You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS JASAMU DIKENAG

CIKGU MUZZAMMIL BIN ABDULLAH


CIKGU BEATRICE AK SIBUAR

BIL SKRIP
KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan
TETAMU Cikgu Muzzammil Bin Abdullah
Cikgu Beatarice AK Sibuar
Dengan diiringi Guru Besar SK St John masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh


dan salam sejahtera

Yang Berusaha Cikgu Maurice Josaphat Jepun, Guru Besar SK St John


Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Guru-guru SK St
John,
Yang Dipertua PIBG serta Wakil Ibubapa.

Selamat Datang ke Majlis Jasamu Dikenang


BACAAN Bunga mawar cantik tersemat
DOA Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada malam berbahagia ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Jumari Bin Mohd

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Jumari Bin Mohd atas
bacaan doa itu tadi.
UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
GB
YDP Pergi ke kota beli selasih,
TETAMU Sayang si dara buat halwa;
DIRAIKAN Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Meneruskan majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia

Cikgu Maurice Jopsaphat Jepun Guru Besar SK St John untuk


menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Maurice Jopsaphat Jepun atas


ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan En Royston Bin


Valentine selaku Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan ucapan
beliau. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Royston Bin Valentine atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada Yang Diraikan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Cikgu


Muzzamil Bin Abdullah untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan Cikgu Muzzamil Bin Abdullah atas ucapan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu Beatrice AK Sibuar
untuk meyampaikan ucapanya. Dipersilakan.

Sekali lagi Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Cikgu Beatrice AK Sibuar atas ucapan itu
tadi.
CENDERAHATI
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
PIHAK
SEKOLAH Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Cikgu Dahlan Bin Pamuda bagi


mengiringi Guru Besar Cikgu Maurice Josaphat Jepun untuk
menyampaikan cenderahati kepada yang diraikan dari pihak sekolah.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang


Diraikan Cikgu Muzzamil Bin Abdullah untuk menerima cenderahati
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
……………Terima Kasih.
Seterusnya majlis menjemput Cikgu Beatrice untuk menerima
cenderahati kenang-kenagan.

Terima Kasih diucapkan kepada cikgu Maurice Josaphat Jepun dan


Cikgu Dahlan.
CENDERAHATI
Upacara penyampaian cenderahati diteruskan lagi bagi pihak PIBG.
PIHAK Untuk itu majlis menjemput Cikgu Jayson Bin John untuk mengiringi En
PIBG Royston Bin Valentine untuk menyampaikan cenderahati kepada yang
diraikan dari pihak PIBG SK St John.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Cikgu Muzzamil Bin


Abdullah untuk menerima cenderahati kenang-kenangan. Dipersilakan.

Seterusnya majlis menjemput Cikgu Beatrice untuk menerima


cenderahati kenang-kenagan.

Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Jayson Bin John dan En


Royston Bin Valentine.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan Cikgu Muzzamil Bin Abdullah dan Cikgu
Beatrice AK Sibuar.

PENUTUP Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan kerana sudi bersama kita pada petang
ini dan kami semua mendoakan agar Cikgu Muzzamil Bin Abdullah dan
Cikgu Beatrice AK Sibuar agar sentiasa ceria dan cemerlang di tempat
baharu.
Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like