You are on page 1of 8

MENGUMUMKAN KETIBAAN

TUAN PENGETUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM


SHAH,
EN. CHE MOHD FAUZI BIN CHE OMAR
DI IRINGI TIMBALAN-TIMBALAN PENGETUA
KETUA-KETUA JABATAN
GURU-GURU CEMERLANG
KAUNSELOR
GURU-GURU
STAF-STAF SOKONGAN
SERTA KAKITANGAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA
MUADZAM SHAH

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pahang dan
lagu tema sambutan hari guru.

NYANYIAN LAGU

Hadirin dipersilakan duduk.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


YANG DIHORMATI,
TUAN PENGETUA MRSM MUADZAM SHAH,
EN. CHE MOHD FAUZI BIN CHE OMAR,
YANG BERUSAHA TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL
AKADEMIK,
EN. SUHAIMIN BIN OMAR,
TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL PELAJAR,
EN. NORDIN BIN AHMAD,
TIMBALAN PENGETUA KOKURIKULUM,
EN. AMIRUDDIN BIN MOHD GHAZALI,
PENOLONG PEGAWAI TADBIR KANAN,
EN. MUHAMAD BIN MOHAMAD NOR,
KETUA-KETUA JABATAN,
GURU-GURU CEMERLANG,
KAUNSELOR,
GURU-GURU,
SAF KEPIMPINAN PELAJAR,
SERTA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG DIKASIHI
SEKALIAN.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan


berkat dan inayahNya dapat kita sama-sama berkmpul di dewan Budiman
untuk sama-sama menjayakan satu lagu program yang amat bermakna dan
dinanti-nantikan iaitu majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja
Peringkat Maktab bagi tahun 2010.

Bagi memberkati majlis, dijemput saudara ( ) bagi


mengetuai bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Amin-amin, amin ya Rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara ( ) atas
kesudian mengetuai bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja yang dilaksanakan saban tahun
diadakan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memperingati jasa dan
pengorbanan guru-guru dalam mendidik para pelajar tidak lain dan tidak
bukan untuk kejayaan pelajar. Tidak lupa juga kepada kakitangan dan staf-
staf sokongan yang menjadi nedi penggerak pentadbiran maktab dalam
memacu kejayaan dan kecemerlangan maktab.

Bagi meneruskan majlis, dijemput Persiden Badan Wakil Pelajar,


Muhammad Hilmi bin Ahmad Ikram untuk menyampaikan ucapan dan
sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN HILMI

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Hilmi atas ucapan


sebentar tadi.

GIMIK??
[
]

Tidak lengkap rasanya agenda majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja
tanpa mendengar ucapan dan amanat daripada ayahanda pengetua En. Che
Mohd Fauzi bin Che omar. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ayahanda pengetua untuk menyampaikan amanat beliau
seterusnya merasmikan majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja
peringkat MRSM Muadzam Shah 2010. Majlis mempersilakan.

UCAPAN AYAHANDA PENGETUA

Terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua atas ucapan penuh


bermakna sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Sudah menjadi adat bagi pelajar untuk mengadakan persembahan sempena
Hari Guru sebagai tanda penghargaan kepada guru yang berpenat lelah dan
tidak mengena erti jemu dalam mendidik para pelajar untuk mencapai
kejayaan cemerlang.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan pendeklamasian sajak yang akan


disampaikan oleh pelajar tingakatan 1, adik ( ).
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada adik ( ) atas


persebahan penuh penghayatan sebentar tadi. Semoga setiap bait-bait sajak
yang dideklamasikan dapat kita hayati dan seterusnya dijadikan pedoman.
Sekarang tibalah masa yang dinanti-natikan iaitu acara kemuncak bagi
majlis sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja MRSM Muadzam Shah 2010
iaitu Anugerah Hari Guru. Untuk itu dijemput ayahanda pengetua, En. Che
Mohd Fauzi bin Che Omar, diiringi Presiden Badan Wakil Pelajar,
Muhammad Hilmi bin Ahmad Ikram untuk menyampaikan anugerah.

Anugerah guru paling ( ), calon-calonya ialah


-
-
-
-
Anugerah Guru paling ( )
jatuh kepada( )

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan


anugerah sebentar tadi.

Kite berehat sebentar bagi memberi laluan kepada persembahan


drama/sketsa yang akan disampaikan oleh pelajar tingkatan empat. Mereka
akan menyampaikan drama/sketsa bertajuk ( ).
Majlis mempersilakan.

Ribuan terima kaasih diucapkan kepada pelajar tingkatan empat atas


persembahan yang cukup menarik sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah guru-guru. Dijemput (


) bagi menyampurnakan upacara penyampaian anugerah.
Majlis mempersilakan.

Bagi kategori anugerah guru paling ( )


Calon-calonya ialah :
-
-
-
-

Anugerah guru paling ( )


disandang oleh ( ).
Dipersilakan ( ) untuk naik ke pentas

Terima kasih duicapkan kepada ( ) atas kesudian


menyampurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Tidak lengkap rasanya majlis pada petang ini jika tidak disajikan dengan
persembahan daripada para guru.dijemput ( ) untuk
membuat persembahan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yag cukup menghiburkan


sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah hari guru. Untuk itu
dijemput ( ) diiringi ( ) untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Bagi kategori anugerah guru paling ( )


Calon-calonya ialah :
-
-
-
-

Anugerah guru paling ( )


disandang oleh ( ).
Dipersilakan ( ) untuk naik ke pentas

Terima kasih diucapkan kepada ( ) atas


kesudian menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Tidak lengkapn rasanya majlis kita pada hari ini tanpa persembahan
istimewa daripada ayahanda istimewa. Untuk itu dijemput ayahanda
pengetua untuk menyampaikan persembahan beliau. Dengan sukacitanya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua atas persembahan yang


cukup menarik sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, seperti yang kita ketahui, guru diibaratkan seperti
sebatang lilin yang membakar dirinya untuk menerangi kehidupan orang
lain. Pelbagai jasa dan bakti dicurahkan kepada anak-anak didik tersayang.

Untuk itu marilah kita sama-sama berhibur dengan persembahan istimewa


daripada pelajar tingkatan lima. Buat pengetahuan semua, persembahan
tersebut merupagan gabungan daripada persembahan nyanyian, sketsa dan
pendeklamasian sajak.
Dengan sukacitanya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada pelajar tingkatan lima atas persembahan itu
tadi.
Untuk melengkapkan wadah sambutan hari guru dan hari pekerja peringkat
maktab bagi tahun 2010, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema
hari guru. Untuk itu dijemput semua guru untuk sama-sama beridiri bagi
menyanyikan lagu tema. Dipersilakan.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu tema itu tadi, maka berakhirlah sambutan
hari guru dan hari pekerja bagi tahun 2010. sebelum mengakhiri majlis, kami
menyusun 10 jari memohon 1001 kemaafan andai terkasar bahasa dan
terlanjur kata sepanjang mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya, yang baik
itu dating daripada Allah dan yang tidak baik itu datangnya daripada
kelemahan kami sendiri.

Kami akhiri majlis pada hari ini dengan wabillahitaufiq walhidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mengumumkan perarakan keluar Tuan Pengetua, En. Che Mohd Fauzi bin
Che Omar, diiringi timbalam-timbalan pengetua serta guru-guru, diikuti
kakitangan dan staf-staf sokongan MRSM Muadzam Shah.

You might also like