You are on page 1of 10

SUKAN TAHUNAN SK LKTP TERSANG 3

2016.
Teks Ucapan Juruacara: 1. Pn. ZURAIDA 2.Pn. NORSYUHADA

Bil Perkara MC
1 Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia, En Muhammad b. Mat Ali
Pengurus Felda Tersang 3,

Perarakan masuk tetamu kehormat dengan diiringi En Hassim b. Othman Guru Besar
SK LKTP TERSANG 3, En Jamaluddin b. Omar, YDP PIBG SK LKTP Tersang 3 dan
guru-guru penolong kanan SK LKTP TERSANG 3. Majlis mempersilakan dif jemputan
ke khemah tetamu .

2 Ucapan Alu-aluan

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum wrt wbkth dan salam 1 Malaysia .

1.Yang Berbahagia, En Muhammad b. Mat Ali


Pengurus Felda Tersang 3

2.Yang Berusaha , En. Hassim B. Othman


Guru Besar SK LKTP Tersang 3

3.Yang Berusaha En Jamaluddin b. Omar


Yang Dipertua PIBG SK LKTP TERSANG 3

4.En. Saberi B. Mustafa,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5.En. Ahmad Shahrolnizam B. Mat Rejab,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

AJK PIBG, guru-guru dan staff, tuan-tuan dan puan-puan seterusnya


murid-murid SK LKTP TERSANG 3 yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 24


SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG 3, 2016.
Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan yang hadir
memeriahkan lagi Kejohanan Balapan dan Padang SK LKTP TERSANG 3.
Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu kepada
kami warga Sekolah. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Hadirin yang dihormati,


3.
Tema kejohanan pada kali ini ialah 1 Murid 1 Sukan Pemangkin Kecemerlangan.

Marilah kita saksikan perarakan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan yang akan
mengambil bahagian dalam KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG pada kali ini.

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah pagi ini akan membuka tirai dengan acara
perbarisan masuk dan lintas hormat oleh kontinjen-kontijen dari rumah sukan iaitu
Kontigen Bendera Kejohanan Rumah Sukan, Kontigen Pendidikan Khas, Rumah
Biru (Mat Kilau), Rumah Merah (Dato Bahaman),Rumah Hijau( Tok Gajah) dan
Rumah Kuning(Tun Teja) .

ACARA PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT RUMAH SUKAN

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Hassim b Othman, Guru Besar SK


LKTP TERSANG 3 mengiringi Yang Berbahagia En. Muhammad b. Mat Ali ,Pengurus
4. Felda Tersang 3 untuk menerima lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen yang
mengambil bahagian.

Dipersilakan.
***********************************************************************
*************

Hadirin sekalian, pada Kejohanan ini juga, kita akan menyaksikan rumah-rumah sukan
yang mengambil bahagian, mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing
dalam Perbarisan Lintas Hormat.

HADIRIN SEKALIAN:

Acara Pembukaan Rasmi Kejohanan diketuai oleh kontigen bendera kejohanan.


KONTINJEN pembawa Bendera Kejohanan yang di ketuai oleh adik Muhammad Hafiz
Aiman. Seramai 4 orang pembawa bendera kejohanan sedang berarak masuk untuk
memberi lintas hormat. Pembawa bendera kontigen terdiri daripada adik zulshahmi,
Ammar Shafik, Ikmal dan Nazmi.

Seterusnya perarakan MASUK kontingen-kontingen ahli Rumah Sukan yang terdiri


daripada:

5. Anak Istimewa senyum tertawa


Berlari kesini kesana penuh gembira
Mari semua semaikan cinta
Mereka sebahagian insan di dunia.

Kontigen sukan pertama membawa tema warna oren berilustrasikan watak putera
puteri istana mereka terdiri daripada 9 org anak-anak istimewa SK LKTP Tersang
3… Kontigen ini diketuai oleh adik Anuar B. Zainal. Kontijen dari Pendidikan khas
ini dibawah bimbingan:

1. Pn Suzana
2. Pn. Norsyuhada
3. Pn Izzati
4. Pn Umi Soleha

Motto mereka tahun ini…anda boleh, kami pun boleh..mereka hebat , kami pun hebat
…redah ajerr….

