You are on page 1of 4

MAJLIS PERSARAAN

Bismillah………. Alham dulilliah.....

1. Yang berusaha Tn Pengetua SMT DSMZ, Pn Hjh Semah Bt Mohd Noh 


2. Yang diraikan En Ismail B Mohamad dan Pn Hamidah Bt Mohammad 
3. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah
4. En Abd Aziz B Abu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Guru-guru Kanan Bidang, 
7. Guru-guru cemerlang
8. Barisan guru mithali smt dsmz, 
9. Dan para pelajar yang dikasihi lagi dirahmati sekelian

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En Ismail B Mohamad DAN
MAJLIS PERPIndahan Pn Hamidah Bt Mohammad. 

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Duduk bersama satu tujuan


Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon tuhan
Semoga Majlis peroleh keberkat

Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis mempersilakan
Uz. Jaini Bin Saiman untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Bacaan Doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

*********************************************************************************************************
****
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin
Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.

Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian

Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en ismail b mohamad di
perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini, beliau merupakan seorang staf sokongan
sekolah yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun nov 1978. Bapa kepada 3 orang
anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta Pn Ani Bt mat jan ini sangat
penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun
sewaktu menabur keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala
jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah
sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam. 

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Hadirin yang di hormati sekelian,

Warga teknik md zin juga bakal kehilangan seorang lagi staf sekolah berikutan
perpindahannya di atas kenaikkan pangkat. Pn hamidah mohd telah pun berhijrah di SMK
Durian Tunggal. Majlis dengan sukacitanya merakamkan sekalung tahniah di atas
penghijrahan puan. Ibu kepada 8 orang anak ini merupakan insan yang sentiasa di senangi
oleh warga teknik berikutan sifatnya yang penyayang dan bertanggungjawab tinggi terhadap
tugas. Hasil sokongan padu suami tercinta en saat b bakar, menjadikan pn hamidah
menyahut cabaran untuk menjawat tugas lain yang lebih mencabar. Warga teknik dengan
sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa bakti yang dicurahkan selama
hampir 20 di perkampungan teknik md zin ini. 
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi puan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di
dalam lipatan sejarah kalian berdua.

Warga dewan yang di rahmati sekelian,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua


SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. 
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengetua*************************************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ
Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Yang berusaha dan hadirin sekelian

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en ismail b mohamad untuk
memberikan ucapan, dipersilakan
*********************************************************************************************************
****
Terima kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Inderagiri pasirnya lumat,


Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan tuan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,


Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk memberikan
ucapan.
Majlis mempersilakan....
*********************************************************************************************************
****
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah memberikan ucapan

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata 

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Warga dewan yang dikasihi,

Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ , Pihak majlis sukacita
dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis
mempersilakan dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin
Hussein untuk menjemput dan mengiringi en ismail b mohamad untuk menerima hadiah dan
cenderamata. 
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...

*********************************************************************************************************
****
Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk


menerima tanda kasih dari kami warga teknik datuk seri mohd zin, dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua dan pn hamidah
atas penyempunaan pemberian hadiah sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,

Ada pasang ada surutnya


Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya


Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula
hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua
warga teknik datuk seri mohd zin yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga
secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf
jua dipinta.

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,


BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI

Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan tetamu kehormat untuk mengiringi
yang dirai En ismail dan pn hamidah ke bangunan bulat bagi menyempurnakan perarakan
beramai-ramai menaiki Jeep Khas ke pintu hadapan pagar sekolah untuk lambaian terakhir,
majlis dipersilakan. 
Para Pelajar di minta berdiri

You might also like