You are on page 1of 7

PIC TAJUK SKRIP

Hafiz Peringatan (Yang dirai dan pentadbir tak masuk lagi)


kepada Dijemput semua tetamu mengambil tempat
tetamu masing-masing kerana majlis kita akan bermula
sebentar sahaja lagi.

Hafiz Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan


tetamu Ruzlina binti Omar dengan diiringi para
pentadbir Sekolah Kebangsaan Seksyen 9
masuk ke dewan.

Diminta para hadirin untuk berdiri bagi


mengalu-alukan ketibaan yang diraikan.

******

Hadirin, dipersilakan duduk

***** (semua duduk)


Hafiz Ucapan Bismillahir Rahmanir Rahim
Alu-aluan Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Diraikan,
Puan Ruzlina binti Omar
Penolong kanan Petang

Yang Berusaha,
Puan Anis Bt Iberahim, PPT
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9
Sekolah Berprestasi Tinggi

Yang Dihormati,
Encik Saiful Adli bin Hamdan
Guru penolong Kanan Pentadbiran

Puan Ellya binti Mohd Hilal


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Fardiana binti Mohd Rodzi


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Hafiz Seterusnya
barisan guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Hafiz Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: Al Fadhil Ustaz Muhammad Sufi bin
Tabrani. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

******(Bacaan doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Hafiz Ucapan Yang Emas tempawan buatmu puteri
Diraikan Busana indah buat rupawan
Sudilah puan yg dirai tampilkan diri
Bersama madah kata ucapan

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan yang diraikan Puan Ruzlina binti
Omar untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Hafiz **********(Ucapan tamat)

Terima kasih diucapkan kepada yang diraiikan


Puan Ruzlina binti Omar diatas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi

Seterusnya, marilah kita menonton tayangan


video yang telah disediakan.
Hafiz Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan
Persembahan Para hadirin yang dikasihi sekalian,
Multimedia
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.
Seterusnya, kita teruskan kepada ucapan
daripada wakil murid. Majlis menjemput wakil
daripada tahun 1, Audra Eleni bagi
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan wakil tahun 1


sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada


wakil tahun 2, Safiya Humaira daripada kelas
2M. Dipersilakan

Seterusnya dijemput Cikgu Adila Hani untuk


menyampaikan ucapan bagi mewakili pihak
guru pula.

Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil


yang telah menyampaikan ucapan sebentar
tadi.

Hafiz Penyampaian Yang kurik itu kendi


Hadiah Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu Bahasa,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian


hadiah sebagai tanda ingatan atas jasa dan
khidmat yang telah dicurahkan di sekolah ini.
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi Majlis
penyampaian hadiah dimulakan dengan
penyampaian hadiah kepada yang dirai, Puan
Ruzlina binti Omar. Dengan itu, dijemput Cikgu
Adila Hani ke pentas bagi menyampaikan
hadiah.

1. Para hadirin sekelian, Seterusnya adalah


penyampaian hadiah daripada para
tetamu yang merupakan sahabat handal
kepada yang diraikan (rujuk list)
2. Hadiah yang dinanti-nantikan daripada
BKG

Demikian lah tadi Majlis Penyampaian Hadiah.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang diraikan pula sudah menerima
Sesi Dijemput guru-guru untuk bergambar Bersama
bersalaman di atas pentas
Send off Hadirin yang dihormati,

Puteri santubong puteri sejenjang


Indah gemalai seni menari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Bulan mengambang bintang berkelipan
Pungguk merindu amat merawan
Andai menyinggung juga melukakan
Kumohon maaf darimu teman

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik


bahasa untuk menggambarkan beratnya hati
melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah
pun tersurat. Semoga terus Berjaya di tempat
baharu.

Hadirin yang dikasihi,

Kita sudah tiba di penghujung majlis. Diminta


semua hadirin untuk berdiri bagi bersama sama
membuat lambaian kasih kepada yang diraikan,
Puan Ruzlina.

(Tunggu dekat tengah tengah)

Goodbyes are not forever,


Goodbyes are not the end,
It simply means,
Till we meet again.

You might also like