Perarakan masuk Kontijen seterusnya rumah Biru, yang dikenali sebagai Mat Kilau.
Rumah Biru bertemakan chelsea….yang diketuai oleh adik Ahmad Hazwani B.
Abdullah. Mat Kilau Berkilau Chelsea 2x….adalah motto pada tahun ini. Kontijen
Rumah Biru di bawah bimbingan guru :
6.
1. En. Zulkifli
2. En Badrul
3. Pn Awien
4. Cik Rozita
5. Pn Norhayani
6. Pn Hamidah
7. Pn. Ct Maryani
8. En. Nazih

Rumah Biru………berombak Pantang Berganjak………………..

***********************************************************************
**********

Merah menyala panas membara KONTINJEN RUMAH MERAH melangkah gagah


yang juga dikenali sebagai Dato’ Bahaman, Bertemakan ala-ala Cowboy…Merah
Berbisa,kuat dan perkasa. Diketuai oleh adik Nizamudin b. Nasir dan Maskot rumah
7.
MERAH adalah adik AIMAN yang berpakaian lengkap persis cowboy dr Mexico…
Dengan motto Merah Terus Membara pantang menyerah kalah….

Hadirin sekalian ..
Rumah Merah ini dibawah bimbingan guru :

1. En Azhar
2. Pn Yusniza
3. Pn. Hasmawati
4. Pn Munirah
5. Pn. Norsyuhada
6. Pn Izzati
7. Pn Umi Soleha
8. En. Hadisham

Itulah formasi dari rumah merah..adakah benar merah menjuarai kejohanan kali ini…
tungguuuuuu

Perarakan masuk Kontinjen Rumah Hijau . Rumah Hijau juga dikenali sebagai Rumah
Tok Gajah ...melangkah penuh gaya….untuk membuat lintas hormat, dengan bertemakan
Robocar poli terus maju dan motto rumah hijau Robocar poli terus maju …kontijen ini
diketuai oleh adik Adib dan dibawah bimbingan :
8.

1. En Zamran
2. En Rosmadi
3. Pn Rohani
4. Pn Suhaila
5. Pn. Norhusna
6. Pn Zuraida
7. Pn. Noraini
8. Cik Asyikin
rumah hijau…segar sentiasa mekar!!!!

***********************************************************************
*************

Seterusnya Perarakan masuk kontinjen terakhir dari rumah kuning melangkah masuk
untuk meneruskan perarakan. Diketuai oleh adik Khairi Yusra B. Borhan. Motto rumah
kuning pada tahun ini ialah Semangat Membara Menuju Puncak….Pikachuuuu... Rumah
Kuning ini juga di kenali juga sebagai TUN TEJA, dan tema Rumah Kuning pada tahun
ini ialah Pikachuu..
9. Rumah Kuning ini dibimbing oleh:

1. En Shahril
2. Yang Mulia Tengku
3. Pn Aslinda
4. Pn Radhiah
5. Pn Sarbanun
6. Pn Norazilah
7. Pn. Suzana
8. Pn. Faradilla

kuning bersemangat waja!!!!!

10. Tahniah kepada semua Rumah Sukan yang telah memberikan persembahan yang
menarik dalam acara perbarisan sebentar tadi..........

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yg Berbahagia


En .Muhammad b. Mat Ali,
Pen Pengurus Felda Tersang 3, atas kesudian beliau untuk menerima tabik hormat
perbarisan daripada Rumah Sukan sebentar tadi..

***********************************************************************
**********
11.
Bacaan Doa

Tetak buluh kajang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.

Hadirin yang dihormati.


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini..
Majlis dengan sukacita mempersilakan adik Akmal Halim B. Suhaimin bagi mengetuai
bacaan doa.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

12. Nyanyian Lagu

Dirgahayu tanahairku. Bersatu di bawah naungan Duli Tuanku.


Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu Sekolah
Hadirin diminta berdiri

*Hadirin dipersilakan duduk

13. Menaikkan Bendera Kejohanan

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan yang akan
disempurnakan oleh adik Muhammad Zulsyahmi B Zulkifli.

*Demikian lah tadi berakhirnya upacara menaikkan bendera kejohanan sebentar tadi.

14. Bacaan ikrar

Hadirin sekalian,
Kejohanan sukan tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar
kejohanan yang akan diketuai oleh adik Muhammad Hafiz Aiman.
Bacaan ini akan diiringi oleh pembawa bendera rumah sukan.

Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda


komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.

15. UCAPAN YDP PIBG

Seterusnya sebagai pembuka majlis, dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan


Yang Berusaha En Jamaluddin Omar, sek Yang Dipertua PIBG SK LKTP TERSANG 3
untuk memberikan ucapan.

