You are on page 1of 4

 

 
KETIBAAN YANG Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan PUAN HJH PADILAH BINTI
DIRAIKAN SHAHRAN Guru Besar SK kampung Melayu Chamek merangkap Mantan
GPK Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2, CIK IDAWATI
BINTI SULIMAN dan Puan Liza Binti Syariat masuk ke dalam dewan….

   
SALUTASI Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
 
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang diraikan,

PUAN HJH PADILAH BINTI SHAHRAN


Guru Besar SK kampung Melayu Chamek merangkap
MANTAN GPK Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2

CIK IDAWATI BINTI SULIMAN.

Serta Puan Liza Binti Syariat

Yang Berusaha

Encik safie Bin Kassim,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2

Yang Dihormati

1. Pn. Hjh Siti Alawiyah Binti Ali,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2

2. Encik Ahmad Basri Bin Yaakub


Guru Penolong Kanan HEM Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood
2.

3. Puan Siti Aminah Binti Ramlan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2

4. Puan Rokiah Bt. Mohamed,


Pengerusi Kelab GASABIRU, SK Tunku Mahmood 2.

5. Pn siti noorhaslyza binti Tarno, wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Tunku Mahmood 2.

6. Dif-dif jemputan serta guru- guru dan anggota kumpulan pelaksana


sekalian

KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Alhamdulillah ...
  Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama
kita menjayakan Majlis Perpisahan 3 orang rakan kita iaitu PUAN HJH
PADILAH BINTI SHAHRAN, CIK IDAWATI BINTI SULIMAN dan Puan
Liza Binti Syariat yang telah dan akan bertugas di tempat yang baharu.

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh mereka bertiga...

BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,


 
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, saya bagi pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al- Fadhil
Ustaz Fauzan Bin Yacob untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan...

DOA

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

   
UCAPAN PENGERUSI Dinihari mengail ikan,
GASABIRU Dapat seekor ikan haruan,
Pengerusi Kelab Guru kita persilakan,
  Menyampai bicara kata ucapan.

Saya bagi pihak majlis mempersilakan Puan Rokiah binti Mohamed , selaku
Pengerusi Kelab GASABIRU SK Tunku Mahmood 2 untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan...

Ucapan

Terima kasih diucapkan..

UCAPAN GB Para tetamu yang dikasihi,

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Duhai pahlawan Kesatria pertiwi,
Hulurkan ucapan buat dirai.
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha,
Encik safie Bin Kassim, Guru Besar SK Tunku Mahmood 2 untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.....

UCAPAN

- terima kasih diucapkan

   
TAYANGAN MULTIMEDIA Para tetamu yang dihormati,

  Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
 
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
  Buat kenangan sepanjang hayat.
 
  Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan multimedia yang
telah disediakan khas untuk insan-insan yang kita raikan.... Dipersilakan....
 
 MULTIMEDIA
 
Terima kasih diucapkan... oleh Encik Abdul Razak bin Abu Bakar

UCAPAN CIK IDAWATY


Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


insan-insan yang kita raikan. Saya bagi pihak majlis ingin menjemput dan
mempersilakan Yang Diraikan CIK IDAWATI BINTI SULIMAN untuk
menyampaikan ucapan . Dipersilakan..

UCAPAN

Terima kasih diucapkan.....

UCAPAN PUAN LIZA Para tetamu yang dikasihi sekalian,

Kini sukacitanya saya bagi pihak majlis mempersilakan pula Puan Liza Binti
Syariat untuk menyampaikan ucapan.. Dipersilakan puan..

 UCAPAN HAJAH Padilah Hadirin yang dikasihi,

Seterusnya Saya bagi pihak majlis dengan berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Diraikan PUAN HJH PADILAH BINTI SHAHRAN
Guru Besar Sekolah Kebangsaan kampung Melayu Chamek merangkap
Mantan GPK Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan...

GIMIK PERASMIAN ONE Saya bagi pihak majlis mohon Puan Padilah Binti Shahran kekal di atas pentas
STOP CENTRE untuk menyempurnakan Gimik Perasmian One Stop Centre Sekolah
Kebangsaan Tunku Mahmood 2.. Dipersilakan puan....

PERASMIAN

Terima kasih diucapkan kepada Puan Padilah Binti Shahran atas kesudian
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Gimik Perasmian
One Stop Centre sebentar tadi.......
HADIAH CIK IDAWATY Burung tempua di atas dahan,
Dahan jatuh menimpa rotan,
Setiap pertemuan ada perpisahan,
Hadiah diberi tanda ingatan.

Saya bagi pihak Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Siti Aminah
Binti Ramlan GPK Kokurikulum Sk Tunku Mahmood 2 untuk menjemput dan
mengiringi Yang Diraikan Cik Idawaty Binti Suliman untuk menerima hadiah
dan cenderamata tanda ingatan. Dipersilakan.....

HADIAH PUAN LIZA Hadirin yang dikasihi..

Seterusnya, Saya bagi pihak Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan


Siti Alawiyah Binti Ali GPK Pentadbiran Sk Tunku Mahmood 2 untuk
menjemput dan mengiringi Yang Diraikan Puan Liza Binti Syariat untuk
menerima hadiah dan cenderamata tanda ingatan. Dipersilakan.....

HADIAH HAJAH Padilah Kini, Saya bagi pihak Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan
Rokiah Bt. Mohamed, Pengerusi Kelab GASABIRU, SK Tunku Mahmood 2
untuk menjemput dan mengiringi Yang Diraikan PUAN HJH PADILAH
BINTI SHAHRAN Guru Besar SK kampung Melayu Chamek merangkap
MANTAN GPK Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 untuk
menerima hadiah dan cenderamata sebagai tanda ingatan dan kenang-
kenangan. Dipersilakan.....

PENUTUP Hadirin yang dihormati,


 

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar guru- guru, staf dan dif- dif jemputan
bersama insan yang diraikan. Dengan ini semua yang terlibat diminta
mengambil tempat masing- masing selepas ini.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan PUAN HJH PADILAH BINTI SHAHRAN,
CIK IDAWATI BINTI SULIMAN dan Puan Liza Binti Syariat kerana sudi
bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar anda bertiga
ceria dan maju jaya di tempat baharu.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

JAMUAN Para tetamu dipersilakan menjamu dengan hidangan yang telah disediakan....

You might also like