You are on page 1of 49

BULETIN ANSARA TERENDAK RM 1.

19 SEMENANJUNG
TAHUN 2 BIL 15 - MEI 2011 RM 1.69 SABAH/ SARAWAK
P E N Y E B A R M A K L U M A T A N S A R A T E R E N D A K

M E N G I K A T TA L I P E R S A H A B A T A N T E R E N D A K I A N

MAJLIS TERIMA KASIH CIKGU 2011

P ada 16 Mei 2011, Ansara Terendak dan Kelab Guru MRSM Teren-
dak telah menganjurkan satu majlis gilang-gemilang bagi meraikan sambutan
Hari Guru 2011. Ianya diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada jam 8.00pm.
Seramai lebih daripada 100 orang guru dan bekas guru MRSM Terendak ber-
kampung di Dewan Tun Hussein Onn pada malam itu untuk diraikan oleh
anak-anak murid daripada batch SPM 87 hingga kini.
KELUARAN RASMI
Tiket berharga RM100 telah mula dijual semenjak sebulan yang lalu dan ANSARA TERENDAK
mendapat sambutan yang hangat. Sebilangan guru-guru turut ditempatkan di 2011
Hotel Legend selaku hotel rasmi bagi Majlis Terima Kasih Cikgu 2011.
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌

Jurugambar rasmi pula ialah Firdaus Fauzi (SPM 2009) yang telah bekerja ANSARA TERENDAK
keras cuba untuk merakamkan sebanyak mungkin kenangan pada malam itu ©2011 All Rights Reserved.
didalam bentuk foto digital yang telah diproses dan dimuatnaik di Facebook
rasmi Ansara Terendak iaitu di www.fb.com/exmrsmterendak

1
TERIMA KASIH CIKGU 2011

T etamu yang mula hadir jam 8pm telah dijemput makan setelah membuat pendaftaran. Majlis
berkonsepkan santai ini membolehkan Terendakian dan guru duduk dimana sahaja untuk makan
sambil berbual. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh emcee majlis iaitu Shimi (SPM 97) dan Julia
Mohd Idris (SPM 92) diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Raja Fakran (SPM 89) dengan penuh
syahdu. Ucapan pembukaan disampaikan oleh Presiden Ansara Terendak iaitu Dato‟ Razali Ibrahim (SPM
97) diikuti oleh ucapan daripada Pengetua MRSM Terendak iaitu En. Noor Hassan.

Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak oleh Jowana Juhary (SPM 88) bertajuk Guru Oh Guru hasil kar-
ya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang diiringi dengan lagu latar. Seterusnya majlis diterus-
kan dengan dendangan lagu oleh Noraini Mohd Noor atau lebih dikenali dengan panggilan Oya (SPM 87)
menghiburkan Terendakian dan guru sambil mereka menjamu selera dan berbual-bual.

Terendakian di luar negara yang tak dapat menghadirkan diri telah mengirimkan ucapan dalam bentuk au-
dio dan telah ditayangkan semasa majlis. Mereka ialah Kamarul (SPM 92) dan Norhashimah Abu Seman
(SPM 2000) di Stockholm, Sweeden, Riduan Ahmad (SPM 97) di Sweeden, Che Muhd Anas (SPM 2007)
di Mesir, Mohd Fazrul Mohd Fuad (SPM 99) di Jepun, Rosemaliza Kamalludeen (SPM 93) di US, Azizi
Misnan @ Snoopy (SPM 90) di Jakarta dan Ahmad Helmi Hamzah (SPM 92) di Saudi Arabia.

Selepas itu, hadirin dipertontonkan dengan filem pendek yang dilakonkan sendiri oleh guru-guru MRSM
Terendak yang dihasilkan bersempena dengan sambutan Hari Guru 2011 di maktab bertajuk Hantu Kak
Limah Balik Terendak. Dewan Tun Hussein Onn riuh-rendah dengan gelak tawa penonton yang
menyaksikan lakonan guru-guru MRSM Terendak yang sangat berbakat.

Acara diteruskan dengan sesi karaoke oleh dua orang guru MRSM Terendak, Pengetua MRSM Terendak
yang sangat sporting iaitu Cikgu Noor Hassan, duet Mantoi (SPM 87) dengan Cikgu Angela, Zaitie (SPM
97) dan yang membuatkan seluruh dewan bergema dengan sorakan ialah apabila Cikgu Arshad @ Pak
Chad mendendangkan sebuah lagu dalam majlis itu.

Majlis diperhebatkan dengan nyanyian koir Kami Guru Malaysia oleh semua guru-guru yang hadir di maj-
lis ini. Seterusnya diikuti oleh nyanyian beramai-ramai oleh semua bekas pelajar diatas pentas yang
mendendangkan lagu You Raise Me Up diiringi oleh slaid gambar-gambar guru daripada tahun pertama
MRSM Terendak dibuka hinggalah terkini. Di pertengahan lagu tersebut, semua pelajar turun dari pentas
membawa coklat dan bunga untuk diberi kepada guru. Hadiah ini telah disumbangkan oleh Shazlien
Nazliela Hussein (SPM 91). Turut diselitkan ialah acara cabutan bertuah. Antara hadiah yang disediakan
ialah novel Nydia, Terendak dan Bintang yang disumbangkan oleh penulisnya sendiri bergelar Puteri Nor
yang merupakan bekas pelajar MRSM Terendak.

Di akhir majlis semua bekas pelajar dan guru mengambil peluang waktu-waktu akhir untuk bergambar
beramai-ramai sebelum majlis bersurai. Di luar dewan pula, acara melelong cenderahati dan t-shirt edisi
khas sempena majlis Terima Kasih Cikgu berlangsung dengan rancaknya oleh Zuraida (SPM 98), Qaisy
(SPM 2006) dan Nazri (SPM 2004)

Ansara Terendak ingin mengucapkan terima kasih buat semua kerana menyokong program ini dan memo-
hon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam penganjuran majlis ini. Video majlis akan dikeluarkan tidak
lama lagi.

www.facebook.com/exmrsmterendak
TERIMA KASIH CIKGU 2011

3
TERIMA KASIH CIKGU 2011
TERIMA KASIH CIKGU 2011

5
TERIMA KASIH CIKGU 2011
7
TERIMA KASIH CIKGU 2011
TERIMA KASIH CIKGU 2011

9
TERIMA KASIH CIKGU 2011
TERIMA KASIH CIKGU 2011

11
TERIMA KASIH CIKGU 2011
13
MEGA POTLUCK 2010

Pada 25 Disember 2010, Exco Ansara Terendak telah menganjurkan program Mega
Potluck 2010 bertempat di Taman Wetland Putrajaya, Acara ini telah disertai oleh hamper 50
orang bekas pelajar dari batch pioneer sehingga batch SPM 2009. Tidak juga ketinggalan pro-
gram ini turut disertai oleh Cikgu Hassan yang turun daripada Kota Kinabalu, Sabah.
MEGA POTLUCK 2010

15
GEMPUR MENARA GADING &
BICARA KERJAYA 2011

PROGRAM BICARA KERJAYA ANSARA TERENDAK

Oleh: Md Ridzuan Bin Md Hamid (SPM 97)


Mohamad Qaisyfullah Jaslenda (SPM 2006)
AJK Cawangan
(Biro Pendidikan dan Profesionalisme)

Tarikh: 26 Mac 2011


Tempat: MRSM Terendak

Program Bicara Kerjaya atau dahulunya dikenali sebagai „Career Talk‟ ialah sebuah
program yang julung kali diadakan seawal tahun 2001. Pelajar MRSM Terendak yang masih
menuntut diberi peluang untuk menimba seberapa banyak pengalaman dari para „senior‟
mereka mengenai bidang kerjaya yang berkaitan di dalam program ini.

