You are on page 1of 18

■ BIL 5 TAHUN 1 ■ OKTOBER 2009 ■ RM 1.19 SEMENANJUNG ■ RM 1.

69 SABAH/SARAWAK

P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K

REVOLUSI
M E N G I K A T T A L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N

■ PERAYAAN DALAM SUASANA AMAN DAN HARMONI


UCAPAN AIDILFITRI 2009
Assalammualaikum w.b.r….

Di hari yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk


mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Ahli
KELUARAN
RASMI ANSARA ANSARA Cawangan Kem Terendak bagi tahun 2009 ini. Di-
TERENDAK 2009 doakan semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dan kere-
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
ANSARA TERENDAK daan ALLAH Yang Maha Esa dalam kita mengharungi ke-
©2009 All Rights Reserved.
hidupan ini. Bersyukurlah kita kerana masih berada dalam sua-
sana aman dan harmoni dalam menyambut kedatangan Aidilfitri
atas semangat perpaduan dan toleransi semua kaum di Negara ini.
Keutuhan Negara dibawah pimpinan kerajaan yang mendahulukan rakyat membolehkan
TAHUKAH
ANDA?
semangat perayaan ini disambut bukan sahaja oleh masyarakat Melayu, tetapi seluruh

MRSM Terendak kaum dalam semangat 1 MALAYSIA. Namun dalam suasana gembira, jangan sesekali
telah dirasmikan oleh
kita lupa pada insan-insan yag kurang bernasib baik, mudah-mudahan mereka mendapat
Y.A.B Tun Ghafar
Baba pada tahun 1993 perlindungan ALLAH S.W.T. Pesanan saya agar semua jaga diri, berhati-hati di jalan-
yang pada waktu itu
merupakan Timbalan raya, dan semarakkan lagi Aidilfitri ini dengan kasih sayang, dan percayalah, tiada yang
Perdana Menteri Ma-
laysia. lebih indah selain menanti kedatangan 1 Syawal yang penuh berkat ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…

DATO’ RAZALI HJ IBRAHIM


PRESIDEN
PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM CAWANGAN TERENDAK

PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM CAWANGAN TERENDAK (ppm/mel 366/93-11)


No 231, Lorong Maarof . Off Jalan Maarof, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia

ansara_terendak@yahoo.com www.extdk.net www.facebook.com/ansaraterendak


PENDIDIKAN
MAJLIS PENUTUP PROGRAM MUSTIKA 2009

Oleh Md Rizuan Md Hamid dalam menjayakan program ini. fullah bin Jaslenda.

