You are on page 1of 5

Teks MC Majlis Perpisahan Pn.

Siti Aidah bt Mohd Barozah

Mengumumkan ketibaan Yang diraikan, Pn Siti Aidah bt Mohd Barozah


Hadirin mohon berdiri
...Nyanyian lagu Negaraku
Hadirin dipersilakn duduk
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera
Yang Diraikan, Pn Siti Aidah bt Mohd Barozah

Yang Berusaha, Pn Hjh Rozilah bt Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran.


Yang Dihormati,

1) En Mahadi b Abdul Rahman, Penolong Kanan Kokurikulum.


2) Tuan Hj Akmal b. Bakri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
3) En. Idris b. Darum, Penolong Kanan Petang.
4) Pn. Noor Asmawiah bt Muhamed, Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Hadirin yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke : Majlis Lambaian Kasih, Sedetik Bersama, Seribu Kenangan Tercipta.
Majlis ini diadakan khusus untuk menitip sedikit kenangan manis buat Pn. Siti Aidah bt Mohd
Barozah yang bertukar setara ke SK (P) Bukit Kuda.

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz Bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd
Alauddin b Ariaff.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin.. Ya Rabbal Alamin
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Alauddin b Ariaff di atas bacaan doa itu tadi.

Bukan keris tanpa ulunya,


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
berusaha, Pn. Hjh Rozilah bt Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hjh Rozilah bt Ramli di atas ucapan itu
tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia, En. Mohd Fauzi b Ali, YDP PIBG
SK Abdul Samat untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fauzi b Ali.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan, iaitu ucapan daripada yang diraikan pada
hari ini. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah.
Majlis menjemput Yang Diraikan, Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah untuk duduk di atas
pelamin yang disediakan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diraikan, Pn.
Siti Aidah bt Mohd Barozah atas ucapan itu tadi.

Sudah biasa kita dengari,


Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama guru yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di tempat yang baru
Semoga Allah sentiasa memberkatimu

Seterusnya, marilah kita sama-sama menonton persembahan multimedia yang telah


disediakan buat insan yang diraikan pada hari ini.
Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena majlis
perpisahan buat yang diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat menjadi
sumber inspirasi dan tanda ingatan buat kita semua.
Seterusnya sebagai hiburan untuk Yang Diraikan. Marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan dari murid-murid dan Guru-guru SK Abdul Samat.
Semoga persembahan yang ditonton tadi memberikan kenangan manis buat Yang Diraikan.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah.
“Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput Yang Berusaha,
____________________________ bagi mengiringi Yang diraikan, Pn. Siti Aidah bt Mohd
Barozah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Dengan itu, dipersilakan ___________________________ untuk menyampaikan
cenderamata bagi pihak ____________________________________
.....................................
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang
Diraikan Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Siti Aidah bt Mohd
Barozah atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih kepada _________________ dan semua penyampai di atas kesudian
mengiringi dan menyampaikan cenderamata.
Sang Kancil di celah jerami
Melarikan diri di balik titi
Walaupun kecil pemberian kami
Moga menjadi kenangan di hati

Hadirin yang dirahmati...

Kini majlis sudah tiba ke penghujungnya,


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang
diraikan Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah kerana sudi bersama kita pada hari ini dan kami
semua mendoakan agar Pn Siti Aidah terus sukses dan ceria di tempat baru.

Saya selaku pengacara majlis ingin memohon jutaan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Sekian, Salam Hormat, Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.
Bismillah….. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Yang Diraikan, Pn Siti Aidah bt Mohd Barozah

Yang Dihormati En Fauzi b Ali, Yang Dipertua PIBG SK Abdul Samat


Yang Berusaha, Pn Hjh Rozilah bt Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang Dihormati,

5) En Mahadi b Abdul Rahman, Penolong Kanan Kokurikulum.


6) Tuan Hj Akmal b. Bakri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
7) En. Idris b. Darum, Penolong Kanan Petang.
8) Pn. Noor Asmawiah bt Muhamed, Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat illahi kerana dengan izinnya dapat kita
dipertemukan kembali pada hari ini dalam Majlis perpisahan Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah
yang bertukar setara ke SK (P) Bukit Kuda.
Daun layu di tengah gurun
Nampak Jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun dimula pembuka bicara

Tanpa membuang masa, dijemput Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah untuk menitip sedikit
pesanan dan amanat buat warga SK Abdul Samat yang dikasihi.
>>>>>>>
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Siti Aidah bt Mohd Barozah di atas ucapan yang amat
bermakna itu tadi. Semoga pesanan dan amanat yang diberikan kekal tersemat di dalam
ingatan dan sanubari seluruh warga SK Abdul Samat.
Sekian, Salam Hormat, Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

You might also like