Pada tahun ini, program bicara kerjaya ini telah diadakan pada 26 Mac 2009. Program ini
telah berjaya menarik lebih daripada 20 penceramah yang juga terdiri daripada bekas-bekas
pelajar. Penceramah-penceramah telah dibahagikan kepada sembilan bidang kerjaya iaitu
perubatan, pendidikan, kejuruteraan, seni dan rekabentuk, IT, perbankan, politik, penerbangan,
dan arkitektur. Para penceramah telah ditugaskan untuk menerangkan dengan lebih terperinci
mengenai kerjaya mereka kepada para pelajar MRSM Terendak mengikut jurusan pilihan
masing-masing. Program ini diakhiri dengan slot motivasi dan perkongsian maklumat oleh Ima
Saliza Ghazali (SPM 92). BK edisi berikutnya akan diadakan pada 19 Jun 2011.

PROGRAM GEMPUR MENARA GADING ANSARA TERENDAK


Tarikh: 27 Mac 2011
Tempat: MRSM Terendak

Pada tahun ini, Program Gempur Menara Gading (GMG) telah diadakan bersempena dengan pro-
gram Bicara Kerjaya yang dijalankan berturut-turut. Dengan cara ini, selain dapat menjimatkan
kos pengangkutan dan penginapan para penceramah yang kebanyakannya bertugas di Lembah
Klang, ia juga dapat menarik lebih ramai penceramah untuk hadir.

Seperti tahun-tahun Program Gempur Menara Gading ini adalah sebuah program dimana ahli An-
sara Terendak yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi berkongsi pengalaman dan
pengetahuan mereka kepada para pelajar MRSM Terendak agar mereka dapat memilih jurusan
yang paling sesuai dengan minat dan keupayaan mereka, selepas SPM kelak. Pada tahun ini,
seramai 60 penceramah dari 8 jurusan universiti dalam dan luar negara hadir untuk berkongsi pen-
galaman dengan pelajar MRSM Terendak.
GEMPUR MENARA GADING &
BICARA KERJAYA 2011

Kredit Foto: Zaitie Zubaidy (SPM 97)

17
AKAN KUGAPAI BINTANG

P
ada 14 Januari 2011 hingga 15 Januari 2011, pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas
(bekas pelajar MRSM Terendak) dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan PMR
2011 MRSM Terendak telah berjaya menganjurkan program “Akan ku gapai bintang?”.
Pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas bertindak sebagai fasilitator untuk program
ini. Program ini bertujuan untuk membentuk semangat kekitaan dan juga memberi kesedaran dikalangan pelajar
-pelajar tingkatan 3 MRSM Terendak yang mana mereka merupakan pelajar-pelajar yang akan menduduki pepe-
riksaan PMR 2011. Di samping itu, program ini dirancang untuk membantu para pelajar agar dapat menyeim-
bangkan pencapaian dalam mengejar kecemerlangan di dalam dunia pembelajaran dan akademik tanpa mening-
galkan aspek-aspek ukhrawi yang membentuk sahsiah dan akhlak diri para pelajar.

Seperti program-program motivasi yang lain, Akan Kugapai Bintang juga dimulakan dengan akitiviti
„ice breaking‟ atau aktiviti suai kenal. Para peserta pada mulanya dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut cebisan kertas yang telah ditampal di setiap kerusi yang mereka duduki. Kami menggunakan kaedah
ini agar peserta dikumpulkan tidak bersama rakan-rakan mereka. Aktiviti „ice breaking‟ ini kami bahagikan
kepada 3 sesi iaitu; sesi taaruf, sesi tafaham, dan sesi takaful. Namun, akibat kekangan masa, hanya sesi taaruf
dan tafaham sahaja yang berjaya dijalankan.

Berikut merupakan prosedur sesi taaruf:


- Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
- Seorang wakil akan dipilih dalam kalangan kumpulan masing-masing bagi
memulakan sesi.
- Ketua kumpulan akan mula memperkenalkan perkara-perkara asas tentang
dirinya.
- Selesai memperkenalkan diri, peserta tersebut akan menggayakan „trade mark‟
dirinya.
- Kemudian, peserta disebelah kanannya pula akan melakukan aktiviti yang sama.
- Sebelum aktiviti diteruskan, peserta kedua perlu menggayakan „trade mark‟
dirinya diikuti „trade mark‟ peserta sebelumnya.
AKAN KUGAPAI BINTANG
Berikut pula prosedur sesi tafaham:
- Peserta pertama diberikan segulung benang.
- Benang tersebut diikat pada jari peserta pertama kemudian akan bercakap perihal dirinya
yang lebih mendalam.
- Setelah selesai, gulungan benang tersebut akan diserahkan kepada ahli kumpulan lain
yang bukan di kiri atau kanan peserta.
- Selepas selesai semua peserta mengikat jari masing-masing, kumpulan tersebut akan
menarikbenang yang terikat di jari masing-masing hingga putus.

Alhamdulillah, sesi „ice breaking‟ ini berjalan dengan lancar. Dari pandangan kami, para peserta
tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Kerjasama antara ahli-ahli
kumpulan juga dapat kita lihat dimana mereka berjaya mengikat kesemua jari ahli kumpulan da-
lam sesi tafaham walaupun gulungan benang yang diberi begitu pendek.

Selesai program ice breaking, para peserta diberikan rehat selama 30 minit sebelum aktiviti riadah.
Aktiviti untuk program riadah ialah “Are You Ping Pong Piang”. Para peserta menunjukkan komit-
ment serta kerjasama yang tinggi dalam program ini di mana para peserta berkumpul di tempat yang
ditetapkan tepat pada masanya. Are You Ping Pong Piang merupakan sebuah modul yang melatih
fokus para peserta.
Berikut merupakan prosedur bagi modul ini:
- Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 6 ahli dan diberikan nama
yang spesifik.
- Setiap ahli diberi gelaran „Are‟ , „You‟, „Ping‟, „Pong‟, dan „Piang‟ dan mereka dikehendaki
menjerit gelaran masing-masing apabila tiba giliran mereka.
- Ahli kumpulan yang terakhir diberi tugas untuk menjerit nama kumpulan lain.
- Kumpulan yang dipanggil namanya akan dikehendaki mengulang prosedur diatas.
- Kumpulan mana yang didapati melakukan kesilapan akan dikenakan denda.