P
Program Mustika ini telah Majlis ini dihoskan oleh Sau-
menarik penyertaan dari seramai 30 dara Hafizul Hashimi bin Ismail ma-
orang sukarelawan Terendakian. nakala ucapan penutup telah disam-
ada 19 Ogos 2009, Biro Yang lebih menarik, program ini juga paikan oleh wakil Ansara Terendak
Pendidikan & Professionalisme An- telah menarik minat 10 orang sukare- iaitu saudara Iskandar Syahril bin
sara Terendak dengan kerjasama Se- lawan bukan bekas pelajar MRSM Ibrahim Syukri. Puan Guru Besar dan
kolah Kebangsaan Taman Melawati 2, Terendak. Satu petanda baik yang Tuan Pengerusi PIBG SK Taman Me-
Kuala Lumpur telah mengadakan Ma- menandakan program anjuran Ansara lawati 2 juga masing-masing mem-
jlis Penutup Program Mustika bertem- Terendak juga mendapat perhatian berikan ucapan dan berterima kasih
pat di ruang legar Kantin SK Taman masyarakat. Secara purata, seramai 10 kepada semua yang menjayakan pro-
Melawati 2. sukarelawan dan 20 pelajar hadir gram ini. Majlis ini juga disempurna-
setiap kali Program Mustika diadakan, kan dengan bacaan doa selamat oleh
Majlis Penutup ini diadakan suatu nisbah yang bagus dalam me- Saudara Fairuz bin Mohamad.
sempena kelangsungan Program mastikan keberkesanan program ini.
Mustika yang diadakan setiap Selasa Bagi pihak Biro Pendidikan dan Pro-
& Rabu pada jam 8.00 sehingga 10.00 Program ini juga telah men- fessionalisme, kami mengucapkan
malam sejak 16 Jun sehingga 18 Ogos dapat sumbangan berunsurkan wang, jutaan terima kasih kepada semua
2009. Program Mustika di adakan makanan kesihatan, kit alat tulis dan t- sukarelawan dan para penaja yang
untuk membantu 30 orang pelajar shirt dari 4 orang penaja. Tidak lupa telah memberikan sumbangan dan
Darjah 6 SK Taman Melawati 2 yang juga kepada mereka yang men- membantu sedaya upaya mereka
kurang berkemampuan untuk yediakan juadah makanan sewaktu dalam menjayakan program Mustika
menghadiri kelas tusyen berbayar. majlis penutup Mustika dan mereka ini. Kami memohon maaf di atas
Program ini telah berlangsung selama yang menyumbangkan masa dan segala kekurangan yang ada sepan-
10 minggu. tenaga sebagai sukarelawan. Semoga jang program ini berlangsung, dan
jasa bakti mereka diberkati dan dirah- akan melakukan segala penambahbai-
Program berunsurkan konsep mati yang maha Esa. kan selagi perlu untuk program-
‘Coaching’ ini diharap dapat mem- program yang akan datang. Semoga
bantu mereka bersiap sedia dalam Majlis Penutup Program program sebegini mendapat sambutan
menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Mustika 2009 yang lalu telah dihadiri yang lebih menggalakkan untuk tahun
Rendah yang telah berlangsung pada oleh Guru Besar SK Taman Melawati depan, yang mungkin akan berlang-
8 Sepetember 2009 yang lalu. Para 2 iaitu Puan Ruhayah Bt. Abdul Rah- sung pada masa dan hari yang sama
pelajar akan dipantau tahap pemaha- man, Pengerusi PIGB SK Taman Me- seperti tahun ini, yang akan ditetap-
man dan penguasaan mereka bagi lawati 2 iaitu En. Badrul Hisham bin kan kelak.
subjek Matematik dan Bahasa Ing- Yaakob, 30 orang sukarelawan dan 27
geris melalui latihan bersunsurkan orang peserta/ pelajar Program
ujian selaras yang diberikan pada Mustika. Sesuatu yang sangat ironi
setiap kali kelas, agar pendekatan apabila jumlah sukarelawan didapati
yang bersesuaian dapat diberikan melebihi jumlah pelajar yang hadir.
dalam usaha meningkatkan prestasi
mereka. Soalan berbentuk latihan Sebelum majlis penutup,
adalah mengikut piawaian USPR se- para pelajar telah diberikan sedikit
masa. Pn. Hanisah binti Othman dari ucapan semangat dan galakan dari
SK Taman Melawati 2 ialah orang para sukarelawan. Mereka juga di-
penting dalam pemilihan pelajar dan minta membacakan ikrar yang di-
sebagai penyelaras dari pihak sekolah karang oleh saudara Mohamad Qaisy-
PENDIDIKAN
SENARAI SUKARELAWAN, DERMAWAN DAN PESERTA
Oleh Qaisyfullah Jaslenda 37. Norashimah Abu Seman 29. Nur Rafhana binti Roslan
38. Malinda Binti Md Nor Afiq Amiruddin bin Muhammad Farid
Senarai Sukarelawan Mustika 2009 39. Asmahani Bt Awang
Mohd Norshahril Jailani Senarai Penaja Mustika 2009
1. Md Ridzuan Bin Md Hamid
2. Mohamad Qaisyfullah Bin Jaslenda Senarai Peserta Mustika 2009 1. Shazlien Nazliela Hussein
3. Sharifah Sharina Bt Syed Aswad 2. Mohd Nazri Borhanuddin
4. Hafizzul Hashimi Bin Ismail 1. Bakhtiar Aliff Nur Hayqqal bin Bak- 3. Muhammad Mohsien Jamaluddin
5. Muhd Firdaus Mahmud b Roslan htiar Kasuma Indra 4. Khairul Naeim b Khalip
6. Julia bt Idris 2. Muhammadd Amirul Amin b Roma- 5. Sharifah Sharina Bt Syed Aswad
dza 6.
7. Nur Izzati bt Zainuddin Dani bin Daud
3. Muhammad Azmirul Afzanee b 7.
8. Muhd Khairil Zhafri bin Mohd
Iasaazhar
Azryll Iskandar bin Abdullah
Hariri Aina Syahirah binti Mohd Sidik
4. Muhamad Kammil Haqimmin b
9. Mohd Nazri bin Borhanuddin Aminuddin Ikrar Program Mustika 2009
10. Syarifah Maisarah Bt Syed Osman 5. Mohamad Fariq bin Abdul Ghani
11. Fairuz bin Mohamad 6. Muhammad Sufi bin Ansari MAKA KAMI, CALON UPSR,
12. Mastura Abd Rahim 7. Nur Amira binti Mohamad Razali PROGRAM MUSTIKA,
13. Nasrul Naim Mohamad 8. Nurfarhah Wafa' binti Mohammad
BERJANJI DAN BERIKRAR,
14. Azra Rizal bin Noor Azman Ali
AKAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA
KAMI,
15. Maimunah Kamaruddin 9. Nur Sa'adah binti Mohd Saidfudin DAN MENGGUNAKAN SEGALA
16. Azryll Iskandar bin Abdullah 10. Nurainani binti Asari AJARAN,
17. Mohd Nazri Norizan 11. Nur Amirah Nabilah binti Ramlan YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA
18. Dani bin Daud 12. Megat Syahmmie b Shahrin KAMI,
19. Noorlydia Bt Ahmad 13. Muhammad Shahrizan Ashraf bin
DENGAN SEBAIKNYA.
20. Lailatul Hajariah Bt Ahmad Rosli Tajudin KAMI BERJANJI,
21. Eleanor Daniella Bt Lokman 14. Afiq bin Azri AKAN MENUMPUKAN,
22. Siti Masayu bt Yahaya 15. Muhammad Dzulfiqar Rahman bin SEGALA PERHATIAN KAMI,
23. Mohamd Zakwan bin Abd Razak Erwan UNTUK MENGEJAR CITA-CITA KAMI,
24. Siti Nurfairuz binti Mohd Fathir 16. Wan Zharif b Abdul Manaf DAN MENJADI PELAJAR YANG CE-
17. Muhammad Haziq bin Md Izhar MERLANG,
25. Mohd Shahidan bin Nordin SUPAYA DAPAT MENGHARUMKAN,
26. Kamarul bin Ahmad 18. Muhammad Syafiq bin Muhamad NAMA IBU BAPA KAMI,
27. Madhi bin Abdul Hamid 19. Nurfatin Najiha binti Abdul Rahim GURU-GURU KAMI,
28. Mohd Azahadi bin Omar 20. Siti Syairah binti Mat Salleh DAN SEKOLAH KAMI.
29. Iskandar Syahril bin Ibrahim Syukri 21. Nor Anis Musfirah binti Zakaria
22. Norfatihatul Izzati binti Mat Nawi KAMI JUGA BERJANJI,
30. Nurfiza Emilina binti Hamzah AKAN TERUS MENIMBA ILMU,
31. Noorsuriaty binti Othman 23. Muhammad Radhi bin Rohaizat WALAU DIMANA JUA KAMI BERADA,
32. Siti Soleha Zaffan binti Tajuludin 24. Abdul Matin bin Zulkiflee UNTUK AGAMA,
33. Khairul Asri bin Ahmad 25. Amirah binti Mohamed Ikbal BANGSA DAN NEGARA.
34. Sayidah Siti Aminah Ghazali 26. Nur Farah Izzati binti Zuhairi
27. Aina Syahirah binti Mohd Sidik Ciptaan: Qaisy Jaslenda
35. Muhammad Burhan Din
36. Ruhann Bin Supian 28. Nur Amirasahira binti Romadza
PENDIDIKAN
GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENUTUP MUSTIKA 2009

