luar dewan, Dimulai dengan murid
perempuan _______

Majlis mempersilakan dif-dif jemputan


untuk bersama-sama mengiringi Yang
Diraikan Cikgu Sazali Salim untuk acara
______________ dan Lambaian
Sanjungan Budi di dataran.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilmLahit


Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahatullahi Wa Barakatuh

You might also like