Aktiviti ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta kerana bukan sa-
haja aktiviti ini meningkatkan daya tumpuan peserta, tetapi juga memberi peluang kepada para peserta
untuk beriadah secara sihat. Selesai aktiviti riadah, para peserta diberi rehat untuk makan malam, solat ma-
ghrib, ativiti surau, solat isyak dan makan hidangan lewat malam.

19
AKAN KUGAPAI BINTANG
Selepas para pelajar selesai menikmati hidangan lewat malam, mereka dikehendaki berkumpul di
hadapan dewan budiman MRSM Terendak tepat jam 9.30 malam. Alhamdullilah, pelajar-pelajar menun-
jukan disiplin yang tinggi dimana mereka berkumpul tepat jam 9.30 malam. Aktiviti pada sebelah malam
bermula agak lewat akibat masalah komunikasi di antara para fasilitator dengan pihak pengawal kesela-
matan. Aktiviti pada malam tersebut bermula pada jam 10.00 malam.

Modul pertama “Diriku begitu berharga”. Objektif modul ini adalah untuk memberi kesedaran
kepada para pelajar tentang betapa pentingnya setiap pancaindera yang di anugerahkan oleh Allah. Selain
itu, para pelajar juga di beri peluang untuk merasai keperitan apabila kehilangan salah satu daripada pan-
caindera mereka. Para fasilitator tidak dibenarkan untuk membantu para peserta dalam modul pertama ini.
prosedur untuk menjalankan modul “Diriku begitu berharga” adalah seperti berikut:
- Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
- Setiap kumpulan dikehendaki membahagikan pelajar kepada 4 watak (si buta, si tempang, si bisu,
dan si kudung).
- Mempunyai 4 checkpoint dalam satu garisan lurus.

Faci akan memberikan penerangan aturan bagi setiap watak:

Si buta (checkpoint 1)
- Kumpul semua cebisan puzzle
- Berjalan ke arah si tempang dan berikan semua cebisan puzzle yang telah dikumpulkan
Si tempang (checkpoint 2)
- Cantumkan semua cebisan puzzle tanpa guna tangan
- Pergi kearah bisu dan berikan puzzle yang telah lengkap tanpa berjalan menggunakan
kaki.
Si bisu (checkpoint 3)
- Tengok puzzle yand sudah siap dari si tempang
- Jumpa si kudung tanpa membawa puzzle
- Memberi gambaran kepada si kudung mengenai puzzle tanpa mengeluarkan sebarang
bunyi atau suara.
Si kudung (checkpoint 4)
- Hendaklah melukis di atas kertas A4 apa yang digambarkan si bisu tanpa menggunakan
tangan.
AKAN KUGAPAI BINTANG
Aktiviti ini mendapat sokongan yang padu daripada para pelajar tingkatan 3 walaupun hanya 4
orang pelajar sahaja yang dipilih daripada setiap kumpulan. Pelajar-pelajar yang tidak terpilih pula mem-
berikan sorakan kepada para peserta yang mengambil bahagian didalam modul kali ini. Disebabkan kekan-
gan masa, hanya 4 pelajar dari setiap kumpulan diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam modul
pertama ini. Pelajar-pelajar juga member respons yang baik apabila ditanya mengenai pengalaman mereka
ketika menjalankan sesi ini. pada akhir sesi ini, semua para ditunjukkan dengan hasil kerja rakan-rakan
mereka. Para pelajar juga diberi peluang untuk memberikan komen terhadap hasil kerja rakan-rakan mere-
ka.

Selesai modul pertama, para pelajar diberikan rehat selama 10 minit sebelum meneruskan modul
seterusnya. Masa rehat ini juga digunakan oleh para facilitator untuk membuat persiapan untuk modul se-
terusnya. Modul kedua, “Jurutera Malaysia”. Modul ini bertujuan untuk mencungkil semangat kepimpinan
yang ada dalam diri setiap pelajar. Di samping itu, modul ini juga adalah salah satu platform kepada para
pelajar untuk meluahkan perasaan mereka dan menyuarakan ketidakpuasan hati sesama mereka. Modul ini
dijalankan mengikut prosedur seperti berikut:
Ketua kumpulan dipanggil kehadapan dan diberikan dengan satu kad tugasan untuk membina sebuah
kereta.
Ketua kumpulan dikehendaki untuk memilih 10 orang(bebas untuk memilih sama ada dari kumpulan
sendiri atau pun tidak) untuk mewakili setiap kompenan penting dalam pembinaan sebuah kereta.
(Stereng, Tayar, Airbags, Side mirrors, Lampu, Viper, Kerusi, Signals, Bumper dan enjin)
Ketua kumpulan diberikan masa selama 15 minit dan dikehendaki memikirkan sebab yang kukuh
memilih individu tersebut sebagai kompenan kereta tersebut.
Ketua kumpulan dikehendaki mempersembahkan hasil projek „kereta‟ yang dihasilkan dan sebab-
sebab memilih mereka sebagai kompenan tersebut.
Sesi soal jawab di antara peserta dengan facilitators. Ketua kumpulan boleh meminta pertolongan ahli
kumpulan jika menghadapi kesukaran untuk menjawab persoalan yang dikemukan. Sebaik-
baiknya ketua kumpulan yang menjawab semua soalan tersebut.
Sesi diteruskan sehingga kumpulan terakhir mempersembahkan hasil mereka.

Aktiviti telah mencapai objektifnya apabila kebanyakan dari para pelajar berani untuk menyuara-
kan masalah yang wujud dikalangan mereka. Modul ini juga telah melatih para pelajar untuk mepertahan-
kan keputusan mereka dengan hujah-hujah yang bernas. Para pelajar memberikan kerjasama yang baik
sepanjang modul ini dijalankan. Hasilnya melalui aktiviti, peserta yang aktif dan yang pasif mula berani
untuk kehadapan menyuarakan pendapat mereka. Aktiviti ini berakhir pada jam 2.00 pagi. Aktiviti se-
terusnya disambung pada jam 8.30 pagi keesokkan harinya.

21
AKAN KUGAPAI BINTANG
Sesi pada pagi hari kedua bermula agak lewat disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Sesi
pada pagi ini ialah perkongsian pengalaman yang diberikan oleh salah seorang pelajar UTP yang juga
merupakan bekas pelajar MRSM Terendak(SPM 2006), Mohd Fakkurraddhi bin Hamthan yang juga
merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Petronas(MPP UTP). Sesi ini melibatkan
pelajar-pelajar PMR dan juga SPM MRSM Terendak 2011. Perkongsian selama sejam setengah banyak
mendedahkan para pelajar dengan kehidupan selepas SPM dan juga matlamat mereka untuk belajar dan
beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan besar taun ini iaitu PMR dan SPM. Para pelajar juga diberi-
kan lagu yang menaikan semangat mereka untuk dinyanyikan bersama iaitu Gemuruh nyanyian Faisal Ta-
hir. Sesi ini mendapat mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada setiap pelajar sehinggakan
masa yang diberikan tidak mencukupi. Selain itu, rata-rata pelajar mahu sesi ini dipanjangkan masanya.