Rakaman video majlis boleh ditonton di www.youtube.com/ansaraterendak


SUKAN & REKREASI
PERSEDIAAN PROGRAM TERENDAKIAN@KUALA GANDAH
Oleh: Mohd Huzairi Bin Zulkefli

P rogram rekreasi sulung anjuran Biro Sukan & Rekreasi untuk tahun
2009 ini membawa Terendakian ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary
yang terletak di Pahang. Selain bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim
antara Terendakian pelbagai batch, program ini juga memberikan ruang kepada
Terendakian untuk berbakti kepada alam sekitar. Wang sumbangan telah di-
kumpul melalui yuran penyertaan dan sumbangan peribadi untuk digunakan
bagi membeli keperluan gajah-gajah di sana yang dalam rawatan. Antara
keperluan yang bakal dibawa oleh delegasi Terendakian pada 1 November
2009 ini ialah susu Dumex Dulac, Dumex Dupro dan Anlene Gold.

Seramai 70 orang Terendakian, keluarga dan rakan dijangka akan berkumpul di stesen BHP pada 1 Novem-
ber ini jam 9.00 pagi untuk sesi taklimat sebelum berkonvoi ke Lanchang. Wang sumbangan yang berjaya
dikumpul setakat ini ialah RM350 dan khabarnya ada lagi wang sumbangan yang akan masuk sebelum pro-
gram tersebut bermula.

Semoga dengan usaha ini, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar yang semakin diancam kepu-
pusan akan dapat diteruskan. Nantikan laporan penuh dalam BAT edisi 6 nanti.

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP ANSARA TERENDAK


Oleh: Mohd Affendy bin Abu Kassaim

P ertandingan Futsal Tertutup Ansara Terendak yang julung kali diadakan pada bulan November kini rancak men-
jalankan persiapan. Sebanyak 8 pasukan telah pun mendaftar untuk menyahut cabaran ini. Antaranya ialah pasu-
kan daripada batch SPM 87, SPM 98, SPM 99, SPM 94, SPM 92, SPM 95, SPM 96 dan SPM 2002. Bagi batch lain
yang berminat nak hantar pasukan, sila hubungi urusetia pertandingan iaitu saudara Huzairi di talian 017-353 2676.

Melalui intipan BAT, sudah ada pasukan yang kini rancak menyusun strategi dan melakukan latihan mingguan. Malah
ada juga ura-ura kedengaran pasukan yang cuba membeli pemain import handalan. Syarat utama penyertaan ialah hanya
dua orang pemain import sahaja yang dibenarkan.

Kepada pasukan yang akan bertanding, semoga berjaya. Kepada batch yang belum menghantar pasukan, lakukannya
dengan segera sebelum tarikh pendaftaran tamat.
KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN INSAN
Oleh: Mastura Abdul Rahim

B ersempena dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Peperiksaan Menengah


Rendah, MRSM Terendak telah mengadakan acara menyembelih lembu pada 2
Oktober 2009 manakala program Solat Hajat dan Doa Restu pula diadakan pada 3 Oktober
2009 seperti tahun-tahun sebelumnya. Acara menyembelih lembu dikoordinasikan oleh
Ustaz Wahab dan pihak pengurusan maktab. Pada tahun ini, seekor lembu telah dider-
makan oleh bekas pelajar MRSM Terendak iaitu Shazlien Nazliela Hussein (SPM 91).
Lembu yg telah didermakan kepada pihak maktab diuruskan sepenuhnya oleh pihak mak-
tab termasuk urusan penyembelihan dan penyediaan sup tulang.

Acara penyembelihan bermula pada pagi Jumaat dengan dihadiri oleh ahli jawatankuasa
program dari maktab dan turut dihadiri oleh wakil Ansara Terendak iaitu Shazlien dan
Sharifah Sharina Syed Aswad. Selesai acara penyembelihan, acara rewang pula menyusul selepas waktu Solat Jumaat
dengan dihadiri oleh para pelajar dan staff MRSM Terendak. Acara rewang ini adalah untuk menyediakan bahan-
bahan masakan dan melapah daging untuk masakan sup tulang. Acara ini juga telah dilakukan pada tahun-tahun sebe-
lumnya dan dapat mengeratkan silaturrahim di samping meningkatkan semangat kerjasama sesama pelajar. Selepas
solat maghrib dan isya’ di surau, para pelajar dan staff MRSM Terendak berkumpul di Teres Teratai dan sama-sama
menikmati sup tulang.

Program Solat Hajat dan Doa Restu pula bermula pada pukul 9 pagi di surau Al-Isyraq. Program dimulakan dengan
ucapan alu-aluan kepada pelajar dan waris yg turut hadir dan memberikan sokongan. Program ini diadakan khususnya
untuk menyediakan pelajar tingkatan 3 dan 5 dari sudut kerohanian dan memohon keberkatan sempena peperiksaan
yang bakal mereka duduki. Semua yang hadir bersama-sama membaca surah Yasin dan melakukan solat hajat. Pro-
gram ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Teres Teratai.

