You are on page 1of 4

BIL PERKARA TEKS TINDAKAN

1 Kata-kata aluan Bismillahirrahmanirrahim , MC


assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera

Yang Berusaha
En Zuraini bin Samad
Guru Besar Sk Segari

Pn Norkeftiah bt Zulkefli
Guru Kanan Kurikulum

Pn Norizan bt Hussein
Guru Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Norhani bt Pilus
Guru Kanan Kokurikulum

Yang Diraikan
En Azmi bin Saidin

Pn Zainab bt Ahmad
En Saari bin Abdullah
Pn Inderani a/p Nagaratnam
Cik Priyadharshini a/p Kalidas

Seterusnya,
Barisan guru, rakan2 staff sokongan serta hadirin
yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat Datang ke :
Majlis Persaraan En Azmi bin Saidin serta Jamuan
Perpisahan sempena Pertukaran

Pn Zainab bt Ahmad
En Saari bin Abdullah
Pn Inderani a/p Nagaratnam
Cik Priyadharshini a/p Kalidas

Ke sekolah yang baru.


2 Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat En Hazwan
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang


berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Hazwan bin Che
Mood

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia
Ustaz Hazwan atas bacaan doa itu tadi.

3 Ucapan Guru Untuk makluman semua hadirin, Tuan Guru Besar Guru Besar
Besar akan tiba agak lewat kerana beliau terlibat dengan
proses suntikan vaksin. Beliau berpesan agar kita
teruskan majlis. InsyaAllah beliau akan meyusul
kemudian.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang


Berusaha
En Zuraidi bin Samad
Guru Besar SK Segari
untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Zuraidi atas


ucapan itu tadi.

Untuk makluman hadirin juga antara guru yang kita


raikan pada hari ini iaitu Cik Priyadharshini juga
turut tidak dapat sertai kita kerana terikat dengan
komitmen tugas. Beliau menyampaian salam serta
mengucapkan jutaan terima kasih atas penganjuran
majlis ini.

4 Ucapan Yang Pergi ke kota beli selasih, Yang Diraikan


Diraikan Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian


Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan
iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
Kita mulakan dengan Ucapan
Yang Diraikan
Pn Zainab bt Ahmad
(Mantan Guru Besar SK Segari)
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan
Pn Zainab bt Ahmad
Atas ucapan itu tadi.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan.
Pn Inderani a/p Nagaratnam untuk menyampaikan
ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Diraikan Pn


Inderani a/p Nagaratnam atas ucapan itu tadi.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan.
En Saari bin Abdullah untuk menyampaikan ucapan,
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Diraikan En


Saari bin Abdullah atas ucapan itu tadi.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan.
Yang Diraikan En Azmi bin Saidin untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Diraikan En


Azmi bin Saidin atas ucapan itu tadi.

5 Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Pn Norizan/Pn


cenderamata cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat Norhani
insan yang kita raikan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha
En Zuraidi bin Samad
Guru Besar SK Segari
dengan diiringi oleh Pn Norkeftiah bt Zulkefli
untuk menyampaian cenderamata.
Kita mulakan dengan mempersilakan

En Azmi bin Saidin


Pn Zainab bt Ahmad
Pn Inderani a/p Nagaratnam
En Saari bin Abdullah
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata


kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


En Zuraidi bin Samad atas penyampaian cenderamata
sebentar tadi.
6 Sesi Bergambar Semua
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sudah biasa kita dengari


Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan dalam ingatan
Kain songket cantik kilauan
Ditenun oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan

Pada sahabat yang telah pergi meninggal SK Segari

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu


Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di tempat baru
Semoga Allah sentiasamemberkatiMu

Panjang sungguh jambatan Pulau Pinang


Sempat berhenti di Tanjung Uban
Jasa kalian tetap dikenang
Semoga diberkati diredhai Tuhan

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar beramai-


ramai.
Dijemput para hadirin berkumpul untuk sesi
bergambar

7 Jamuan Makan Kembang harum si bunga seroja


Buat hiasan penyambut tetamu
Terhidang sudah jamuan di meja
Dipersilakan semua hadirin menjamu

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN


DANHADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU
SELERA.

SEKIAN SAHAJA Majlis kita ,


SALAM HORMAT, WABILLAHI TAUFIK
WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

8 Penutup Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

                                                                                      

You might also like