Modul terakhir untuk program Akan ku gapai bintang? Ialah “kamilah juara. Modul ini dibentuk untuk
menguji kreativiti dan mencabar minda para pelajar untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang
diberikan menggunakan sumber yang terhad. Selain itu, modul ini juga bertujuan untuk melatih para pela-
jar untuk menyelesaikan masalah dengan efficient dan effective dalam masa yang singkat.

Modul ini berjaya mencapai objektifnya apabila semua kumpulan berjaya menyiapkan sebuah
tangki air dalam masa yang ditetapkan. Para fasilitator juga menghadapi kesukaran untuk memilih
pemenang kerana hasil yang ditunjukkan oleh semua kumpulan adalah amat memberangsangkan.

Selepas modul ini selesai dijalankan, majlis penutupan program dilangsungkan. Majlis dihadiri
oleh Yg. Bhg. Tuan Pengetua, En. Noorhasan bin Hussain, Penyelaras Program Kecemerlangan PMR, Ust
Wahab bin Salleh. Tuan pengetua merakamkan ribuan terima kasih kepada para fasilitator kerana kesudian
mereka untuk berkongsi pengalaman bersama adik-adik, pelajar-pelajar PMR 2011.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektifnya dimana mereka telah berjaya
membentuk semangat kekitaan yang kuat dikalangan mereka. Rata-rata pelajar mahu program seumpana
ini diteruskan dan memanjangkan tempoh perjalanan program. Selain itu, para pelajar mengharapkan agar
program selepas ini lebih kemas dan teratur dari segi susunan jadualnya dan juga lebih banyak aktiviti di-
jalankan.
AKAN KUGAPAI BINTANG

23
AKAN KUGAPAI BINTANG
AKAN KUGAPAI BINTANG

Selepas aktiviti Are you ping pong piang bersama guru pemantau

Selepas aktiviti Are you ping pong piang bersama guru pemantau

25
TERENDAK @ BIZ
Oleh: Amirul Fazlan (SPM 2010)

BAT kali ini berpeluang menemuramah saudari Norafesa Shaharuddin (SPM96) atau lebih dikenali dengan panggilan Eycha
dikalangan warga Terendakian. Beliau yang merupakan seorang jurutera di Johor ini amat meminati bidang perniagaan sejak
kecil. Beliau kini menceburi dalam bidang perniagaan Tupperware secara sambilan. Kita ikuti temubual bersama beliau

BAT: Sejak bila mula berkecimpung dlm perniagaan?


Eycha: Kalau sebut pasal berniaga,sejak sekolah rendah dah mula berniaga, sbb minat. Tp masa tu bisnes namecard, keychain, t-
shirt dgn kwn2 sekolah (termasuk swktu di MRSM Tdk).

BAT: Apa jenis perniagaan yang anda pilih dan mengapa?


Eycha: As you know, saya berniaga as a part time basis..kerana minat dan utk second income. So, perniagaan yg saya pilih of
course yg mampu saya jalani tanpa mengganggu pekerjaan saya. Therefore, I choose Tupperware :)

BAT: Apa latarbelakang pendidikan anda?


Eycha: BEng (Hons) Computing & Communication Systems Engineering

BAT: Adakah ini perniagaan pertama anda? Apakah pengalaman yang anda ada sebelum menceburkan diri dalam bidang ini?
Eycha: Tidak. Macam saya kata memula tadi, saya dah mula belajar berniaga sejak kecil lagi. So, kalau nak kata perniagaan yang
saya dah cuba..macam-macam :) Nak tau?
- keychain, namecard
- t-shirt (through catalog)
- kuih raya
- prepaid topup
- baju baby
- kuih-muih dan keropok

itu diantaranya la..maybe ada yang termissed out kot..tapi alhamdulillah...keserasian lebih ke arah Tupperware sekarang and this
will be my future :)

BAT: Bagaimana anda mendapatkan modal? Adakah ia usahasama atau milik persendirian?
Eycha: Tupperware adalah perniagaan berasaskan MLM serta mampu milik oleh semua golongan tidak kira pendapatan. Modal
saya adalah dari gaji bulanan dan savings. Tupperware is a teamwork, maka saya x boleh kata ia adalah usahasama atau per-
sendirian. Tetapi, as an independent consultant..saya bergerak bersama sahabat saya yang juga ex-Tdk, Nordiana Basarudin.
Kami berdiri di bawah satu bumbung (H&R) yg merupakan syarikat di bawah naungan Tupperware Brands Malaysia.

BAT: Bagaimana anda menguruskannya? Dimana lokasi perniagaan anda?


Eycha: Perniagaan Tupperware yg saya usahakan bersama Nordiana adalah 80% online dan 20% offline. Ini bagi memberi kes-
esuaian kepada kami yang merupakan fulltime working woman. Alhamdulillah, both of us bekerja dalam bidang yang lebih ku-
rang sama, iaitu bekerja di hadapan PC. So, kami menggunakan peluang ini utk bersama menguruskan perniagaan secara
online. Kedai online terbesar kami adalah di Facebook - www.facebook.com/kedai.tupperware. Selain dari itu, kami turut mem-
promosikan produk Tupperware kami di blog - http://inibelogtupperware.blogspot.com/ dan www.mudah.my. Tidak ketinggalan
kami mempromosikan secara offline kepada rakan, kenalan, saudara-mara serta orang ramai. Pendek kata, kemana kami pergi,
katalog sentiasa ada di dalam beg. Maka, ada je peluang..terus promosi :-)

BAT: Bagaimana anda menghadapi persaingan dlm perniagaan anda?


Eycha: Saya memandang persaingan itu dari sudut positif. Dalam apa juga perniagaan, persaingan pasti ada. Yang penting, niat
kita Lillahi Ta'ala. Lakukan dengan jujur dan ikhlas, give the best. Alhamdulillah, setakat ini saya mampu bersahabat dengan
berkerjasama dengan rakan niaga Tupperware dari organisasi berlainan serta dari negara jiran (Indonesia).

BAT: Pengalaman pahit/manis sepanjang menjalankan perniagaan ini


Eycha: Pahit - bila my effort dlm Tupperware dipandang serong dan tidak mendapat sokongan dari org rapat. memang perit, tetapi
saya overcome this down feeling dgn always remind myself.. Tupperware is all about teamwork. We support each other in every
way we can. So, pedulikkan orang yang tak berminat. Manis - bila dapat my first official cheque from Tupperware Brands Malay-
sia. That is really the most satisfying moments.