Jutaan terima kasih buat saudari Shazlien yang telah memberikan sumbangan berupa seekor lembu dan sumbangan
peribadi untuk kegunaan surau Al-Isyraq. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dilimpahkan dengan keberkatan atas
jasa baik beliau. Biro Kebajikan dan Pembangunan Insan juga ingin berterima kasih kepada sesiapa jua yang telah
memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Ansara Terendak men-
doakan semoga para pelajar dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kejayaan dalam peperiksaan SPM kelak. Se-
moga para guru juga diberikan kekuatan untuk terus membimbing anak didik mereka sekaligus memberikan semangat
agar para pelajar lebih berusaha untuk berjaya.
TUGAS KHAS
PROJEK KAD RAYA 2009
Oleh: Nasrul Naim Mohamad

P rojek Kad Raya Ansara Terendak 2009 merupakan projek sulung penjualan
kad raya bagi persatuan kita setelah dahulunya menjadi impian untuk kita menjaya-
kannya pada perayaan ditahun-tahun lepas. Kerjasama banyak pihak telah menjaya-
kan projek jualan ini. Kedua-dua gambar telah disumbangkan oleh Prof Madya Dr.
Jamal manakala rekabentuk dan pencetakan kad oleh Zaihasra Idris (SPM95) melalui
syarikatnya Eridanus Enterprise. Sebanyak 530 keping telah dicetak dan 530 kep-
ing dijual dengan kutipan berjumlah RM1060.00. Permintaan sangat menggalakkan
diakhir-akhir jualan sehingga tidak dapat dipenuhi akibat kesuntukkan masa. Hasil
dari jualan tersebut dengan jualan sebanyak RM2.00 sekeping dan terdapat 2 pilihan
rekabentuk persatuan berjaya meraih keuntungan sebanyak RM 359.80 setelah ditolak
dengan duit setem.

Kami berharap projek ini dapat diulangi lagi ditahun-tahun akan datang dengan
rekabentuk lebih menarik dan penempahan dan jualan yang lebih awal lagi.

STICKER KERETA TERENDAK


Oleh: Julia Mohamed Idris

Idea sticker kereta versi panjang ini telah mula ditimbulkan semenjak selepas program Jubli Perak 2008 lagi. Baru kini ia
dapat direalisasikan dengan jayanya. Tempahan pertama sebanyak 200 keping sticker telah dibuat dan sambutannya cu-
kup hangat. Sticker kereta berharga RM10 sekeping termasuk kos pos (bagi bukan ahli ANSARA) dan RM8 sekeping
termasuk pos (bagi ahli ANSARA) kini boleh didapati melalui Biro Tugas Khas.

Untuk membuat tempahan dan mengetahui cara bayaran, sila hantarkan email kepada adik_julia@yahoo.com.my atau
naiemania_12@yahoo.com
TERKINI@MAKTAB
■ HARI AKADEMIK ■ LATIHAN KEBAKARAN
■PELANCARAN MIGTY ■HARI KELUARGA

P ada 2 Oktober 2009 telah berlangsung Hari Akademik 2009 di MRSM Terendak. Acara dimulakan dengan uca-
pan oleh Pengetua MRSM Terendak, Tuan Hj Che Soh b. Che Mat pada jam 8.45 pagi.

Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 yang mendapat PNG 2.75 ke bawah. Ibu bapa pelajar
yang terlibat dijemput hadir ke maktab bagi membincangkan prestasi akademik anak-anak mereka bersama guru pelba-
gai subjek. Program tamat pada jam 12 tengahari.

Pada 20 Oktober 2009 jam 8.30 pagi telah diadakan majlis pelancaran program MIGTY. MIGTY adalah sing-
katan bagi MARA Intensive Gifted And Talented Youth. Program ini adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 3 yang
telah selesai menduduki peperiksaan PMR.

Program yang dilancarkan pada 20 Oktober 2009 ini akan berlangsung sehingga 5 November 2009. Antara
pengisian program meliputi acara team building, Amal Islami (pengisian rohani), English Awareness, Star Gazing dan
Science Research Project.

Program team building akan diadakan selama seminggu. Antara pengisiannya ialah melakukan kerja-kerja
kebajikan seperti membersihkan tanah perkuburan dan sebagainya. Ini dapat menanam semangat bekerjasama dan me-
mupuk minat ke arah kerja sukarela dikalangan pelajar.

Peserta program turut didedahkan dengan Statistic skill selama 2 hari. Mereka juga didedahkan dengan teknik
menjalankan projek kajian sains. PESADA atau lebih dikenali sebagai Pembangunan Saintis Muda akan member
mereka peluang mempelajari langkah-langkah menjalankan kajian sebelum menjalankan kajian berdasarkan tajuk-tajuk
yang mereka pilih sendiri. Di hari akhir, peserta akan diberi peluang membentangkan hasil kajian mereka.

Bagi program English Awareness, terdapat banyak aktiviti yang menarik dan menghiburkan seperti pertandin-
gan drama dan banyak lagi. Di sebelah petang pula akan diadakan permainan.

