You are on page 1of 9

Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2020


Agenda Skrip Catatan
1.Ucapan alu aluan
 Yang Berusaha
Pn Siti Haidah bt Abd Hamid
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana

 Yang Dihormati
Haidah Binti Mohamad Ali
Guru Penolong Kanan Kurikulum

 Yang Dihormati
Puan Mazura binti Abd Rahim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 Yang Dihormati
Encik Maarof Bin Moktar
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

 Barisan guru-guru yang cemerlang lagi berdedikasi

 Serta Murid-murid yang dikasihi sekalian..

1
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi
3) Ceria wajah dalam majlis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita diberi
peluang dan kesempatan untuk berkumpul di dewan terbuka Sekolah
Kebangsaan Sri Pulai Perdana yang indah ini bagi menjayakan Majlis
Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-63 bagi tahun 2020 mengikut
norma baharu serta memastikan prosedur operasi standard (SOP)
pencegahan pandemik COVID-19 dipatuhi sepanjang majlis berlangsung.

Hadirin Sekalian,

Tema sambutan tahun ini ialah 'Malaysia Prihatin'.


'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu
memerangi pandemik COVID-19, tidak kira bangsa dan agama, orang
dewasa mahupun kanak-kanak, semuanya bersama dalam berjuang
melawan pandemik yang berbahaya ini.

Prihatin pula pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan


kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia sepanjang tempoh kritikal
Malaysia berhadapan dengan pandemik ini.

2
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi

Maka kita seharusnya bersyukur, walapun Negara kita dilanda cabaran


yang kritikal namun kerjasama yang utuh ,sikap toleransi dan keprihatinan
semua, Malaysia pasti mampu memerangi pandemik ini walaupun terpaksa
menjalani hari hari mendatang dengan norma baharu.

Hadirin sekalian

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda


memeriahkan sambutan kemerdekaan serta menerapkan nilai patriotisma
dalam norma baharu di kalangan guru dan anak-anak didik di sekolah.
Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan
dengan norma baharu walau di mana sahaja kita berada tanpa mengira umur,
bangsa dan agama. Hargailah perjuangan pejuang terdahulu
memperjuangkan kemerdekaan Negara

3
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi
2. Bacaan doa Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dlafazkan oleh Al Fadhil Ustaz
MOHD ABD RAHMAN BIN MOHD YUSOF
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal `alamin

majls merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al


Fadhil ustaz MOHD ABD RAHMAN BIN MOHD YUSOF atas bacaan doa itu
tadi.

3. Nyanyian lagu johor & lagu Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu bangsa johor dan lagu sekolah.
sekolah Semua hadirin dipersilakan berdiri.

4
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi
4. Makluman Program2 yg ada Hadirin sekalian,

Untuk makluman semua,

Bulan Kebangsaan ini dianjurkan bagi mengisi dan mengimarahkan


Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2020.

Program ini adalah di bawah anjuran bersama Panitia Sejarah,Panitia


RBT/TMK, Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia
Pendidikan Seni Visual, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Islam dan
Pusat Sumber Sk Sri Pulai Perdana.
Sempena bulan kemerdekaan kali ke-63 ini, pihak penganjur program akan
menjalankan beberapa aktiviti menarik bagi menyemarakkan sambutan
kemerdekaan tahun 2020 antaranya
Jeyarawara Wira Negara (memuat naik video wira negara beserta sajak
ciptaan sendiri bertemakan Malaysia Prihatin), pertandingan melukis dan
mewarna poster, pertandingan tulisan jawi dan khat sempena tema
Malaysia Prihatin, fantastika kad merdeka secara atas talian, resipi
Malaysia prihatin dan pertandingan- pertandingan menarik yang lain.

Semoga anak-anak SK Sri Pulai Perdana tidak melepaskan peluang untuk


turut serta didalam pertandingan-pertandingan yang akan berlangsung
sepanjang bulan ini.

5
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi

5. Ucapan guru besar Hadirin sekalian,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan


Pn Siti Haidah bt Abd Hamid
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana
sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-63
bagi tahun 2020.

Majlis dengan segala hormatnya .


Dipersilakan....

Terima kasih Pn Siti Haidah bt Abd Hamid


atas ucapan perasmian itu tadi.

Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

6
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi

6Gimik Seterusnya, bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan segala hormatnya


menjemput
Pn Siti Haidah bt Abd Hamid
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana
, diringi oleh barisan pentadbir bagi upacara pelancaran majlis sebagai
simbolik sambutan Bulan Kebangsaan ke-63 sesi 2020.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Pn Siti Haidah bt Abd Hamid dan barisan pentadbir


Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana dan
Atas kesudian menyempurnakan upacara perasmian itu tadi.

7
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi
7. Persembahan guru Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan pula dengan persembahan Kemerdekaan oleh band yang


diberi nama, The Krampfingers. Ia dianggotai oleh 6 orang guru SK Sri Pulai
Perdana yang walaupun mempunyai latar belakang mengajar subjek yang
berbeza namun mereka mempunyai minat yang sama iaitu minat yang
mendalam terhadap muzik.
Kumpulan ini diketuai oleh Cikgu Mohd Rizal Abdul Halim yang mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang muzik selain terkenal dengan
kemahiran kreatifnya mengajar subjek PJ di SKSPP.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan pemuzik guru-guru ini merupakan band


tidak rasmi sekolah dan baru sahaja ditubuhkan minggu lalu pada hari
Selasa, 11 Ogos 2020 jam 11.52pagi dan diberi nama The Krampfingers.

Tanpa membuang masa, marilah kita sama-sama saksikan persembahan


Saya Anak Malaysia dari guru-guru SK Sri Pulai Perdana ini.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru kumpulan The Krampfingers atas
persembahan yang penuh bertenaga dengan semangat patriotism dan
menarik sebentar tadi.

8
Ustaz Abd Rahman Bin Darom Sarah Muhammad Fauzi
8.Putaran lagu Hadirin hadirat yang dikasihi,
kebangsaan Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu lagu kemerdekaan. Semua hadirin
dijemput untuk bersama sama menyanyikan dengan penuh semangat.
9.tammat Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon
maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus
merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar
dari penyakit COVID 19, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran
mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa
dan negara tercinta ini. Sekian, terima kasih

You might also like