BAT: Apakah perancangan anda dimasa hadapan


Eycha: Saya akan terus bersama Tupperware. There are a lot more to do in this biz. My biggest plan - to have my own Tupper-
ware outlet before I turn 40. Means, ada lagi 8 tahun lebih la.. Insya Allah, saya yakin saya boleh memenuhi impian ini. For those
Terendakians yang berminat untuk sama-sama menyertai peluang Tupperware as a second income ini, feel free to contact me
through email/YM (norafesa79@yahoo.co.uk), phone/sms (017-6073815).
TERENDAK @ BIZ

www.facebook.com/kedaitupperware

http://inibelogtupperware.blogspot.com

27
SALAM PERANTAU

BAT telah menemubual saudari Norashikin Abdullah(SPM2009) yang telah melanjutkan


pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan. Berikut merupakan temubual yang sempat
dirakamkan oleh Firdaus Fauzi (SPM 2009).

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

S egala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad SAW, di atas jasanya kita masih mendapat nikmat iman dan islam. Salam Taaruf,. Saya hanya
hamba Allah yang kerdil dan lemah, yang masih lagi mencari ilmu mengenalNYA, yang sedang berlayar
di dalam bahtera untuk sampai kepada tempat yang diredhai oleh Allah swt. Alhamdulillah dan jutaan
terima kasih kerana sudi menemuramah saya.

Nama: Norashikin binti Abdullah.


Lahir: 1992.
Tempat Lahir: Kuching, Sarawak.
Tahun SPM: 2009
Homeroom: Andromeda B
Rumah sukan: Muzaffar Shah

BAT: Boleh saudari ceritakan di mana saudari kini berada dan apakah yang saudari lakukan disana.
Shikin: Alhamdulillah kini saya berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Faculty of Med-
icine, Tanta University, Arab Republic of Egypt sebagai pelajar perubatan tahun pertama di sana. Saya me-
megang jawatan sebagai ahli jawatankuasa Unit Pembangunan Insan (UPI), Persatuan Pelajar-Pelajar Pe-
rubatan Mesir Malaysia (PERUBATAN). Saya selamat menjejakkan kaki di Mesir pada 28 September
2010 dan insyaAllah di jangka tamat pengajian di sini pada tahun 2016 kerana bidang perubatan di timur
tengah memakan masa selama 6 tahun.

Saya bersama sahabat di hadapan Kuliyah Tibb, Gamaah Di Skill Lab yang mana menempatkan banyak
Tanta (Kuliah Perubatan, Universiti Tanta) patung-patung untuk menjalankan pemeriksaan
SALAM PERANTAU
BAT: Negara mana lagi yg pernah dijejaki selain dari Mesir?
Shikin: Selain daripada Mesir saya sempat menjejakkan kaki di Bahrain Dan Jeddah. Bahrain se-
buah negara yang agak maju dan kehidupannya moden. Reka bentuk bangunan-bangunan pencakar
langitnya mengagumkan saya. Jeddah pula suhunya tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Ramai
orang Malaysia yang mencari rezeki di sana kerana kata mereka gaji di sana mewah. Yang men-
gagumkan saya mereka tetap berbahasa arab walaupun sesama mereka. Wanita-wanita di sana wajib
memakai jubah bewarna hitam dan laki-laki memakai jubah berwarna putih.

BAT: Bagaimana perasaan pertama kali menjejakkan kaki di negara tersebut?


Apa persediaan yg dibuat sebelum berangkat ke sana?

Shikin: lhamdulilllah, di dalam kapal terbang saya tersangatlah teruja kerana ini adalah kali pertama
sewaktu besar naik kapal terbang. Ketika di atas kapal terbang, saya asyik melihat ke bawah kerana
ingin melihat bumi mesir dari udara. Saya ternampak padang pasir. Hati saya ketika itu bermacam-
macam perasaan yang ada. Alhamdulillah, gembira dan tidak percaya kerana saya telah menjejakkan
kaki di bumi anbia yang telah lama saya idamkan dari Tingkatan 3. Syukur Allah permudahkan per-
jalanan saya. Sebelum saya berangkat ke sana, saya telah mengikut persedian perubatan (pre Medic)
di Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor dan juga telah mengikuti
kelas bahasa arab ammiyah (bahasa pasar) kerana Mesir tidak menggunakan bahasa arab fushah
(bahasa baku) selama dua bulan.

BAT: Di negara tersebut anda tinggal dimana? Bagaimana keadaan kawasannya, bandar atau
kampung?

Shikin: Di sana saya tinggal di kawasan Maa‟rad, Tanta, Al Garbiyah. Kawasannya adalah kawasan
kampong yang mana masyarakatnya masih menjalankan aktiviti pertanian. Ada juga yang menjadi
peniaga dan sesetengahnya bekerja professional. Mereka masih menggunakan lembu, kerbau, keldai
dan kuda sebagai kenderaan tunggangan dan haiwan-haiwan tersebut juga digunakan untuk
mengangkut barang-barang dagangan. Di sana juga terdapat kemudahan awam seperti teksi di India
dan dipanggil „Tut-tut‟ serta van di sana dan dipanggil „tremco‟. Bumi kelahiran nabi-nabi dan ulama
-ulama memang penuh dengan ujian. Saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri ketika me-
mandang di luar tingkap. Mesir jauh ketinggalan daripada Malaysia, mungkin kawasan pekan di ma-
laysia akan dipanggil bandar besar di mesir.

Masyarakat di sana masih menggunakan keldai


sebagai bantuan untuk mengangkut barang-
barang.

29
SALAM PERANTAU
BAT: Bagaimana berinteraksi dengan penduduk tempatan? Apa beza budaya negara tersebut
berbanding dengan Malaysia?

Shikin: Kebiasaannya kami berinteraksi dengan penduduk tempatan dengan menggunakan bahasa arab
ammiyah kerana mereka tidak menggunakan bahasa arab fushah. Namun ada juga di sesetengah mereka
yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Budaya di negara sana berbeza dengan Malaysia.
Antaranya mereka akan sentiasa memberi salam kepada sesiapa jua yang mereka jumpa tidak kira di ma-
na mereka berada sama ada ketika masuk ke sesuatu tempat ataupun di tepi-tepi jalan.

Masjid-masjid di sana terlalu banyak dan tidak terbilang. Masjid-masjid sentiasa dimeriahkan pada setiap
waktu-waktu solat. Di sini kami sering makan di dalam dulang. Seronok. Terasa ikatan ukhwah walau-
pun ada yang baru kenal. Apabila setiap kali tiba waktu solat, azan akan berkumandang di corong-corong
pembesar suara dan bersahut-sahutan. Sangat meriah sehinggakan kakak tersedar bangun subuh hanya
dengan mendengar azan. Kalimah Allah terdapat di banyak tempat, pada bangunan-bangunan dan kereta-
kereta.Kagum dengan mereka. Kelas-kelas agama sangat banyak, Alhamdulillah saya juga sering mengi-
kuti kelas-kelas agama. Gali sebanyak ilmu yang boleh. Bi‟ah soleh dan solehah yang ikhwah dan
akhowat pelihara, walaupun mereka bukanlah terdiri daripada pelajar-pelajar pengajian Islam, namun
ilmu Islam mereka juga mantap. Tazkirah-tazkirah mereka membuka mata.