Pada hari yang sama telah diadakan latihan kebakaran pada jam 4.00 petang. Latihan ini merupakan latihan
pertama diadakan sejak 10 tahun yang lalu. Ia melibatkan semua pelajar dan guru yang ada di maktab pada ketika itu.
Latihan yang diadakan ialah latihan mengosongkan bangunan dan berkumpul di padang. Latihan tamat pada jam 5.30
petang.
Pada 24 Oktober 2009 yang lalu, sambutan Hari Keluarga telah diadakan. Sambutan ini telah dijalankan di
Dewan Budiman, MRSM Terendak. Sambutan ini disertai oleh guru, kakitangan dan ahli keluarga. Pertandingan boling
antara guru dan kakitangan telah diadakan pada 22 Oktober 2009 di Melaka Bowling Centre. Acara bagi kanak-kanak
pula seperti pertandingan melukis gambar sekeluarga, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam dan cari
barang tersembunyi. Pertandingan karaoke turut diadakan bagi memeriahkan acara. Cabutan bertuah turut diadakan
dimana hadiah-hadiah berupa barangan elektrik disediakan. Kemuncak program ialah pertandingan meneka berat 5 biji
buah kelapa. En. Rosli Samdin, kakitangan MRSM Terendak telah memenangi sebuah basikal setelah membuat tekaan
seberat 16kg, hanya 0.05kg kurang daripada berat sebenar. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari di hada-
pan Dewan Budiman.

Sumber:
Hajah Wan Ainizah Ariffin
Cik Zilawati Roslinda
Cik Syikin
TERKINI@MAKTAB
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM DI MAKTAB
AKTIVITI BATCH
MAJLIS IFTAR SPM 2001
P ada 12hb September 2009 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Petaling Jaya, Majlis Berbuka Puasa
antara Batch 2001 telah diadakan.Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan kami dan merupakan yang ke-4
diadakan sejak tahun 2006.

Seramai 48 orang telah sudi melapangkan masa dan menyertai 'iftar' pada tahun ini.Penyertaan daripada batch kami semakin
meningkat kerana rata-rata kami sudah pun tamat belajar dan bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Tetapi, ada juga
di antara rakan kami yang sanggup datang dari sekitar Johor,Melaka dan Perak bagi memeriahkan majlis ini lagi.

Apabila bertemu pelbagai ragam dan aksi dapat diperhatikan.Perbincangan di majlis iftar ini lebih menjurus kepada hal
pekerjaan dan merancang kehidupan masa hadapan.Al-maklumlah, kami semua sudah berusia 25 tahun dan ada di antara
rakan kami sudah pun berumah-tangga dan memiliki anak. Jesteru itu, soalan-soalan yang banyak diutarakan berkisar ten-
tang alam rumahtangga,perancangan memiliki hartanah dan motivasi bagaimana untuk lebih maju ke hadapan.

Majlis yang mula berlangsung dari pukul 6.30 petang berakhir dalam jam 9.30 malam.Aktiviti kami bersambung di Kom-
pleks Futsal, Petaling Jaya.Pada ketika ini, dapat disaksikan kemahiran yang tinggi walaupun umur agak meningkat dan saiz
fizikal yang kian membesar namun semua itu tidak menghalang semangat untuk bersukan.Aktiviti ini juga sebahagian lati-
han awal kami untuk menyertai Kejohanan Futsal ANSARA Terendak pada November 2009.Selesai bermain sekitar jam 12
tengah malam dan meluangkan masa selama sejam di kedai mamak berhampiran.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan 'Terendaki Boys Girls' (TBG) yang telah menyokong dan menyertai ak-
tiviti kali ini.DIharapkan pada majlis akan datang, lebih ramai lagi akan mengikuti program tahunan ini.Terima kasih juga
kepada saudara Adrinata,saudari Rusyaizila dan saudari Khelmi Zalini yang membantu menjayakan majlis ini dari awal
hingga penghabisan.

Teringat mutiara kata di zaman maktab dahulu, 'Friendship Remain And Never Can End....'

Laporan disediakan oleh,


Nasrul Naim Mohamad
Pioneer of TBG & Penolong Biro Projek Khas
ANSARA Terendak 2009
BERITA TERKINI
D P
kaian tanpa wayar yang murah. Bukan ada 3 Oktober 2009 yang lalu,
itu sahaja, malah kemudahan ini bakal Terendakian SPM 96 iaitu sau-
alam majlis Pecipta 2009 dinikmati oleh masyarakat di kawasan dara Muhd Adrin Bin Zainud-
yang lalu, seorang Terenda-
yang terpencil. Ia juga digunakan din atau lebih dikenali sebagai Sagad
kian yang kini bertugas di Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam aplikasi pertanian dan keten- telah selamat diijabkabulkan dengan
telah memenangi pingat perak. Persi- teraan. pasangannya, Suriati Bt Mat Nor. Ma-
dangan dan Ekspo Ciptaan Institusi jlis pernikahan dan persandingan yang
Pengajian Tinggi Antarabangsa diadakan di Kota Kinabalu itu turut
(PECIPTA 2009) anjuran Kementerian dihadiri oleh saudara Johoe dan ister-
Pengajian Tinggi Malaysia dengan inya Ros Alhana.
kerjasama Universiti Malaya. PE-
CIPTA 2009 telah diadakan selama 3
hari bermula 8 hingga 10 Oktober
bertempat di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC).

BAT mengucapkan tahniah


kepada saudara Duen.

