You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 50/ 2023


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohamed
KETIBAAN Afiq bin Zubir, Penolong Pentadbir Tanah
VIP Daerah Kota Tinggi selaku wakil rasmi Yang Berhormat
Datin Paduka Hajah Hazlina bt Jalil, Pegawai Daerah Kota
Tinggi diiringi oleh Guru Besar serta barisan pentadbir
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang menuju ke pentas utama.
Hadirin diminta terus berdiri dan bersedia untuk
menyanyikan lagu
NYANYIAN Bangsa Johor
LAGU Dan Lagu Negaraku
*************************************************
Para hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


SALUTASI sejahtera.

Jika ada pancing di tangan,


Mari mengail ikan kerapu,
Kami menunggu datangmu tuan,
Majlis berseri bertambah mutu.

Yang Berbahagia
Encik Mohamed Afiq bin Zubir,
Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi
selaku wakil rasmi Yang Berhormat Datin Paduka Hajah
Hazlina bt Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi

Yang Dihormati
Encik Mohd Sham bin Kunji Ai
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Yang Berusaha
Encik Roslan bin Bongsu@Baba
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Yang Dihormati barisan pentadbir

Puan Sofia Aini bt Yusof


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Puan Azlina bt Mahmud
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Encik Abdul Hamid bin Ahmad


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Puan Rosidah bt Basri


Guru Penolong Kanan Petang
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Barisan guru Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Ahli


Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang,
KumpulanSokongan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang, Ibu bapa, para jemputan seterusnya hadirin sekalian.

Hadirin yang dimuliakan,

Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi,
Selamat datang hadirin dan taulan,
Tambah sempurna majlis kami.
UCAPAN ALU-
ALUAN Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana
dengan berkat kerahmatan dan keizinan-Nya dapat juga kita
berkumpul di Persada Perpaduan ini untuk menjayakan
Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
kali ke - 50 bagi sesi 2023.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan
para tetamu yang sudi hadir dalam majlis yang sangat
signifikan ini.
Mesyuarat Agong PIBG ini tidak lain menjadi medan
pertemuan dan percambahan idea, maklum balas dan
pandangan bagi meningkatkan segala macam bentuk
kemajuan untuk sekolah ini menjadi lebih terkehadapan di
masa yang akan datang.
Gosok tembaga sampai berkilat,
Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya Allah berkat,
BACAAN DOA Bersulam dengan rahim dan rahmat.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh
saudara Mohd Danish bin Husin. Majlis mempersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran dan keberkatan kepada
majlis kita pada hari ini.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,


Belikan saya kain belacu,
Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

UCAPAN Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik


GB Roslan bin Bongsu@Baba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bukit Lintang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
mempersilakan.

-Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan


yang cukup bermakna sebentar tadi.

UCAPAN YDP Para tetamu yang dihormati,


PIBG
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Yang dihormati, Encik Mohd Sham bin
Kunji Ai, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu


tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


UCAPAN
PERASMI Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berbahagia
Encik Mohamed Afiq bin Zubir, Penolong Pentadbir Tanah
Daerah Kota Tinggi selaku wakil rasmi Yang Berhormat
Datin Paduka Hajah Hazlina bt Jalil, Pegawai Daerah Kota
Tinggi untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
kali ke-50 ini. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan perasmian
sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian Lagu
Melayu Asli yang akan didendangkan oleh adik Adam
Zakuan dan Mia Azzahra. Dipersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan


nyanyian yang sungguh mengasyikkan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, persembahan


- lagu asli nyanyian lagu melayu asli sebentar tadi telah melayakkan
sekolah kita untuk ke Pertandingan Lagu Melayu Asli
peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sabah.
Semoga kejayaan menjadi milik kita.

Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan acara penyampaian cenderamata


PENYAMPAIAN kepada Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023, majlis
SIJIL/ menjemput, Yang berusaha,Encik Roslan bin Bongsu@
CENDERAMATA Baba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang untuk
KEPADA AJK mengiringi Yang Berbahagia
PIBG Encik Mohamed Afiq bin Zubir, Penolong Pentadbir Tanah
Daerah Kota Tinggi untuk menyempurnakannya. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

SIJIL AJK PIBG DAN KSIB


Penerima sijil pertama ialah…..
Seterusnya…
Majlis mempersilakan ……..
(AJK menerima sijil)

Seterusnya majlis mempersilakan Ketua KSIB Pn Fazilah bt


Abd Rahman untuk menerima cenderamata dr pihak PIBG
atas sumbangan dan bakti kepada pihak sekolah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Majlis dengan ini ingin meminta Yang Berusaha Encik
Mohamed Afiq bin Zubir, untuk terus berada di atas pentas
untuk acara seterusnya.

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Yang Dihormati En Mohd


Sham bin Kunji Ai diiringi oleh En Roslan bin Bongsu@
Baba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang untuk
Penyampaian dana menyampaikan dana dari pihak PIBG kepada Unit
PIBG Kurikulum, Unit Hem dan Unit Kokurikulum. Untuk itu
dipersilakan
1. Pn Sofia Aini bt Yusof dari Unit Kurikulum.
2. Pn Azlina bt Mahmud dari Unit HEM dan
3. En Abdul Hamid bin Ahmad dari Unit Kokurikulum

Majlis mengucapkan terim kasih atas penyampaian dana itu


tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Penyampaian Dipertua PIBG,
cenderahati En Sham bin Kunji Ai
perasmi diiringi oleh
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Encik
Roslan bin Bongsu @ Baba
Untuk menyampaikan cenderahati kepada perasmi majlis
kita pada hari
ini, Yang Berusaha Encik Mohamed Afiq bin Zubir,
Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi. sebagai
tanda kenangan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Perasmi menerima cenderahati)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
penyempurnaan acara
sebentar tadi.

Hadirin, para tetamu yang dikasihi,

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
JAMUAN/
PENUTUP Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohamed Afiq
bin Zubir, Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi,
untuk menikmati juadah yang telah disediakan di Bilik Seri
Andalas.

Untuk itu, majlis berhenti rehat seketika dan akan disambung


semula pada jam 3.30 petang. .

Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

You might also like