You are on page 1of 6

TEKS MC MAJLIS BUDI DITUAI JASA DIKENANG

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Noor Azmi b Mohd Idris


Hadirin mohon berdiri

Bismillah.....
Assalamualaikum wbt

Yang berusaha Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah, Guru Besar Sek. Keb. Abdul
Samat.
Yang Diraikan En. Noor Azmi b. Mohd Idris Mantan Penolong Kanan
KoKurikulum SK Abdul Samat
Yang Dihormati En Fauzi b Ali, Yang Dipertua PIBG SK Abdul Samat
Yang Dihormati
En. Idris b Mohd Darum, Penolong Kanan Petang
Pn. Hjh Rozilah bt Hj Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran.
Tn Hj Akmal b. Bakri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
P. Noor Asmawiah bt Muhamed, Penolong Kanan P. Khas
Guru-guru dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Budi Dituai Jasa dikenang sempena persaraan En


Noor Azmi B Mohd Idris, Mantan Penolong Kanan KoKurikulum SKAS

Sirih berlipat sireh pinang


Sireh dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Majlis seterusnya menjemput Us Mohd Alauddin b. Ariaff untuk memimpin


bacaan doa, dipersilakan.
(Bacaan doa)

Budi dituai, jasamu dikenang,


Semangatmu dijulang, kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Yang Diraikan En. Noor Azmi B Mohd Idris sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan dan sebagai salah seorang
barisan pentadbir di sekolah.

Majlis seterusnya ingin menjemput En. Fauzi b. Ali, Yg Dipertua PIBG SK Abdul
Samat untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(Ucapan YDP)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin Hadirat yang dirahmati sekalian, majlis diteruskan dengan ucapan dari
Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah, Guru Besar Sekolah kebangsaan Abdul Samat .
Dipersilakan
(Ucapan GB)
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Guru Besar di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan di dalam dulang
Hari ini cikgu bersara
Jasa baik cikgu tetap dikenang

Seterusnya tibalah waktu yang dinanti-nantikan,iaitu ucapan daripada yang


diraikan En. Noor Azmi b Mohd Idris . Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Noor Azmi b. Mohd Idris atas ucapan itu tadi. Kata-kata amanat
yang disampaikan tadi akan kami pegang dan jadikan sumber inspirasi
sepanjang mengharungi liku-liku sebagai warga pendidik.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan.
Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan tapi kaki tetap
mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan.
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia
persaraan Yang diraikan En. Noor Azmi b. Mohd Idris.
(Persembahan multimedia)

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat
memberi inspirasi dan tanda ingatan buat kita semua.
Seterusnya sebagai kenang-kenangan dan hiburan untuk Yang Diraikan.
Marilah sama-sama kita saksikan pula persembahan daripada guru-guru PPKI,
Pagi dan juga Petang.
(Persembahan Guru)
Semoga persembahan yang ditonton tadi memberikan sekelumit kenangan
manis untuk dikenang buat Yang Diraikan.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan yang abadi, tanda kasih tidak bertepi, agar ingatan tak luput
di hati, buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En Noor Azmi b Mohd
Idris.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah, Guru SK Abdul Samat,
untuk mengiringi Yang Diraikan En. Noor Azmi b Mohd Idris bagi menerima
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
Kita akan mulakan penyampaian cenderamata oleh wakil pentadbir.
Dipersilakan Pn. Hjh Rozilah bt Ramli, PK Pentadbiran, En Akmal b Bakri, PK
HEM dan Pn. Noor Asmawiah bt Muhamed PK PPKI untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Diraikan, En Noor Azmi b Mohd Idris

Seterusnya majlis mempersilakan En. Fauzi b Ali, Yang Dipertua PIBG untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG SK Abdul Samat.

Seterusnya merupakan hadiah daripada Badan Kebajikan Guru dan sumbangan


individu yang terdiri daripada Pn Tuan Zalina, Pn. Riyuzi,Pn. Fatimah,Pn Vani, ,
En. Selva, Pn. Nik Nadimah, Pn. Zakma, Pn. Affida, Pn. Faraezah, En. Suhaini,
Pn. Siti Zaleha, Pn. Zurena, Pn. Sofea, Pn. Nurul Huda dan En. Hairul.
Dengan itu di jemput kepada wakilnya En Hairul Anuar b Ismail, En Suhaimi b
Jajuli dan Pn. Norhani Sumirih untuk menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan kepada yg diraikan En. Noor Azmi b Mohd Idris.

(Penyampaian cenderamata)

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan En. Noor Azmi b. Mohd Idris.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Noor Azmi b.
Mohd Idris atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Siti Aidah bt Mohd Barozah, Guru
Besar SK Abdul Samat di atas kesudian beliau mengiringi Yang Diraikan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai ke pelabuhan, umpama
berkayuh telah sampai di muara, umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pon berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi Cikgu Noorazmi jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En.
Noor Azmi b. Mohd Idris kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
bermakna ini dan kami mendoakan agar Yang Diraikan En Noor Azmi b Mohd
Idris bertambah ceria dan bahagia dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepda semua tetamu dan hadirin
yang berada di dewan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan majlis ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ribuan kemaafan andainya ada
salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Noor azmi b Mohd Idris untuk
meninggalkan majlis.
Hadirin mohon berdiri

You might also like