Menurut sumber-sumber yang

S
boleh dipercayai, pertemuan pasangan
hima Rashid (SPM 97) telah se-
ini berlaku di Fitness First. Daripada
lamat melahirkan cahayamata
kali pertama bertentang mata, kini
sulung di Hospital Sungai Buloh pada
cinta mereka telah membawa mereka
27 Ogos 2009.
ke jinjang pelamin.
Beliau ialah saudara Mohd
Riduan bin Ahmad (SPM 97) atau le- BAT mengucapkan tahniah
bih dikenali sebagai Duen. Beliau yang kepada saudara Sagad dan isterinya.
melanjutkan pelajaran dalam bidang
Kejuruteraan Sistem Komputer dan
Komunikasi di UPM dan mendapat
ijazah sarjana dalam bidang bidang
yang sama di Australia telah mencipta
protocol yang digunakan pada Data
Link Layer yang disebut sebagai Me-
dium Access Control Protocol atau
Bayi lelaki 3.6kg ini diberi nama Mu-
MAC Protocol untuk kegunaan client
bagi Wireless Mesh Networks. hammad Afif Harith bin Muhamad
Bustani.
Projek yang melibatkan se-
kumpulan 4 orang dalam bidang tekni- BAT mengucapkan tahniah
kal ini merupakan kesinambungan ha- kepada pasangan Shima Rashid dan
sil projek master beliau semasa berada Bustani.
di Australia. Projek yang dibiayai oleh
MOSTI sebanyak RM443,000 ini bakal
member faedah dengan meningkatkan
mutu kelajuan dan juga liputan rang-
BIZZ NEWS

U
sahawan Terendakian yang Muadzam Shah, tahun 2002-2005 saya
dipaparkan untuk kali ini melanjutkan pelajaran di Akademi Laut
bukan calang-calang Malaysia(ALAM) dalam kursus Di-
orangnya. Mulai berkecim- ploma Marine Engineering dan kini
pung dalam bidang perniagaan semen- menyambung pelajaran di Akademi
jak berumur 23 tahun. Beliau ialah sau- Laut Malaysia(ALAM) dalam bidang
dara Mohd Dhiyaulhaq Bakhtiar atau Engineering Combine Chief And Sec-
lebih dikenali sebagai Haq. Bekas pela- ond Engineer Unlimited
jar MRSM Terendak batch SPM 2001
ini membuktikan bahawa minatnya ter- BAT: Adakah ini perniagaan pertama
hadap muzik mampu memberikan be- anda dan apakah pengalaman yang anda
liau kepuasan yang optimum. ada dalam bidang ini?

BAT: Sejak bila mula berkecimpung Haq: Ya, ini perniagaan rasmi saya yg
dalam perniagaan? pertama. Sebelum ini saya mengu-
ruskan/bermain band, muzik label se- +6012-2224492 (studio)
Haq: Studio Shop Space ini dibuka cara ‘independent’ yang mana membo- +6012-7660298 (Usop)
pada Mei 2008. lehkan saya mempunyai hubungan den- +603-41493571 (waktu malam)
gan kelompok pemuzik di serata dunia.
BAT: Apa jenis perniagaan yg anda Saya pernah membuat persembahan di BAT: Bagaimana anda menghadapi
pilih dan mengapa? Singapura, Indonesia, Jepun. Rakan persaingan dalam perniagaan?
pemuzik saya berkembang sehingga ke
Haq: Pusat latihan muzik yg men- Eropah Haq: Salah satu sebab saya membuka
yediakan pelbagai perkhidmatan. Saya studio adalah kerana untuk mempunyai
memilih bidang ini kerana ia adalah BAT: Bagaimana anda mendapatkan tempat latihan peribadi yang memuas-
lebih kepada minat dan hobi yg men- modal? kan hati saya. Dengan itu saya men-
dalam terhadap muzik. Daripada nama yediakan alatan serta keselesaan yang
perniagaan tersebut dapat dihuraikan Haq: Saya menggunakan wang sim- saya impikan kepada pelanggan saya.
kepelbagaian serta keistimewaan perni- panan saya sewaktu bekerja. Proses Penyediaan alatan muzik yang baik
agaan saya serta ke arah memjadikan menubuhkan perniagaan ini byk dibantu taraf, keselesaan sewaktu berada di pre-
perniagaan saya sebagai 'all in 1' untuk oleh keluarga dan rakan-rakan mis, kebersihan yang terjaga serta servis
penggemar muzik. tambahan seperti tempahan t-shirt, pen-
BAT: Bagaimana anda mengu- jualan pelbagai item dari CD & piring
STUDIO kami menyediakan 2 ruskannya? Dimana lokasi perniagaan hitam hingga peralatan muzik.
studio dengan peralatan yang high-end anda?
dgn harga yg berpatutan. SHOP kami BAT: Sejak bila anda mula menunjuk-
menjual CD. piring hitam, tempahan t- Haq: Saya mempunyai rakan untuk kan minat dalam bidang muzik?
shirt, zines, perkhidmatan lukisan mu- mengendalikan perniagaan sewaktu
ral, serta percetakkan. Manakala saya bertugas di laut. Di samping itu,
SPACE adalah ruang yg didedikasikan saya akan memantau dari masa ke se-
untuk peminat muzik berkumpul untuk masa melalui telefon dan internet.
berdiskusi atau menghargai koleksi CD,
Kaset, Piring HItam dan majalah yang "STUDIO SHOP SPACE"
di pamerkan. No.17, 1st Floor,
Jalan 2A/27A, Section 1,
BAT: Apa latarbelakang pendidikan Bandar Baru Wangsa Maju,
anda? Kuala Lumpur
(berdepan Jaya Jusco Alpha Angle)
Haq: Tahun 1997-2000 di MRSM Ter-
endak, tahun 2000-2001 di MRSM Untuk tempahan studio, hubungi :
BIZZ NEWS
Haq: Saya mula meminati bidang muzik sewaktu tingkatan 3 di MRSM Terendak, di mana pengaruh dari senior dari
segi pendengaran muzik sehingga mengikuti mereka ke pusat latihan muzik.

BAT: Apakah pengalaman manis anda sepanjang menceburi bidang perniagaan ini?