Pokok yang diukir kalimah Allah berdeka-


tan sebuah apartment

Makan beramai-ramai menggunakan dulang


SALAM PERANTAU

BAT: Bagaimana kos hidup disana? Adakah lebih tinggi atau rendah berbanding Malaysia?
Apa matawang yg digunakan?

Shikin: Kos hidup di sini rendah dan insyaAllah sekitar RM300 hingga RM500 sudah memadai un-
tuk menampung kos sara hidup di sini kerana mata wang Mesir jauh lebih rendah berbanding Malay-
sia. Jikalau kurang lebih bagus kerana boleh berjimat di sana. Mata wang yang digunakan ialah ge-
nih, pound (LE).

Wang syiling yang bewarna emas itu nilainya 1 genih dan yang perak bernilai nuss(setengah) iaitu 50
piaster

Wang kertas

31
SALAM PERANTAU
BAT: Bagaimana cuaca disana? Adakah mudah mendapatkan sumber makanan halal? Apakah
makanan yg terkenal disana?

Shikin: Mesir juga mempunyai empat musim. Bermula bulan Disember hingga Februari musim sejuk,
Mac hingga Mei musim bunga, Jun hingga Ogos musim panas, dan September hingga November musim
luruh. Yang jelas kelihatan ialah musim sejuk dan musim panas. Musim sejuk di sini tiada salji walaupun
suhu boleh mencecah 7 darjah celcius. Memang sejuk benar. Cuma boleh jumpa salji di puncak gunung
Sinai, itu pun jika bernasib baik datang pada waktunya.

Saya belum sempat merasa musim panas tetapi menurut senior panasnya tidak terhingga. Boleh mencecah
atas daripada 40 darjah celcius. Kadang-kadang ribut pasir melanda seluruh Mesir. Angin dan pasir ber-
padu tenaga menyisir gagah bangunan serta jalan-jalan. Kami sentiasa berjaga-jaga dengan pasir yang ma-
suk ke dalam mata dan rongga hidung.

Alhamdulillah makanan halal di sini mudah didapati kerana majoriti rakyat Mesir beragama Islam. Ma-
kanan ruji rakyat Mesir ialah roti dan roti yang terkenal di sana ialah ish baladi. Selain itu juga Ruz Billa-
ban iaitu nasi bersama susu. Ruz billaban adalah sejenis manisan yang terkenal di sana kerana orang arab
Mesir memang gemar akan manisan. To‟miyyah juga antara makanan terkenal di sana yang diperbuat da-
ripada sejenis kacang. Antara lain ialah kusyari. Kusyari adalah campuran makaroni, nasi, kacang kuda
dan sejenis kacang bewarna hitam. Masyarakat arab Mesir juga gemar minum „shay‟ (teh) pada setiap ma-
sa dan tidak kira di mana jua.

Musim sejuk di sana sungguh sejuk wa-


laupun tiada salji

To‟miyyah sangat sedap tetapi sedikit


berminyak
SALAM PERANTAU

Sejenis manisan

Fatira seperti roti canai cuma lebih tebal sedikit dimakan bersama madu dan
shay

33
SALAM PERANTAU
BAT: Bagaimanakah penerimaan penduduk tempatan terhadap orang luar? Ramaikah orang
Malaysia disana?

Shikin: Penerimaan penduduk tempatan terhadap orang luar terutamanya pelajar-pelajar Malaysia
sangat baik. Mereka sangat peramah dengan kami. Sehinggakan apabila tahu kami pelajar-pelajar Malay-
sia, mereka akan berkata bahawa kami ahsan naas iaitu sebaik-baik manusia kerana bagi mereka orang
Malaysia bersopan-santun dan bercakap lemah-lembut.

Seorang kanak-kanak arab yang sangat comel sedang mi-


num asir asob
(air tebu) selepas solat raya eid adha

Orang arab Mesir yang


teringin bergambar ber-
sama kami
SALAM PERANTAU

Kami solat sunat hari raya di kawasan terbuka

Sangat ramai seperti di padang arafah

35
SALAM PERANTAU

BAT: Baru2 ini, Mesir dilanda huru hara bukan? Boleh anda ceritakan pengalaman anda
pada waktu tersebut?

Shikin: Memandangkan kawasan yang berlaku rusuhan dasyat ialah di Kaherah. Tanta jauh dari Ka-
herah. Namun sedikit sebanyak kami menerima tempias daripada rusuhan itu. Pada suatu petang,
saya dan sahabat-sahabat keluar rumah untuk membeli barang-barang dapur tetapi kami berasa sangat
hairan melihat jalan raya agak lengang berbanding selalu. Tertanya-tanya di dalam hati apa yang ter-
jadi. Pada esok harinya barulah kami tahu bahawasanya perintah berkurung telah dikeluarkan. Mesir
telah darurat. Kami tidak berani keluar rumah.

Namun petang itu sahabat saya berkeras juga memaksa kami semua untuk keluar rumah dan segera
pulang kerana ingin membeli stok makanan yang banyak kerana kami mendengar khabar angin baha-
wa makanan-makanan akan dicatu. Di sebelah malam, kami belajar sambil bertemankan bunyi sena-
pang dan pistol kerana banduan-banduan dari penjara telah terlepas akibat semua balai polis di Mesir
telah dibakar. Beberapa rumah telah dipecah masuk oleh pencuri. Masyarakat arab di kawasan itu
telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat sekatan –sekatan jalan raya supaya tidak
membenarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk ke kawasan mereka. Kereta-kereta kebal askar
kerap juga berkeliaran pada waktu malam dan siang. Alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak diingini
berlaku dan kami semua selamat pulang ke Malaysia.

Kereta-kereta kebal yang


ada di sepanjang jalan Tentera sentiasa berkawal di sepan-
jang jalan dan membuat sekatan
SALAM PERANTAU

Boarding pass dari Cairo ke Jeddah

Kami menaiki kapal terbang MAS

37
SALAM PERANTAU

Bersama kakak senior di lapangan terbang Jeddah

Akhir sekali, kami, krew BAT mendoakan agar saudari berjaya


dalam setiap apa yang diusahakan saudari. Terima kasih kerana
sudi meluangkan masa berkongsi sedikit sebanyak pengalaman
saudari di sana.

- Afwan. Terima kasih kembali kepada krew BAT.


TABUNG ANSARA TERENDAK
MENAIKTARAF SURAU DAN DEWAN BUDIMAN

A lhamdulillah, setelah diusahakan untuk suatu jangka masa yang agak panjang, akhirn-
ya Surau al-Isyraq dan Dewan Budiman berjaya dinaiktarafkan. Antara pengu-
bahsuaian yang dilakukan adalah dengan memasang “tile” di dalam Surau, serta menambah
penghawa dingin di dalam Dewan Budiman. Inisiatif ini diambil selaras dengan aduan dan rungu-
tan pelajar yang tidak selesa untuk beribadah di dalam Surau al-Isyraq serta keadaan dewan yang
panas sehingga memaksa mereka untuk tidur di asrama daripada menghadiri perhimpunan. Pela-
jar SPM 2010 merupakan batch pertama yang merasmikan penghawa dingin berkenaan dengan
mencipta sejarah menjadi Batch pertama yang menduduki peperiksaan besar di dalam dewan
yang berhawa dingin.