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi

Semoga PIBG sk lktp tersang 3 terus membantu pihak sekolah dalam usaha kita
merencanakan pelbagai aktiviti dan program demi kecemerlangan anak-anak Felda kita
sendiri.
16. UCAPAN GURU BESAR

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Besar En.Hassim B. Othman Guru
Besar SK LKTP Tersang 3
Bagi Menyampaikan Ucapan Sempena kejohanan Balapan dan Padang kali ke 24.Dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih

17. UCAPAN TETAMU KEHORMAT


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan daripada Tetamu
Yang DIjemput Khas. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput :

Yang Berbahagia En Muhammad b. Mat Ali


Pengurus Felda Tersang 3

untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan
Padang SK LKTP TERSANG 3 Kali Ke 24.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ucapan perasmian itu tadi.


18. (VIP duduk dulu)

***********************************************************************
***********
Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
bermula awal pagi tadi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.Hassim B. Othman mengiringi En


Muhammad b. Mat Ali untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

Dipersilakan Pemenang bagi acara Sukaneka Pendidikan Khas.

1.Acara Baling Bola Dalam Bakul

Tempat 3
Naib Johan
Johan

2. Acara Lari Berhalangan

Naib Johan
Johan

3. Acara 4x 200 m Lelaki A

Tempat ke 4
Tempat ke 3
Naib Johan
Johan
4. Acara 4x200m Perempuan A

Tempat ke 4
Tempat ke 3
Naib Johan
Johan

5. Acara 4x50 Lelaki C

Tempat ke 4
Tempat ke 3
Naib Johan
Johan

6. Acara 4x50 Perempuan C

Tempat ke 4
Tempat ke 3
Naib Johan
Johan

Tahniah kepada pemenang…………………..

[CABUTAN BERTUAH]

Seterusnya yang dijanjikan haruslah ditepati…majlis mempersilakan En.


Muhammad b. Mat Ali untuk membuat cabutan bertuah. Sebanyak 10 Nombor
yang kami perlukan.

Terima kasih kepada En Muhammad B. Mat Ali dan Tn Guru Besar di atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan dan pemenang cabutan
bertuah……….

Majlis mempersilakan En Hassim B Othman, Guru Besar SK LKTP Tersang 3 untuk


menyampaikan cenderahati kepada Yg Berbahagia En .Muhammad B. Mat Ali
Pengurus Felda Tersang 3,
Sebagai tanda terima kasih di atas kesudian beliau merasmikan majlis kejohanan
Balapan Dan Padang ke-24 SK LKTP TERSANG 3.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar
tadi.

Sirih tuan terselit dijari


Ingin kucecah kapur di gagang
Kesudian tuan hadir ke mari
Kejohanan yang indah tambah gemilang…
Majlis merakamkan ribuan terima kasih

19. PERBARISAN KELUAR KONTIJEN

Hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan menyaksikan perbarisan keluar kontijen rumah sukan.

Untuk makluman semua selepas ini acara balapan akan diadakan


Pegawai-pegawai sukan yang terlibat diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan
perjalanan acara dan diminta para atlet bersedia……..

REHAT

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Pelbagai gerai sudah tersedia
Ucapan kami selamat menjamu selera

Kepada murid-murid dan penjaga bolehlah berkunjung sambil berbelanja ke gerai-gerai


yang terdapat di sekitar padang ini..macam-macam ada ye kak ida antaranya apa juadah
yang ada kak ida?

ACARA SUKAN DISAMBUNG

Hadirin sekalian

Acara sukan akan diteruskan lagi dengan acara-acara berikut

16 Upacara Penutup

Dengan berakhirnya acara ___________sebentar tadi maka sampailah kita ke


kemuncak majlis…bagi mengumumkan rumah sukan mana yang menjadi juara.. diminta
para pelajar mengambil kedudukan di rumah sukan masing-masing dan berhimpun di
hadapan Khemah utama..diminta guru-guru rumah sukan memberi kerjasama.

Hadirin yang dihormati,


17 Upacara Penyampaian hadiah

Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah kepada Para pemenang .
……………………………………………………………………………………………
……

Majlis dengan sukacitanya menjemput ______________________________


untuk menyampaikan hadiah.

TEMPAT KETIGA
/KEDUA/
JOHAN RUMAH SUKAN

Penutup

Adat nan baharu berubah-ubah


Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Akhir kata dari kami berdua,


Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan
“Majulah Sukan SK LKTP TERSANG 3 Cergas Sentiasa Menuju Kegemilangan”

TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.


HIP-HIP…..HOORAY 3X

Wabillahitaufik wslmk wrt

You might also like