Haq: Antara pengalaman yang tak dapat saya lupakan ialah membuat persembahan serta tour di Jepun selama 2
minggu. Selain itu kepuasan ketika menguruskan dan menyediakan peralatan muzik serta tempat tinggal/layanan yg
baik kepada kugiran-kugiran dari USA, Jepun, China, Singapore, Filipina, Indonesia, Australia dan lain-lain lagi.
Dengan ini dapat menunjukkan budaya dan layanan Malaysia kepada pelancong asing.

BAT: Apakah impian atau cita-cita anda seterusnya dalam bidang ini?

Haq: Dapat menyediakan servis rakaman secara profesional, dapat membuka sebuah premis yang dapat dijadikan
tempat untuk membuat persembahan( di mana di KL sekarang kekurangan tempat yg sesuai dengan harga yg ber-
patutan) dan mendapat kugiran yang baik untuk bernaung di bawah label studio.

BAT: Akhir sekali, sedikit nasihat atau pendapat bagi mereka yang berminat nak menceburi bidang perniagaan ini di
usia muda.

Haq: Bidang muzik adalah satu industri yang kecil di Malaysia berbanding dengan di negara lain. Jadi bidang ini
sukar untuk memberikan pulangan yg lumayan dari segi material. Oleh itu, ceburi bidang ini kerana minat (passion)
yg mendalam. Banyakkan mengumpul info serta pengalaman ( forum muzik sangat membantu dalam hal ini). Laku-
kan dengan passion dan demi cinta kepada muzik dan memberi sumbangan dalam memperbaiki Malaysian music
scene/industry... kepuasan hati dan perubahan yang dilakukan lebih berbaloi dari wang ringgit. bidang ini memerlu-
kan kesabaran serta usaha yang gigih.

BAT: Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yang cukup berharga ini. Semoga perniagaan saudara akan
terus maju di masa hadapan.

Haq: Sama-sama...
SALAM DARI PERANTAUAN

S
besar berbanding di KL kerana
masyarakat Uzbekistan suka tinggal BAT: Bagai-
berhampiran keluarga terdekat dan mana kos hidup
alam Dari Perantauan kali ini didalam rumah yang besar dan mem- disana berband-
menemukan kita dengan seorang saha- punyai halaman yang besar, ing dengan di
bat Terendakian yang kini bertugas di Malaysia?
Uzbekistan. Ahmad Helmi Hamzah, Sekali imbas, Tashkent Helmi: Kos
bekas pelajar MRSM Terendak batch adalah seperti kota Western Europe 20 hidup disini agak
SPM 92 kini menetap di Tashkent tahun yang lalu. Uzbekistan baru sa- tinggi jika di-
semenjak tahun 2006. Ikuti temubual haja merdeka pada tahun 1992, jadi bandingkan den-
berikut. mereka agak ketinggalan dari segi gan di Malaysia.
pembangunan berbanding dengan di Misalnya, sekilo
BAT: Dimana saudara bertugas Malaysia. Seperti contoh, disini tiada ayam harganya
sekarang dan semenjak bila? kompleks membeli-belah yang besar boleh mencecah USD 5! Purata rakyat
sepertimana di Kuala Lumpur. Akan disini berpendapatan lebih kurang satu
Helmi: Saya kini di Tashkent, ibu tetapi, pembangunan kini makin pesat pertiga daripada apa yang kita
negara Uzbekistan semenjak tahun di negara bekas jajahan Rusia ini. perolehi di Malaysia. Matawang Uz-
2006 secara tidak tetap dan mulai bekistan dipanggil SUM. USD 1=
tetap disini semenjak tahun 2008. Malah beberapa fasiliti SUM1500.
Mungkin akan berada disini selama 2- adalah lebih tersusun berbanding den-
3 tahun lagi. Buat tahun kedua bertu- gan di Kuala Lumpur seperti banda- Bagaimanapun kadar di
rut-turut, saya menyambut Syawal di raya yang dirancang dengan rapi, pasaran gelap adalah lebih tinggi. Le-
Tashkent jalanraya yang besar, muzium, teater, bik unik, matawang SUM ini tidak
sistem metro bawah tanah, bas elek- laku di luar Uzbekistan. Jadi kami
BAT: Bagaimana perasaaan ketika trik, tram dan lain-lain lagi. sentiasa membawa USD semasa bertu-
pertama kali menjejakkan kaki di Uz- gas disini. Kita juga mesti pastikan
bekistan? Apakah persediaan yang BAT: Bagaimana saudara berinteraksi jumlah USD yang dibawa keluar tidak
dilakukan? dengan penduduk tempatan? Apa beza boleh melebihi jumlah USD yang di-
budaya penduduk di Uzbekistan ber- bawa masuk samada untuk tujuan pe-
Helmi: Biasa sahaja kerana tugas saya banding dengan di Malaysia? lancongan atau tujuan perniagaan.
menyebabkan saya selalu berhijrah
dari satu tempat ke tempat yang lain. Helmi: Halangan utama disini adalah BAT: Bagaimana pula dengan
Persediaan adalah lebih kepada bahan- bahasa. Uzbekistan, sebagai sebuah makanan disana?
bahan untuk persiapan bertugas di negara bekas jajahan Rusia meng-
kawasan terpencil termasuk pakaian gunakan bahasa Rusia atau Uzbek Helmi: Makanan halal amat mudah
musim sejuk. sebagai bahasa untuk berkomunikasi. didapati cuma masakan nya adalah ala
Sedikit benar bilangan penduduk tem- Turki/Arab. Uzbekistan mempunyai
BAT: Ceritakan mengenai tempat patan yang mampu berkomunikasi 90% umat Muslim (terdiri dari etnik
dimana saudara tinggal. dalam Bahasa Inggeris. Uzbek, Tajik, Kazakhs, Tatar etc) dan
selebihnya adalah orthodox Christian
Helmi: Saya tinggal di Beruniy Street, Oleh itu, setiap urusan atau (terdiri dari etnik Russian, Korean,
Sabor Rahimov District, Tashkent. kerja harian merupakan cabaran yang Eastern Europeans).
Disini adalah kawasan penempatan besar bagi kami. Kami terpaksa atasi Makanan yang terkenal di sini
yang majoritinya masyarakat Uzbek. dengan cuba belajar bahasa Rusia di adalah plov (pilau) - seakan nasi beri-
Sebelum ini, saya tinggal di tengah sini tetapi ianya adalah satu bahasa yani tapi sangat berminyak dan dihi-
bandar yang mempunyai ramai yang sukar. Saya sendiri hanya boleh dangkan dengan daging kuda/lembu.
masyarakat Rusia. Saya tinggal di menguasai asas bahasa ini sahaja ter- Sashlik juga terkenal - seakan2 satey
apartment kerana berada disini atas masuk membaca dalam tulisan Cyril- Malaysia tetapi lebih besar. Daging
status ‘single’. Mereka yang berke- lic. Maka, untuk memudahkan tugas lembu dan kambing juga lebih popular
luarga biasanya tinggal di kawasan saya menggunakan khidmat juruba- berbanding ayam. Masakan Uzbek
perumahan. Saiz rumah disini agak hasa. tidak pedas dan tidak telalu berempah.
BAT: Bagaimana dengan penerimaan penduduk tempatan terhadap orang luar?