Alhamdulillah..dpt juga pelajar menunaikan solat di surau al-ISYRAQ yang


semakin selesa dengan jubin dan kipas yang bertambah bilangannya.

39
TABUNG ANSARA TERENDAK

Keadaan dewan yang lebih selesa dengan empat pendingin hawa yang baru

Alhamdulillah.Terima kasih diucapkan kepada semua


yang sudi menyumbang kepada tabung Ansara Terendak.
PRODUK ANSARA TERENDAK

T-shirt terkini. Akan dibuka untuk


tempahan tidak lama lagi. Nantikan
pengumumannya di Facebook Ansara
Terendak.

Dapatkannya segera di Facebook Ansara Terendak

41
TERENDAKIAN @ WORK
BAT berpeluang menemuramah saudara Mohd Haizanizam Rahman (SPM 2002) atau lebih dikenali
dengan gelaran Sappil di kalangan rakan Terendakian. Ikuti temubual anak homeroom Pn. Normaliah Md
Noor Betelguese B ini yang dilakukan melalui email semasa beliau sedang bertugas di atas kapal.

BAT: Ceritakan latarbelakang pendidikan anda.

Sappil: Sekolah Kebangsaan FELDA Palong Timur 2, Segamat, Johor. Darjah 1-6, 1992-1997.
- MRSM Terendak, Melaka. Tingkatan 1-5, 1998-2002.
- Akademi Laut Malaysia. Diploma Kejuruteraan Marin, 2003-2007.

BAT: Mengapa memilih utk menyertai industri tersebut?

Sappil: From the very beginning, I have no idea there was such kind of job in Malaysia until ALAM
came down to pameran pendidikan masa saya Form 5 di maktab. No student was at their booth at all, then
me and Obe (Halme Ahmad) went there and asked tonnes of questions. Secara jujurnya mula-mula skali
saya tertarik nak terjun dalam bidang ni sebab gaji yang ditawarkan. Keduanya sebab segala kos sepanjang
pengajian termasuk hostel, makan, wang saku, buku rujukan, passport, dokumen-dokumen pelaut, kursus-
kursus khas ditanggung oleh syarikat-syarikat kapal Malaysia yang menaja (MISC, GMV (Global Mari-
time Venture), JPA, Yayasan FELDA etc). Setiap sebelum sesi pengambilan kadet baru, ALAM akan me-
maklumkan para pemohon untuk hadir sesi temuduga dengan syarikat-syarikat tersebut di kampus ALAM.
Tapi ada juga big company like MISC will advertise their sponsorship programme in the newspaper.

Alhamdulillah memiliki kelebihan sebagai anak peneroka FELDA, selepas ditemuduga oleh pihak
FELDA, pengajian saya ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan FELDA dalam bentuk biasiswa. Ketiga in
my mind, my target lepas habis belajar saya nak terus kerja. Berdasarkan keadaan pada masa tu, ramai
graduan yang mengganggur walaupun lepasan universiti yang baik dalam negara. Sedangkan saya diberi
jaminan selepas selesai pengajian selama 3 tahun setengah kerja sudah sedia menanti saya. Ianya benar,
selepas selesai segala dokumentasi kekompetenan dalam masa 3 bulan saya sudah pun bergelar Marine
Engineer.

BAT: Ceritakan apakah tugas anda dan bagaimana anda membantu organisasi anda.

Sappil: There are so many type of vessels out there. From foreign going vessel to offshore vessel.
Bergantung kepada jenis kapal yang dipunyai oleh syarikat yang menaja. As for me, saya mendapat
biasiswa daripada Yayasan FELDA, oleh itu saya tidak terikat dengan mereka dan saya bebas untuk
mencari company. I chose offshore company because of the duration to serve to the sea is not as
long as foreign going vessels, only about 3 months compared to 6 months minimum for those ves-
sels. And the salary is also not bad. My latest experience was about 2 years on board DP2 Diving
Support Vessel. Learned how was the diving vessel works and the differences of this kind of vessel
with any other vessels that I’ve been working with. The most important thing with this kind of vessel
is human’s life. Because it is a diving vessel, when the divers in the water that time is the most cru-
cial time that we need to keep the equipments and machineries work on their best condition, avoid
any maintenance or repairing works on certain machinery until they recover the divers back onboard.
Communication between engine room, bridge and diver control room are important.

Any miscommunication can harm diver’s life. Perform round check on every working equipments
hourly and report to duty senior Engineer if any abnormality found and action to be taken. Keep a
good watchkeeping for 12 hours. No problems to communicate with loved ones at home because pay
phone and internet provided on board. I enjoy work on this kind of vessel even if the vessel had to
stay for a long period on job site.
TERENDAKIAN @ WORK
List of duties and responsibilities for Third Engineer on board Diving Support Vessel:
1. Maintenance on Main Engines, Generators, Emergency Generator and Thruster‟s Engines (500 hours,
1000 hours routines, top overhaul, general maintenance etc)
2. Purifiers
3. Inventory
4. Chemicals
5. Main and emergency air compressors
6. Safety equipments
7. Pumps
8. Daily report logbook
9. Fresh Water Reverse Osmosis Plant (start, stop, backwash and general maintenance)
10. Perform weekly safety routines on emergency air compressor, emergency generators, watertight doors
(remotely and local), bilges‟ alarm, sounding void tanks and cofferdams, lifeboat, cold room trap alarm
etc.
11. Chief Engineer‟s standing orders.

BAT: Apakah kriteria utk menjadi seorang (jawatan anda)

Sappil: Kriteria? I could say everything! Kena kental dan tabah untuk berkerja di laut untuk jangka masa
yang panjang minimum 3 bulan sehingga maksimum 12 bulan tanpa pulang bercuti (it depends pada in-
dustri perkapalan yang disertai). Sanggup berkerja tak kira apa jua keadaan laut, jangan disangka laut sen-
tiasa tenang. Mabuk laut tu kawan baik la. ;) Jati diri mesti ada, jangan lupa agama, keluarga, bangsa dan
negara. Kena tahan beban dan tekanan kerja. Tak kisah kerja kotor-kotor, busuk dan kasar. Disiplin pun
mesti ada. Jangan lewat masuk duty. At least 15 minutes before start your duty dah kena turun engine
room utk buat round check. Hidup atas kapal tak banyak beza macam hidup kat asrama, live with small
group of people (15-80 people). Kena ada hubungan yang baik dengan setiap orang (if possible). Hari-hari
kita nak mengadap muka yang sama ni, kalau awal-awal dah menyampah tengok muka orang tu, macam
mana nak stay on board happily for 3 months? atleast. Kalau tak kisah duduk kat laut lagi lama dari duduk
kat darat, then boleh la try this kind of career.

BAT: Apakah pengalaman kerja anda sebelum menjawat jawatan sekarang?

Sappil: Selepas menamatkan pengajian dan layak bergelar marine engineer, 3 bulan kemudian I
joined Malaysian product tanker for 1 trip. Then I changed company to Offshore Works Sdn Bhd.
Served 2 years as Fourth Engineer I've been promoted as Third Engineer. Worked with multi-
nationality peoples from all over the world on board gave me advantage to share experiences and
stories from their place. Then I moved 1 step forward to a Singapore offshore company, Crest Sub-
sea Pte Ltd as Third Engineer on board DP2 Diving Support Vessel. I'm still on board while typing
this. ;)

www.extdk.net www.youtube.com/ansaraterendak

ansaraterendak
www.scribd.com/ansaraterendak

43
TERENDAKIAN @ WORK
BAT: Cabaran dan pengalaman manis dan pahit dlm tugas ini.
Sappil: Untuk memudahkan cerita, saya ceritakan perjalanan saya dari lepas SPM sampai la
sekarang. Lepas SPM saya mohon untuk masuk ALAM in Marine Engineering. Saya dapat
panggilan untuk temuduga pada 8 Mei 2003 pada masa yang sama saya dapat tawaran ke
Matrikulasi Johor dan kena mendaftar pada 5 Mei 2003. Tough decision I've made to refuse
Matriks. Bayangkan kalau saya gagal mendapatkan tempat untuk ke ALAM betapa ruginya saya.
Alhamdulillah few weeks after the interview, saya dapat surat tawaran. A week selepas saya join,
saya dapat tawaran untuk ke Matrikulasi UIAM. Alhamdulillah, kalau-kalau saya gagal ke
ALAM saya masih ada peluang ke UIAM.

Hidup sebagai kadet ALAM tak banyak beza dengan kehidupan saya dekat MRSM Terendak. Still
dengan budaya senior junior. Konsep ini penting sebab nanti di kapal kita akan ada pelbagai rank of offic-
ers and engineers. Junior engineer kena patuh arahan senior engineer. Masing-masing ada tanggungjawab
masing-masing. Setiap hari kelas dari 0800 to 1600 hours. Malam prep, nak kemana-mana dalam kampus
tak boleh gerak sorang, minimum 3 orang dan kena berkawad kecuali untuk super senior yang dah pulang
dari belayar. Pukul 12 dah pipe down ( kat maktab kita panggil lights off). Every weekend ade morning
PT. Tak boleh tolak if nama tersenarai untuk sebarang aktiviti ALAM. Lepas 2 tahun akan ada latihan in-
dustri di shipyard atau drydock selama 3 bulan. Then return to ALAM untuk submit tesis dan interview
kemudian sea training (join vessel as Engine Cadet) for at least 6 months. Then balik ALAM untuk final
semester (sem 7). Biasanya kalau dah sem 7 ni dah kira otai la. ;D

1 perkara yang saya nak tegaskan kat sini, untuk menjadi Marine Engineer, diploma yang kita dapat
selepas graduasi bukan tiket untuk bergelar marine engineer lagi. Its only a part of the process. Lepas dah
tamat pengajian dan memegang diploma in marine engineering, I have been interviewed by officer from
Malaysia Marine Department untuk memastikan sama ada saya layak bergelar marine engineer atau tak.
We called it COC (certificate of competency) oral exam. If pass, then only you are qualified to be called
MARINE ENGINEER.
Alhamdulillah selepas 4 tahun saya tak pernah menyesal menceburi bidang ini. There is nothing in
Alhamdulillah.Terima kasih diucapkan kepada semua
this world will come to you for free. To gain starts with pain. InsyaAllah if segala target saya tercapai,
yang sudi menyumbang kepada tabung Ansara Terendak.
saya akan beransur-ansur kembali ke daratan. Ada seorang old timer berpesan kepada saya, sampai satu
masa nanti, duit bukanlah keutamaan. Sementara itu keluarga jangan pernah diabaikan. Sebenarnya ban-
yak lagi yang ingin saya kongsi memandangkan tak ramai pelajar jurusan sains memilih kerjaya sebagai
marine engineer. Kalau ada yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, feel free to ad me
on Facebook.
TERENDAKIAN @ WORK

League of Engineers on DSV Offshore


Stephaniturm
in my cabin onboard DSV Crest
Odyssey 1

Troubleshooting on ballast pump

45
BERITA TERENDAKIAN

B erita ini bukanlah terkini


tetapi memandangkan kali terakhir Buletin Ansara
Terendak dikeluarkan ialah pada Julai 2010, maka
rasanya tak lengkap jika berita ini tidak dikongsi
disini. Pada 10/10/2010 merupakan hari bersejarah
buat Dr Halina Mohd Yunos (SPM 97) apabila be-
liau diijabkabulkan dengan Angkasawan Negara
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Resepsi yang
diadakan di PICC, Putrajaya telah dihadiri oleh
rakan Terendakian iaitu Sherry, Erik, pK, Shima
Rashid, Ion dan Dr Ghad. Kami diberitakan yang
Dr Halina kini sarat mengandung anak sulungnya. Semoga semuanya berjalan dengan baik, in-
sya‟ Allah.

S hazlien Nazliela Hussein (SPM 91) telah menyampaikan sumbangan 20 buah


buku bertajuk Nydia, Terendak & Bintang yang ditulis oleh Putei Nor yang merupakan bekas
pelajar MRSM Terendak kepada wakil Ansara Terendak iaitu Sharifah Sharina Syed Aswad
(SPM 97) dan Julia Mohamed Idris (SPM 92). Buku-
buku tersebut telah pun diserahkan kepada Pusat Sum-
ber Pembelajaran MRSMAlhamdulillah.Terima
Terendak pada bulankasih
Macdiucapkan kepada semua
2011. yang sudi menyumbang kepada tabung Ansara Terendak.
IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA

 Hanya RM20 bagi semuka penuh bersaiz A4 (format .doc/.ppt/.jpg)


 Dimuat-naik ke Scribd Ansara Terendak yang mempunyai 439 followers dan te-
lah dibaca sebanyak 10, 605 kali.
 Disebarkan kepada 950 rakan Facebook Ansara Terendak, forum Ansara Teren-
dak, Twitter Ansara Terendak dan melalui email kepada wakil-wakil batch yang
akan menyebarkannya kepada ahli batch mereka serta guru-guru dan bekas-
bekas guru MRSM Terendak serta dihantar ke MRSM Terendak
 Untuk mengiklan, sila hubungi Sharifah Sharina di:
ansara_terendak@yahoo.com

47
TEAM BAT 15

Sharifah Sharina Syed Aswad


@ Sherry (SPM 97)

Firdaus Mahmus Roslan @


Oshie (SPM 2005)

Amirul Fazlan (SPM 2010)

Firdaus Fauzi (SPM 2009)

Noor Atiqa (SPM 2010)

49

You might also like