Helmi: Masyarakat Uzbekistan lebih biasa kepada orang-orang Eropah. Jadi orang-orang Timur agak menjadi perhatian.
Tetapi Malaysia sangat popular di sini. Ikon yang sering disebut adalah Langkawi dan Twin Towers. Penerimaan
adalah lebih mesra apabila mereka tahu kita beragama Islam kerana mereka tahu orang Malaysia adalah lebih
‘practising-Muslims’ berbanding mereka dan pada masa yang sama agak liberal. Walaubagaimanapun, saya perhatikan
masyarakat Islam Uzbek mempunyai ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang sangat kuat, berbanding di Malay-
sia. Terdapat sekitar 40-50 orang rakyat Malaysia di sini yang kebanyakannya staf PETRONAS termasuk saya.

BAT: Bagaimanakah suasana berpuasa dan berhari raya di Uzbekistan?

Helmi: Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana hanya sekadar 3-4 orang sahaja staf PETRONAS beraya disini.
Kali ini jauh lebih meriah dengan acara berbuka puasa dan Hari Raya. Kami akan berkumpul di rumah salah satu ke-
luarga dan kemudian beraya di rumah Duta Malaysia. Saya sendiri juga melawat rumah beberapa orang kawan Uzbek.
Akan tetapi secara perbandingannya, masyarakat Islam Uzbekistan di sini merayakannya dengan sangat sederhana
tanpa suasana promosi/membeli-belah yang hebat, tanpa baju raya berwarna-warni dan siaran TV yang riuh-rendah,
tanpa open house besar-besaran seperti di Malaysia. Mereka lebih cenderung melawat keluarga terdekat, rumah mereka
yang baru berkahwin atau yang ada kematian dalam masa terdekat sebelum.

BAT: Buletin Ansara Terendak mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi berkongsi pengalaman bersama
Terendakian yang lahir.

Helmi: Sama-sama. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf, Zahir Batin
untuk semua batch SRP 1990 dan SPM 1992 yang kenal saya. 5 tahun zaman remaja di MRSM lah yang menjadikan
asas siapa kita sekarang. Juga untuk cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya. Jasa mereka semua amat dihargai dan
semoga mereka diberkati Tuhan selalu. Boleh hubungi saya di haikalhelmi@yahoo.com.
KALENDAR PROGRAM ANSARA TERENDAK

• Setiap Isnin, 9.00pm-11.30pm: Jom Badminton! di Pro-One Badminton Centre, Wangsa


Maju. (Mantoi: 016-280 5025)

• 1 November 2009: Rekreasi di Kuala Gandah Elephant Sanctuary (Huzairi: 017-353 2676)

• November 2009: Pertandingan Futsal Tertutup Ansara Terendak (Huzairi: 017-353 2676)

• 22 November 2009: Malam ANSARA 2009 (www.extdk.net)

Dikemaskini pada: 28 Oktober 2009

PENGUMUMAN
Ruang iklan di Buletin Ansara Terendak dibuka untuk penyewaan:
• Full page: RM20

Untuk maklumat lanjut, hubungi Sherrina (013-384 3484 / sherrina_kl@yahoo.com) atau Oshie
(kirenoshie@yahoo.com)

• Ada komputer/laptop dan internet?


• Berminat dalam bidang penulisan?
• Kreatif?

Jika jawapan anda adalah YA bagi kesemua soalan diatas, anda yang kami cari. Editorial BAT memerlukan Terendakian
yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang menghasilkan Buletin Ansara Terendak ini. Jika bermi-
nat, hubungi Sherrina (sherrina_kl@yahoo.com)
• Anda ada berita kelahiran? Baru melangsungkan perkahwinan?
• Anda baru graduasi? Batch anda buat gathering?
• Kejayaan anda mendapat liputan media?
• Anda seorang usahawan samada sepenuh masa, separuh masa atau freelance?

Apa sahaja berkaitan dengan Terendakian, kami mahukan berita. Hantarkannya melalui email beserta gambar ke
sherrina_kl@yahoo.com

You might also like